
Keadaan penularan wabak Covid-19 di negara kita sekarang sememangnya membimbangkan.

Umum sedia maklum bahawa salah seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah disahkan positif Covid-19 semalam. Hal ini membuatkan ahli kabinet yang menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabtu lalu terpaksa menjalani kuarantin.
Jalani kuarantin kendiri
Selain daripada ahli kabinet, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut perlu menjalani kuarantin diri kerana menjadi kontak rapat kepada menteri tersebut.

Walau bagaimanapun, menerusi Astro Awani, Dr Noor Hisham memaklumkan akan terus melaporkan perkembangan semasa pandemik dari rumahnya.
Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa beliau telah mula menggunakan teknologi video untuk mesyuarat yang perlu dihadiri.
"Bergantung kepada pendedahan kita kepada risiko dan keadaan," katanya ketika ditanya mengenai jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah beliau jalani.

Untuk info, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif COVID-19 dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber : Astro Awani
Macam Mana Nak Tahu Pembuangan Kerja Kita Ikut Undang-Undang Ke Tak? Peguam Kongsi Info

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun memasuki fasa ke tiga dan akan berakhir 28 April ini. Berbaki lagi 5 hari sebelum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman baru sama ada PKP ini disambung atau tidak, sudah pasti ada di antara kita tertanya-tanya, mungkinkah PKP akan bersambung atau berakhir sudah.
Masa yang sama semasa PKP ini, sudah banyak syarikat membuat pengumuman akan memotong beberapa peratus gaji pekerja, meminta pekerja mengambil unpaid leave dan paling menyedihkan jika diberi notis pemberhentian kerja.
Namun seandainya nama korang tersenarai antara yang diberhentikan kerja, ini sesuatu yang korang kena tahu ya adakah pembuangan korang itu mengikut undang-undang atau pun tidak.
Peguam Mohamad Nasruddin Ab Rahman, 26 tahun dari Baharuddin Ali & Co berkongsi ilmu mengenai hak pekerja yang perlu korang tahu kalau nama disenaraikan untuk diberhentikan di musim PKP nie.
Baca maklumat yang mungkin boleh korang fahamkan kalau nama tersenarai diberhentikan.
MACAM MANA NAK TAHU SAMA ADA PEMBUANGAN KERJA ITU MENGIKUT UNDANG-UNDANG ATAU TIDAK?
Majikan ada hak untuk buang pekerja. Itu memang tidak dapat kita dinafikan. Tapi adakah pembuangan kerja itu didasarkan dengan alasan yang adil dan munasabah?
Sepanjang tempoh PKP yang telah dilanjutkan sehingga 28 April ini, sudah ramai daripada kalangan kita yang telah kehilangan pekerjaan mereka.
Dan saya pasti, rata-rata alasan pembuangan kerja yang diberikan kepada pekerja, khususnya dalam keadaan sekarang ataupun pada masa-masa lain:-
- a) syarikat sedang mengalami kerugian
- b) Jawatan/kerja jadi ‘redundant’.
Sekali imbas, alasan-alasan di atas memang logik. Tetapi sejauh mana kebenarannya dan bagaimana untuk kita tahu alasan yang diberikan betul atau tidak?
PEMBUANGAN KERJA ATAS ALASAN SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN
Sekiranya anda dibuang kerja dan alasan yang diberikan kepada anda oleh syarikat adalah disebabkan syarikat sedang menanggung kerugian dan perlu kurangkan kos, sila tanya soalan-soalan ini dalam diri anda:-
- Betul ke syarikat memang mengalami kerugian?
- Jika betul, ada ke bukti seperti penyata akaun syarikat yang menunjukkan kerugian?
- Pernah ke dimaklumkan sebelum ini bahawa syarikat sedang mengalami kerugian?
- Pernah ke ada apa-apa kaedah penjimatan yang dilakukan oleh syarikat sebelum ini?
- Adakah syarikat ada membuat pembayaran-pembayaran lain yang tidak penting?
- Adakah elaun pengarah-pengarah (untuk syarikat besar) pada ketika itu ada dinaikkan?
- Adakah ada bukti ada perbincangan dalam ahli lembaga syarikat tentang perlunya dilakukan pembuangan kerja sebelum ini?
- Adakah syarikat ada mengambil pekerja baru dalam masa terdekat ini?
Jika banyak soalan-soalan di atas berakhir dengan jawapan yang negatif, mungkin anda perlu membuat laporan ke JPP untuk pembuangan kerja secara tidak adil.
PEMBUANGAN KERJA ATAS ALASAN ‘REDUNDANCY’
Jika majikan anda menamatkan perkhidmatan anda atas alasan kerja anda menjadi ‘redundant’ dan anda sudah tidak diperlukan lagi, sila tanya soalan-soalan ini dalam diri anda:-
- Apakah bukti syarikat ada melaksanakan ‘restructuring’?
- Selepas pembuangan kerja, adakah fungsi, tanggungjawab dan tugas anda masih lagi wujud?
- Selepas pembuangan kerja, adakah fungsi, tanggungjawab dan tugas anda diambil alih oleh orang lain?
- Adakah pihak syarikat pernah berbincang dan berunding dengan anda sebelum ditamatkan perkhidmatan?
- Adakah syarikat mengamalkan polisi FWFO (Foreign Worker First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda?
- Adakah syarikat mengamalkan polisi LIFO (Last In First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda ataupun syarikat ada polisi lain?
- Adakah terdapat apa-apa VSS (Voluntary Separation Scheme) ditawarkan kepada anda sebelum ditamatkan perkhidmatan?
Satu perkara penting yang anda perlu tahu tentang ‘redundancy’ adalah, sekiranya masih ada orang yang melakukan tugas dan fungsi anda selepas anda dibuang kerja, maka ‘redundacy’ tidak berlaku.
‘Redundancy’ yang sebenar adalah tugas, tanggungjawab dan fungsi anda itu memang tidak wujud langsung dan bukannya sekadar jawatan ataupun pangkat.
Jika anda merasakan banyak soalan-soalan di atas perlukan penjelasan daripada majikan anda, maka sebaiknya laporan ke JPP untuk pembuangan kerja secara tidak adil dibuat.
Semoga bermanfaat.
Jurulatih Kecergasan Hong Kong Maut Terjatuh Ketika Bergambar Dari Bangunan Tinggi

Kejadian malang yang cukup menyayat hati ini mungkin boleh dijadikan pengajaran yang berguna terutamanya buat korang yang suka bergambar di lokasi tinggi dan merbahaya.
Seorang jurulatih kecergasan dari Hong Kong telah meninggal dunia akibat terjatuh ketika sedang mengikuti penggambaran di sebuah bangunan. Kejadian tersebut berlaku di tingkat 12 Li Dong Yuen Street East ketuka mangsa, Will Kong Wai berdiri di atas railing atau pagar bangunan untuk sesi fotografi.
Menurut laporan, sesi fotografi tersebut meurpakan penggambaran promosi untuk dua orang jurulatih kecergasan dan mangsa membantu mereka berdua. Polis mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah di sebalik kejadian cukup malang ini. Ketika kejadian, mangsa telah hilang keseimbangan badan dan terjatuh di atas podium yang terletak di tingkat empat. Mangsa disahkan paramedik meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Sumber : South China Morning Post
Johor Kembali Berhujung Minggu Pada Sabtu & Ahad, Bermula 1 Januari 2025

Negeri Johor akan kembali menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hari hujung minggu bermula 1 Januari 2025.
Perubahan ini diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi, dalam satu sidang media sebelum ini.
Malah, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkongsi menerusi laman media sosial baginda mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.
“Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.
“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.
“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” ujarnya.
Johor sebelum ini menetapkan Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu sejak 1 Januari 2014, bertujuan memberi lebih banyak masa untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa. Namun begitu, berdasarkan kajian terbaru, ramai pihak menyuarakan keperluan untuk menyelaraskan semula hari cuti hujung minggu dengan kebanyakan negeri lain di Malaysia dan perniagaan antarabangsa yang kebanyakannya beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.
BACA LAGI : Kisah Inspirasi Seorang Tukang Cuci Dari Johor, Raih Pendapatan Cecah RM 8,000 Sebulan!
Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor & Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.