Selepas Ong Seong-wu, Tiba Giliran Kim Jae Hwan Lakukan ‘Fan Meeting’ Di KL Julai Ini

Share

 

Sejak mendaki populariti menerusi rancangan realiti bakat nyanyian ‘Produce 101’ musim kedua, satu-persatu bekas ahli grup Wanna One mempunyai kelab peminat masing-masing.

 

Jika pada bulan April lalu, salah seorang ahli grupnya iaitu One Seong-wu telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk acara ‘Fan Meeting’ pertama sejak mereka dibubarkan pada 27 Januari 2019.

BACA: 1st Fan Meeting Ong Seong-wu Pengubat Rindu Peminat Pada Wanna One

Kini tiba giliran seorang lagi ahli grup Wanna One ke Kuala Lumpur iaitu Kim Jae Hwan!

Acara ‘Fan Meeting’ yang dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro itu akan mengambil tempat pada 27 Julai 2019 ini di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam pada jam 6 petang, sekaligus mengukuhkan lagi kemunculan debut Jaehwan pada tahun ini sebagai penyanyi solo.

Walaupun masih muda berbanding beberapa hyung

-nya dalam Wanna One, Jaehwan sememangnya menjadi ikutan ramai peminat yang menggelar diri mereka sebagai WIN:D.

Kini bernaung di bawah label Swing Entertaiment, Jaehwan yang meraih tempat keempat menerusi Produce 101 musim kedua bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi jugaboleh menulis lirik lagu sendiri.

Untuk album debutnya berjudul Another (dilancarkan pada 20 Mei lalu), beberapa buah lagu turut menerima sentuhan Jaehwan dan telah menerima sambutan menggalakkan daripada WIN:D sekalian.

Kalau korang tak nak melepaskan peluang untuk melihat Jaehwan secara up-close

, jangan lupa dapatkan tiket secara online bermula 12 Jun ini pada jam 12 tengah hari di laman web rasmi mereka.

Tengoklah zon tiket yang mana mampu untuk korang miliki, hiks!

 

Korang rasa Jaehwan akan menyanyikan lagu dendangan Wanna One?

Published by
FZ