Selepas Mukbang Diharamkan China, Kini Rancangan Realiti TV Pula Dituduh Sesatkan Remaja

Share

Jika sebelum ini trend Mukbang dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.

Terkini, negara dengan penduduk terpadat didunia ini dilaporkan telah mengharamkan beberapa rancangan realiti pencarian bakat dan memberi arahan kepada penyiar televisyen untuk tidak mempromosikan lelaki ‘cantik’ dalam usaha terbaru untuk membentuk semula budaya industri hiburan di negara itu yang selama ini didakwa telah ‘menyesatkan’ anak muda.

Foto Via Global Times

Hal ini juga mungkin berkait rapat dengan kes bekas ahli kumpulan K-pop EXO, Kris Wu dilaporkan telah ditahan di Beijing, China kerana disyaki melakukan pemerkosaan membabitkan beberapa mangsa wanita. Kris Wu merupakan darah kacukan China-Kanada.

Malah, peraturan baru ini telah pun diumumkan oleh Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional pada Khamis lalu. Antara peraturan lain, penyiar televisyen juga tidak boleh menayangkan program pengembangan idola atau rancangan aneka ragam dan realiti yang menampilkan anak-anak selebriti.

Foto Via Asia Times (Photo by Ge junmei / Imaginechina / Imaginechina via AFP)

Menurut The Guardian, mereka juga menyarankan penyiar untuk menolak ‘estetika yang tidak normal’ seperti lelaki ‘lembut’, pempengaruh yang kasar, kenaikan gaji selebriti dan pelakon yang kurang bermoral. Rancangan berkaitan dengan idol telah menjadi fenomena besar di China sejak beberapa tahun yang lalu. Ia merupakan format inovatif yang sama seperti Korea Selatan dan Britain.

Peraturan baru itu dirancang untuk memperbaiki masalah pelanggaran undang-undang dan moraliti artis serta kekacauan dalam ‘komuniti peminat’.

Tidak cukup dengan itu, media-media di China juga diminta untuk tidak menerbitkan kisah-kisah yang mempamerkan kekayaan, gosip, topik hangat yang negatif dan ‘selebriti internet’ yang tidak sopan.

Hmm…so apa pandapat korang? Sekali dengar macam negara China macam ikut jejak Korea Utara pula kan?

Sumber: The Guardian

 

Published by
Nana