Satu-persatu Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan mula merangka majlis konvokesyen setelah lama tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Selepas Management & Science University (MSU) membuka tirai musim konvokesyen kelmarin dalam norma baharu, kini sebuah lagi IPT bakal mengadakan acaro konvokesyen mereka dan ia tidak lain tidak bukan ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menerusi akaun media sosial rasminya semalam, UKM mengumumkan majlis konvokesyen ke-48 universiti tersebut yang dijadualkan bersidang mulai 3 April hingga 12 April kelak di Dewan Canselor Tun Abdul Razak DECTAR.
Pengumuman ini turut diselit dengan video acah (teaser) khas yang menampakkan subjek pelajar memakai jubah konvokesyen dan menyarung pelitup muka sebelum memasuki dewan konvokesyen.
Di samping itu, UKM turut memuat naik video berasingan bagi menjelaskan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) agar mudah dijadikan rujukan oleh para graduan.
Berikut adalah beberapa poin yang ditekankan:
Ads
01
Bagi graduan yang memandu sendiri, mereka boleh meletakkan kenderaan di Panggung Seni. Bagi yang hadir bersama ibu bapa pula, mereka boleh diturunkan di sebelah gelanggang tenis berhadapan KDO.
02
Terlebih dahulu, graduan perlu menyemak sama ada ditetapkan di pintu masuk A atau pintu masuk B. Setelah tiba, mereka diminta beratur secara tertib pada jarak 1 meter dari graduan lain. Imbas kod QR MySejahtera, imbas suhu badan dan sanitize telapak tangan.
03
Setelah dibenarkan masuk, graduan perlu menunjukkan borang ‘Health Declaration Form’ kepada pegawai yang bertugas.
04
Graduan hanya dibenarkan duduk di tempat yang telah ditetapkan sahaja di dalam dewan konvokesyen. Sekiranya mereka ingin ke tandas, mereka haruslah menanggalkan jubah dan mortar board, seterusnya meletakkannya di atas tempat duduk.
Ads
05
Di atas pentas konvokesyen, graduan perlu mengambil sendiri scroll yang telah diletakkan di atas meja. Jangan sesekali berjabat tangan dengan VVIP atau melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti berswafoto, melambai tangan atau menunjukkan aksi melampau.
*
Senang je sebenarnya SOP yang ditetapkan.
Terlebih dahulu REMAJA ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua graduan UKM yang bakal menamatkan pengajian masing-masing secara rasmi.
Untuk info lanjut mengenai peraturan yang dikenakan oleh pihak universiti, tonton video panduan mereka di bawah.
Bertempat di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak hari ini, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Rahimah Mohamed mengumumkan bahawa 787 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Perak telah memperolehi keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Menurutnya, majoriti calon tersebut terdiri daripada calon yang memilih untuk menduduki sembilan, 10, 11 dan 12 mata pelajaran. Lebih mengagumkan apabila 17 calon telah memperolehi A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Biarpun beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang melanda bagi beberapa bulan pada akhir tahun hingga awal tahun ini telah sedikit sebanyak merencatkan momentum hampir 2000 orang calon yang terpaksa menunda peperiksaan SPM mereka dari 5 April hingga 19 Mei lalu, rata-rata calon masih mampu mempamerkan keputusan yang cemerlang.
Tambahnya lagi, terdapat 102 calon berkeperluan khas di Perak yang menduduki SPM 2021 dan dua daripada calon tersebut telah memperoleh keputusan semua A.
Secara amnya, 85.71 peratus atau 28,817 calon di Perak layak menerima sijil. Manakala, Gred Purata Negeri (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 54.96.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengorbanan seorang bapa menyara keluarga sebagai seorang pemandu bas terbalas apabila puterinya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.
Menurut pemilik nama Riska Sainuddin, dia memaklumkan bapa tercintabya banyak berkorban termasuk sentiasa memberi dorongan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang sangat membanggakan itu.
“Saya pelajar asrama dan setiap jam 3 pagi, bapa akan hubungi untuk kejutkan saya supaya mengulang kaji pelajaran terutama pada minggu peperiksaan.
“Dia akan pastikan saya belajar semasa sepanjang minggu ulang kaji dan peperiksaan supaya dapat fokus untuk menjawab peperiksaan.
“Alhamdulillah, semua keputusan cemerlang dan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 bagi subjek Geografi, Pengajian Am, Sejarah, Sains Sukan dan Pengajian Perniagaan,” katanya pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan itu.
Dalam pada itu, bapanya Zainudin Osman mendedahkan walaupun dia hanya bekerja sebagai pemandu bas dengan pendapatan tidak menentu namun dapat memberi peluang pelajaran yang terbaik buat kesemua anaknya malah salah seorang daripadanya mencapai keputusan cemerlang.
“Saya akan sokong anak saya jika dia mahu melanjutkan pengajian di universiti walaupun pendapatan sebagai pemandu bas tidak menentu malah kadang-kadang hanya mendapat RM50 sehari, tetapi berkat kesabaran Alhamdulillah masih boleh memikul tanggungjawab sebagai bapa.
“Selain itu, mujur juga anak-anak yang sudah bekerja banyak membantu dari segi kos pendidikan adik-adik mereka yang masih bersekolah,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan pernah menerima tohmahan daripada orang sekeliling di saat berdepan masalah kemurungan (depresi).
Kata pengasas jenama fesyen terkenal, Neonate Clothing Company itu, penyelamat sebenar ketika dirinya menghidapi masalah berkenaan adalah dengan doa.
“Tak semua orang boleh faham, dulu masa saya mula-mula hidap depresi, orang yang berada di kiri kanan depan dan belakang saya selalu cakap ‘kau tak sembahyang, kau tak ingat tuhan, kau tak minta doa kepada Allah’.
“Sebenarnya perkara itu adalah penyelamat. Sejujurnya saya cakap, mungkin tak semua orang boleh rasa benda ini.
“Tetapi, ubatnya adalah doa. Hari-hari minta kepada Allah supaya kekal dan sentiasa dibantu terus hidup,” katanya kepada Remaja.
Bukan mudah untuk menjalani kehidupan selama dua tahun dengan adanya depresi, Karl turut berkongsi keadaannya yang kini semakin baik.
“Selain harapan itu sebenarnya antara kita dengan Allah. Untuk kembali pulih, ambil masa sebenarnya. Alhamdulillah, selepas dua tahun tiada apa-apa yang mengganggu saya.
“Walaupun saya ada masalah besar yang melanda sekitar dua bulan lalu, tetapi saha relaks sahaja. Mungkin juga saya dah banyak pergi terapi, kaunseling dan rawatan bersama doktor,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Karl Shafek
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...