Selepas ‘Kena Azan’ Dengan Pemilik Kedai, Perompak Batalkan Niat Dan Lari

Share

Ini baru namanya, “Mari sini, aku azankan kau”!

Hasrat seorang perompak untuk meneruskan  jenayah dan menambah hasil rompakan terhenti setelah seorang pemilik kedai emas melaungkan azan di Kota Bharu, pagi semalam.

Walaupun suspek lari dalam kejadian jam 9.20 pagi itu selepas ‘diazankan’, dia sempat untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas bernilai RM40,000.

Menurut anak kepada pemilik kedai emas yang dikenali sebagai Yuni, 18 tahun, pada waktu kejadian, dia sedang bersama ibunya (pemilik kedai) dan seorang ustaz. Kebetulan pula, mereka sedang belajar mengaji al-Quran di dalam sebuah bilik yang terletak di dalam kedai.

Secara tiba-tiba, perompak yang berusia sekitar 30-an itu meluru dan mengacukan parang ke leher ustaz sebelum mengugut ibunya untuk menyerahkan telefon pintar yang dipegangnya.

“Ibu saya terus terkejut dan serta-merta melaungkan azan. Mungkin kerana rasa terkejut, perompak melepaskan kami dan beredar. Tapi dia sempat untuk mengambil hasil rompakan, dalam RM40,000.”

Suspek terus melarikan diri dengan menaiki motorsikal.

“Kebetulan, CCTV (sistem kamera litar tertutup) di kedai kami baru je rosak beberapa hari lepas. Tapi CCTV milik kedai berhampiran berjaya merakam suspek,” kata Yuni lagi kepada media sambil berharap perompak akan segera ditangkap/

Itulah kekuasaan kalimah Tuhan. Tak perlu nak rasa ragu-ragu.

Kalau ada perkara yang baik atau buruk berlaku dekat kita, selalu ingat kepadaNya dulu okay! InsyaAllah kita akan selalu dilindungi.

Published by
FZ