Baru-baru ini tular kisah seorang pemuda Indonesia yang dikenali sebagai Ghozali menjual swafotonya di platform NFT dan berjaya meraih lebih USD 1 juta atau kira-kira RM4 juta dengan menggunakan wang kripto.
Ghozali menjual koleksi swafoto sejak 2017 hingga 2021 sebagai produk Non Fungible Token (NFT) di OpenSea. Selain menjadi jutawan segera di usia muda, kejayaan lelaki ini juga menjadikannya seorang yang dikenali ramai.
Menurut Kompas, Ghozali kini menjadi kegilaan para wanita dan menerusi podcast TS Media, dia mengakui terlalu ramai wanita yang mengejarnya namun dia tidak pernah membalas walau satu mesej yang diterima kerana sudah tahu niat wanita yang ingin mendekatinya.
Ads
Lelaki ini menjual swafotonya dengan nilai 0,0001 ETH atau 48 ribu rupiah (RM14), namun kini nilai fotonya itu berkembang pesat dengan nilai serendah 0.29 ETH atau sekitar 48 juta rupiah (RM13,969).
Memang benarlah tuah manusia itu tiada siapa yang tahu. Oleh itu, jangan pernah berhenti berharap dan berusaha kerana siapa tahu satu hari nanti korang juga berjaya dengan pekerjaan yang korang lakukan itu.
Ads
Bila dah kaya ramai pula yang ingin dekat kan, macam si Ghozali ni. Hiks!
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam menyambut bulan kemerdekaan ini, seorang wanita daripada Ipoh, telah mencuri perhatian ramai dengan semangat patriotismenya.
G Rajspari, atau lebih dikenali sebagai Ratha, telah menghias seluruh kediamannya dan kereta Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang.
Menerusi laporan media tempatan, idea wanita yang kini berusia 62 tahun ini untuk menghias rumahnya dengan jalur gemilang mula timbul kira-kira empat tahun lalu semasa pandemik.
“Pada masa itu, kami tidak dibenarkan keluar dan untuk mengisi masa lapang, saya fikir adalah baik untuk menghias rumah dengan bendera negara kita,” jelas Ratha.
Tidak hanya di rumah, Ratha juga menghias Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang. Semasa memandu di sekitar Ipoh, Ratha sering menerima kata-kata semangat dan lambaian daripada orang ramai.
Sehubungan itu, sokongan yang diterimanya itu secara tidak langsung telah membuatkan Ratha berasa sangat terharu dan dihargai.
“Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat sokongan dan penghormatan yang diberikan apabila mereka melihat kereta saya. Ada yang melambai, ada juga yang menunjukkan tanda penghormatan,” kata ibu kepada tiga anak ini.
Walaupun perlu mengeluarkan wang untuk menggantikan bendera yang mungkin telah pudar, semangat patriotisme Ratha tetap kukuh.
Justeru, dia berharap tindakannya itu dapat memberi inspirasi bukan hanya kepada anak-anaknya tetapi juga kepada generasi muda untuk sentiasa menghargai asal usul dan mencintai negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ultraman bukanlah superhero Jepun tunggal, ada berbagai jenis adik-beradik ultraman yang dikenal dengan nama Ultra Crusaders.
Mereka adalah pahlawan super yang bertenaga cahaya suria berasal dari luar angkasa yang melindungi bumi dari raksasa dan alien.
Terbaru, Marvel Entertainment dan Tsuburaya Productions mengumumkan kolaborasi menerbitkan Ultraman bukan filem namun komik dan novel grafik!
Yeah! Ini merupakan baik buat pengikut setia Ultraman dan Marvel!
Komik & Novel Grafik
Berita mengujakan peminat itu diumumkan pada Tokyo Comic Con, dan akan dilancarkan pada tahun depan.
Dihasilkan pertama kali pada tahun 60-an dengan lebih 50 tahun ditayangkan, hero ini telah menghiburkan peminat seluruh dunia di skrin selain manga dan komik. Hari ini, Ultraman kekal menjadi fenomena global dan kekal mengumpul peminat dengan aksinya.
Umum Ultraman Multiverse tahun 2020
Menurut ketua pengarang CB Cebulski, Ultraman telah membawa pengaruh besar kepada peminat menerusi pelbagai media.
Seperti Marvel, Ultraman telah menawan hati generasi demi generasi dan kekal digemari siri televisyen, filem, mainan, game, komik dan sebagainya. Kami teruja mengumumkan lembaran baru Ultraman Multiverse tahun depan.
Ketua pegawai operasi (CEO) Tsuburaya Production Takayuki Tsukagoshi turut meluahkan rasa terujanya dengan kerjasama itu.
Kami teruja untuk meneroka dan mencipta cerita baru francais Ultraman dengan Marvel dan menyatukan peminat Marvel dan Ultraman di seluruh dunia.
Kemenangan akhirnya berpihak kepada dua orang individu untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan semalam telah menolak permohonan kerajaan untuk kebenaan meneruskan rayuannya bagi menghalang dua individu terbabit daripada mendapat kerakyatan Malaysia.
Mereka terdiri daripada seorang pemuda dari Sabah berusia 27 yang dikenali sebagai Wong Kueng Hui dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Perak.
Dalam kes remaja perempuan berkenaan yang diwakili oleh peguam Annou Xavier; dia dilahirkan di Sungai Siput, Perak kepada bapa warganegara Malaysia dan ibu yang berasal dari Filipina. Permohonan remaja itu untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia sebelum ini ditolak selepas dia dianggap tidak sah taraf memandangkan perkahwinan ibu bapanya hanya didaftarkan selepas kelahirannya.
Bapanya kemudian memperolehi pengisytiharan kesahihan daripada Mahkamah Tinggi pada tahun 2018 dan remaja tersebut diisytiharkan sebagai anak sah taraf kepadanya dan isterinya.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia meneruskan rayuan kes.
Kejayaan akhirnya berpihak kepada remaja perempuan tersebut setelah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan berpihak kepadanya dalam permohonan pengisytiharan sebagai warganegara Malaysia dan menerima MyKad.
*
Sementara itu, dalam kes Wong Kueng Hui yang diwakili peguam Haijan Omar pula, dia dilahirkan di Hospital Keningau, Sabah pada tahun 1995 di mana bapanya merupakan rakyat negeri Sarawak manakala ibunya pula berasal dari Indonesia.
Bapa Kueng Hui meninggal dunia sewaktu dia berusia 10 tahun. Tujuh tahun kemudian, giliran ibunya pula menghembuskan nafas terakhir.
Kueng Hui katanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ibunya sebagai seorang warganegara Indonesia asing walaupun dia cuba mendapatkan maklumat terbabit dari kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Di kedutaan Filipina juga, tiada rekod menyatakan ibunya mempunyai kerakyatan negara itu.
Lalu pada tahun 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan Kueng Hui tidak mempunyai kewarganegaraan dan memberi arahan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyerahkan MyKad kepadanya. Keputusan ini mendorong Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan kerajaan Malaysia menfailkan kebenaran untuk rayuan.
Permohonan itu bagaimanapun didapati tidak memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Oleh itu, panel hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah & Sarawak, Tan Sri Abang iskandar Abang Hashim bersama-sama hakim Mahkamah Persekutuan bersidang dan memutuskan peluang untuk permohonan berkenaan berjaya adalah sukar berdasarkan merit sekiranya kebenaran diberikan.
Oleh itu, Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan kerajaan untuk kebenaran meneruskan rayuannya bagi menghalang Kueng Hui daripada mendapat kerakyatan Malaysia.
Terdahulu, ramai individu tampil di platform media sosial bagi berkongsi kisah kesukaran untuk memperolehi kerakyatan Malaysia walaupun mereka atau anak mereka dilahirkan di sini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 sudah pun bermula pada hari ini. Bagi pelajar SPM, selain sibuk dalam mengulang kaji semula segala...