Selepas Mira Filzah, MK Jadi Duta Terbaru Pusat Tuisyen Dan Peningkatan Akademik

Share

Tidak dinafikan penyanyi rap berkumpulan tempatan, MK K-Clique kini cukup popular apatah dengan pengikut 1.5 Juta pengikut dilaman sosialnya.

Mengikuti perkembangannya di laman Instagram, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24 sudah maju setapak ke hadapan apabila dipilih menjadi duta pusat tuisyen dan peningkatan akademik, PTTI Group Sdn Bhd sejak awal Januari lalu.

Hal ini turut dikongsikan oleh penyanyi dari Sabah ini melalui videodi laman Instagram mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mula menduduki peperiksaan berkenaan sejak 22 Februari lalu.

 

Kata pemilik nama penuh Muhammad Hairi Amin itu, dia percaya tanggungjawab yang digalas itu datang dengan amanah yang murni serta besar.

“Sejujurnya saya mengambil masa memikirkan untuk menyatakan persetujuan sebagai duta pusat akademik berkenaan.

“Saya ‘dirisik’ pihak mereka sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.

“Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik COVID-19 ini,” katanya.

MK berkata, dia mula memeterai perjanjian bersama pusat akademi itu hujung tahun lalu.

“Cuma dalam hati saya terdetik kenapa pihak PTTI berkenan menyunting saya sebagai duta. Saya percaya ada calon lain yang lebih baik berbanding diri sendiri.

“Namun rezeki itu tak pernah salah alamat. Jadi amanah yang digalas ini akan saya sebaik mungkin. Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang boleh mendekatkan PTTI dengan generasi masa kini yakni pelajar SPM,” katanya yang bergelar duta pusat akademik itu selama setahun.

Untuk info, PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 dan kini memiliki 25 tenaga pengajar, yang mengajar menerusi formula dan teknik berkesan membimbing pelajar menghadapi SPM.

 

Published by
Nana