Kumpulan pejuang Palestine iaitu Hamas telah bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata dengan Israel, Qatar dan Amerika Syarikat selepas lebih 460 hari perang yang telah memusnahkan Gaza.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani berkata bahawa perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa pada hari Ahad ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Andrew Garfield Seru Dunia Halakan Tumpuan Untuk Bantu Warga Palestin Di Gaza
Ini yang korang perlu tahu tentang Genjatan Senjata Di Gaza
- Perdana Menteri Qatar, Mohammed Al Thani mengumumkan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas susulan laporan awal mengenainya oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
- Mohammed Al Thani juga mengesahkan pembebasan 33 tebusan Israel semasa fasa pertama gencatan senjata Gaza.
- Gencatan senjata itu merupakan langkah pertama ke arah kestabilan yang berkekalan.
- Trump sebelum ini mengumumkan gencatan senjata tersebut, menyifatkannya sebagai ‘perjanjian epik’.
- “Tiada lagi pengganas(Hamas) di Gaza,” katanya dan berikrar untuk meluaskan lagi Perjanjian Ibrahim.
- Pentadbiran Joe Biden mengesahkan gencatan senjata itu, manakala rakyat Gaza meraikan hari tersebut.
- Perjanjian itu juga membenarkan penduduk Palestine yang dipindahkan untuk kembali ke rumah mereka – walaupun selepas kempen pemusnahan yang disengajakan Israel, banyak rumah tidak lagi kekal.
-
Fasa awal akan berlangsung selama enam minggu, dan akan melibatkan pertukaran tahanan terhad, pengunduran sebahagian tentera Israel di Gaza dan lonjakan bantuan ke dalam kawasan terkesan.
- Tiga puluh tiga tawanan Israel termasuk wanita, kanak-kanak dan orang awam berusia lebih 50 tahun yang ditahan oleh Hamas akan dibebaskan. Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih ramai tahanan Palestine dalam fasa ini, termasuk banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Antara rakyat Palestine yang dibebaskan adalah sekitar 1000 yang ditahan selepas 7 Oktober.
- Selaras dengan pertukaran tawanan, Israel akan menarik pasukan tenteranya dari pusat penduduk Gaza ke kawasan tidak lebih daripada 700 meter di dalam sempadan Gaza dengan Israel.
Untuk info, sejak peperangan di Gaza sejak 7 Oktober 2023 seramai 46,600 orang terbunuh akibat serangan udara dan darat Israel dengan lebih separuh terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga tua.
BACA LAGI : Elak Kebuluran, Pemuda Di GAZA Bina Ladang Atas Bumbung Bantu Jiran
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.