Rakyat Malaysia masih mengingati momen bersejarah apabila pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan Badminton All England pada Mac lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : “Lagi Nervous Tengok Daripada Main..” Lee Chong Wei Gembira Kejayaan Lee Zii Jia – REMAJA
Kejayaan tersebut telah diraikan oleh seluruh negara setelah kali terakhir Malaysia memenanginya 4 tahun lalu menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Semalam, satu lagi kejayaan membanggakan telah dilakar oleh skuad badminton negara apabila Chea Liek Hou muncul sebagai juara pada kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol.
Pada pusingan final acara perseorangan lelaki SU 5, pemain paralimpik ini telah menewaskan pemain dari Jepun, Taiyo Imai dengan catatan 21-13 dan 21-11 dalam tempoh 34 minit saja.
Kemenangan ini sekaligus melengkapkan rekod kemenangan 5-0 Liek Hou ke atas Imai selepas kali terakhir bertembung dengannya di peringkat suku akhir kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil pada tahun lalu.
Untuk pengetahuan, Liek Hou telah berada di bawah bimbingan Datuk Rashid Sidek sebelum ini untuk mempertingkatkan prestasi permainan dan menambah stamina agar pemain berusia 33 tahun ini dapat bersaing dengan lebih baik ketika bertemu lawan yang lebih muda daripadanya.
Sesi tersebut telah membuahkan hasil apabila Liek Hou berjaya menurunkan berat badannya dari 75 kg ke 65 kg justeru membantunya untuk bertanding dengan lebih cergas.
Selepas ini, Liek Hou bakal menawan Sukan Paralimpik Tokyo pula yang dijadualkan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini.
BACA LAGI : 99 Hari Menuju Sukan Olimpik, Siapakah Atlet Negara Yang Sudah Layak? – REMAJA