Ads
Home Berita Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Ads
Foto VIa Berita Harian

Berita baik untuk korang yang kempunan tidak dapat pergi ke Langkawi…hehe

Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini
Foto Via NST

Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.

“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.

“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media semalam.

So, kalau korang ke Melaka minggu hadapan cuba beberapa tempat yang kami cadangkan ini.

1. Cendol Bakar

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Ads

Apa yang istimewanya adalah berbagai jenis cendol terdapat di kedai ini. Harganya pun berpatutan. Lokasinya terletak di Alor Gajah. Kalau tak nak makan disini, nak drive thru pun boleh.

2. Asam Pedas Matahari Corner

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Dah namanya datang Melakan kan, tak sah la kalau tak pekena asam pedas. Lokasi kedai ini di belakang pasar lorong batu berendam. Antara menu rare yang ada ialah asam pedas telur ikan dan telur sotong.

3. Mee Besen

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Pernah viral satu ketika dulu, lokasi Mee Besen ini bertempat di Pusat Niaga Durian Daun. Mee Besen Jumbo berharga RM 32 sahaja dan boleh dimakan sehingga 8 ke 10 orang. Memang berbaloi-baloi.

4. Ikan Bakar Parameswara

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini
Udang bakar ni pun nampak sedap sangat

Terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan laut disini. Lokasinya strategik dan menarik kerana korang boleh melihat pemandangan Selat Melaka dan juga hutan bakau di gigi air. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Ads

5. Roti Naan Pak Putra

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Untuk peminat roti naan, korang kena try Roti Naan Pak putra di Taman Kota Laksamana. Beroperasi dari jam 5.30 petang sampai la jam 1 pagi. Sesuai untuk korang yang suka melepak waktu malam. Hiks!

6. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Restaurant

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Okay dah biasa makan nasi ayam kan? Kali ni cuba tukar pula style makan chicken rice ball ni. Nasi dikepal menjadi seperti bebola. Unik dan menyelerakan. Jangan risau, restoran ni halal gaiss.

7. Asam Pedas Claypot

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Ads

Dihidangkan dalam claypot panas-panas, memang sedap la bila makan dengan nasi putih. Korang boleh cari Asam Pedas Claypot ini di lokasi sekitar Taman Kota Laksamana.

8. Roti Canai Kayu Arang

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini
Foto: Vkeong.com

Oleh sebab tempat ini menjadi tumpuan orang ramai, so dinasihatkan untuk korang datang seawal pagi. Kalau tak, jenuhlah nak menunggu tempat duduk nanti. Apa yang menariknya, kesemua roti di goreng atas dapur kayu arang. Tengok gambar pun dah meleleh air liur. Haha!

9. Roti John Tarik MaeLambong

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

Kalau korang sejenis suka makan roti john yang penuh dengan isi daging, sos dan cheese mozzarella meleleh, nah ini adalah pilihan yang tepat. Roti John Tarik MaeLambong bertempat hadapan Hang Tuah Mall.

10. Cucur Udang Alor Gajah

Selepas Pulau Langkawi, Melaka Dibuka Kepada Pelancong 1 Oktober Ini

 

Apa yang istimewanya cucur udang ini dihidangkan bersama fish cake, sosej, nugget, timun dan tauhu. Kuahnya pun memang superb laa. Kalau nak makan confirm kena beratur la wey!

Kalau dapat cuba kesemua tempat yang kami cadangkan ini, confirm kenyang perut senang hati. Hehe! Amacam… weekend depan ni jom serang Melaka nak?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI