Selepas Pakatan Harapan berjaya memegang tampuk pemerintahan negara dalam pilihanraya baru berlalu, rakyat bagai menjadi hakim dalam media sosial. Nampaknya cerita mengenai kisah pemimpin negara dan isterinya benar-benar menarik perhatian rakyat.
Banyak cerita baru dan lama dipaparkan mengenai cita rasa tinggi pemimpin negara untuk barangan koleksi peribadi mereka. Sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin yang disegani dan dihormati sebelum ini, tidak salah untuk mereka membeli barangan peribadi yang kelihatan mewah pada rakyat biasa tetapi normal bagi golongan kenamaan dan orang kaya seperti mereka.
Isu 50 buah beg tangan berjenama Hermes Birkin yang dilaporkan oleh kebanyakan akhbar harian dan blog semalam dikatakan telah dipindahkan ke kondominium mewah di ibu kota dikatakan bernilai RM200,000 ke atas setiap satu. Masa yang sama, polis dikatakan telah menggeledah kondominium mewah bagi mencari bukti berkaitan skandal 1MDB.
Jangan tidak tahu, berdasarkan gambar yang tersebar luas di media sosial bersandarkan pernah dibawa Datin Seri Rosmah ke majlis-majlis dihadirinya, dikhabarkan beg tangan berjenama itu sahaja ada 12 dalam pelbagai warna yang sering dipakainya .
Bukan saja beg tangan berjenama mewah itu yang menjadi tumpuan rakyat tetapi suatu ketika dahulu, pada tahun 2015, Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan yang baru dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Kampung Baru 4 Mei lalu pernah menyenaraikan koleksi jam tangan mewah milik kedua-duanya.
Dalam koleksi-koleksi yang dipaparkan di fb MyWatch itu, Datuk R Sri Sanjeevan mendakwa dan mempertontonkan gambar-gambar menunjukkan Rosmah mempunyai empat jam tangan. Namun jam tangannya Richard Mille Lady RM 007 nampaknya yang paling mahal antara semuanya, dan dalam postnya, MyWatch mendakwa ia bernilai RM486,000.
Jam tangan Rosmah yang lain yang di disiarkan di MyWatch, ialah Hublot BB Black Magic 114 (RM79,200), Hublot BB Black Magic 48 Baguette (RM225,000), dan Franck Muller Master Square Date Diamonds (RM153,500).
Menurut gambar-gambar tersebut, Najib, juga, mempunyai empat jam tangan hebat.
Dan yang paling mahal, menurut MyWatch, ialah Hublot Big Bang King Power ‘Red Devils’ Manchester United limited edition, edisi terhad ‘Red Devils’, yang menurut MyWatch berharga RM165,000. Najib dikenali sebagai peminat pasukan bola sepak Manchester United.
Jam tangan Najib yang selebihnya, menurut MyWatch ialah Audemars Piguet Royal Oak Offshore Carbon (RM120,000), Harry Winston Project Z2 (RM97,500), dan Hublot BB Black Magic Black Ceramics (RM50,000).
Wow, bagi anak muda yang bergaji RM2500 ke bawah mungkin perlu mengumpul wang untuk tempoh 1000 tahun sebelum mampu membelinya sebagai hasil penat lelah bekerja. Tapi kalau korang berusaha gigih, memajukan diri dalam perniagaan, tidak salah untuk korang mampu membeli jam tangan sebeginikan. Paling penting adalah usaha, doa dan tawakal kepada Allah.