Selepas Iron Man, Dolittle Buktikan Kemampuan Robert Downey Jr.

Share

Sebelum ini ramai yang mengenali Robert Downey Jr. dengan watak Iron Man di dalam filem-filem Marvel. Namun, selebriti ini telah pun muncul dengan watak berbeza, iaitu doktor Dolittle yang mempunyai kelebihan boleh bercakap dengan haiwan.

Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli fizik, Doktor Dolittle yang mendapati dirinya mampu untuk berkomunikasi dengan haiwan. Satu hari, wakil dari Istana Buckingham telah menjemputnya untuk merawat penyakit misteri tuan permaisuri.

Pada mulanya, Dr. Dolittle tidak mahu dirinya terbabit dengan manusia lagi, namun atas pujukan haiwan-haiwan yang ada bersamanya, dia mengambil keputusan untuk pergi ke istana.

Selepas merawat permaisuri, Dr. Dolittle memerlukan sejenis tumbuhan untuk menyembuhkan permasuri tersebut. Dia kemudiannya bergegas dalam ekspedisi mencari tumbuhan tersebut, diikuti dengan haiwan-haiwan peliharaannya.

Perjalanan mereka kemudiannya mendapat tentangan dan adakah Dr. Dolittle berjaya mendapatkan tumbuhan tersebut dan merawat tuan permaisuri? Ha, korang kenalah tengok sendiri kan. Hiks!

Karakter lucu

Bagi individu pencinta haiwan, kami pasti korang akan terhibur dan menyukai filem ini. Menariknya, pelakon suara yang terlibat bukan calang-calang ya. Mereka terdiri daripada Selena Gomez, John Cena, Tom Holland, Rami Malek dan Octavia Spencer.

Karakter lucu yang dibawa oleh mereka memang menghidupkan penceritaan menjadi lebih baik dan tidak mendatar. Ada sahaja babak yang boleh buat korang tergelak sakan.

Paling kami suka adalah wata Chee-Chee, seekor gorilla yang dialih suara oleh Rami Malek. Karakternya penakut walaupun berbadan besar menjadi bahan ketawa satu panggung.

Secara keseluruhannya, kami rasakan watak-watak haiwan dalam filem ini sangat membantu menguatkan lagi jalan cerita dan sangat menghiburkan.

Korang boleh menonton sendiri filem Dolittle yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Januari 2020.

Published by
Noor Ain Norman