UKM Pula Menyusul Langsung Konvokesyen Hujung Minggu Ini

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Satu-persatu Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan mula merangka majlis konvokesyen setelah lama tertangguh akibat pandemik COVID-19.

 

Selepas Management & Science University (MSU) membuka tirai musim konvokesyen kelmarin dalam norma baharu, kini sebuah lagi IPT bakal mengadakan acaro konvokesyen mereka dan ia tidak lain tidak bukan ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

ARTIKEL BERKAITAN : IPT Kembali Langsungkan Konvokesyen, Bermula Dengan MSU Hari Ini – REMAJA

Menerusi akaun media sosial rasminya semalam, UKM mengumumkan majlis konvokesyen ke-48 universiti tersebut yang dijadualkan bersidang mulai 3 April hingga 12 April kelak di Dewan Canselor Tun Abdul Razak DECTAR.

Pengumuman ini turut diselit dengan video acah (teaser) khas yang menampakkan subjek pelajar memakai jubah konvokesyen dan menyarung pelitup muka sebelum memasuki dewan konvokesyen.

Di samping itu, UKM turut memuat naik video berasingan bagi menjelaskan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) agar mudah dijadikan rujukan oleh para graduan.

Berikut adalah beberapa poin yang ditekankan:

 

01

Bagi graduan yang memandu sendiri, mereka boleh meletakkan kenderaan di Panggung Seni. Bagi yang hadir bersama ibu bapa pula, mereka boleh diturunkan di sebelah gelanggang tenis berhadapan KDO.

02

Terlebih dahulu, graduan perlu menyemak sama ada ditetapkan di pintu masuk A atau pintu masuk B. Setelah tiba, mereka diminta beratur secara tertib pada jarak 1 meter dari graduan lain. Imbas kod QR MySejahtera, imbas suhu badan dan sanitize

telapak tangan.

03

Setelah dibenarkan masuk, graduan perlu menunjukkan borang ‘Health Declaration Form’ kepada pegawai yang bertugas.

04

Graduan hanya dibenarkan duduk di tempat yang telah ditetapkan sahaja di dalam dewan konvokesyen. Sekiranya mereka ingin ke tandas, mereka haruslah menanggalkan jubah dan mortar board, seterusnya meletakkannya di atas tempat duduk.

05

Di atas pentas konvokesyen, graduan perlu mengambil sendiri scroll yang telah diletakkan di atas meja. Jangan sesekali berjabat tangan dengan VVIP atau melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti berswafoto, melambai tangan atau menunjukkan aksi melampau.

*

Senang je sebenarnya SOP yang ditetapkan.

Terlebih dahulu REMAJA ingin mengucapkan tahniah kepada kesemua graduan UKM yang bakal menamatkan pengajian masing-masing secara rasmi.

Untuk info lanjut mengenai peraturan yang dikenakan oleh pihak universiti, tonton video panduan mereka di bawah.

Published by
FZ