Kalau hendak diikutkan, lambakan jenama antarabangsa sebenarnya telahpun bertapak di Malaysia dengan pembukaan butik dan stor rasmi di lokasi strategik.
Malaysia dikatakan menjadi lokasi pilihan mereka memandangkan kuasa pembeli di negara kita cukup kuat. Malah, rantau Asia Pasifik juga merupakan salah satu rantau terpenting dan terbesar untuk jenama antarabangsa kukuhkan penjenamaan dan keuntungan masing-masing.
Cuma sehingga kini, jenama elektronik terkenal, Apple masih belum bertapak di Kuala Lumpur menerusi Apple Store mereka biarpun sudah memiliki tiga buah Apple Store di Singapura dan dua lagi di Thailand.
REMAJA sebelum ini pernah melaporkan mengenai ura-ura pembukaan Apple Store pertama Malaysia di hub perniagaan, The Exhange TRX (TRX) Kuala Lumpur susulan penawaran beberapa jawatan peruncitan (retail) bersama Apple Malaysia menerusi laman sesawang rasminya, tidak lama dahulu.
Namun sejak 2021 lagi, tidak pula kedengaran apa-apa berita baharu mengenai tarikh pelancaran Apple Store ..
.. sehinggalah sekarang!
Baru-baru ini, penganalisa Apple di Bloomberg iaitu Mark Gurman telahpun berkongsi jangkaannya mengenai pembukaan Apple Store di TRX itu seawal bulan Februari 2024.
Menerusi laporan Bloomberg itu, Apple kini sedang bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Asia apabila benua ini menguasai jumlah Apple Store baharu yang bakal dibuka mereka iaitu sebanyak 15 buah stor; diikuti 5 stor di Eropah dan Timur Tengah serta empat lagi di Amerika Utara.
Ads
Kesemua ini merupakan sebahagian daripada perancangan Apple sehingga tahun 2027 dan menariknya, Malaysia khabarnya tidak perlu menunggu terlalu lama.
Pada April 2023, Apple Store pertama di India telah dibuka dan pada bulan Disember kelak pula, dua buah stor baru akan dibuka di Korea Selatan.
Hanya selepas itu, cawangan pertama di Malaysia akan menyusul.
Ads
Setakat ini, masih belum ada gambaran jelas mengenai rupa stor berkenaan, berapa keluasannya dan apakah kelainan yang akan ditawarkan oleh Apple Malaysia.
Cuma REMAJA pasti, ia akan tampil unik dan truly Malaysian berdasarkan kepada corak penjenamaan beberapa jenama antarabangsa lain yang telah bertapak di Malaysia sebelum ini. Tak sabarnya!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengakhiran hujung 2018 diakhir dengan bencana melanda selatan Filipina apabila berlakunya ribut Usman dan telah mengorbankan 75 nyawa selain 25,000 orang terpaksa keluar rumah kerana kemusnahan harta benda.
Dalam pada itu, kedatangan awal tahun disambut berita mendebarkan bagi penduduk di Pantai Timur pula diminta berwaspada dengan kedatangan siklon Tropika Pabuk.
Pada jam 8 pagi tadi, 3 Januari 2019, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin dengan kekuatan 15 kmsj dan boleh mencapai semaksimum 70kmsj ini dilihat semakin menghampiri Terengganu pada kedudukan 218 km, Kota Bharu 287 km dan Kuantan 311 km.
Lihat bagaimana pekerja Offshore berkongsi video lautan berombak kuat dan kapal-kapal besar juga dilihat terhoyong-hayang kesan dari siklon Tropika Pabuk ini. Bayangkan jika ia memukul ke arah daratan dan sudah pasti bangunan yang tidak kukuh akan tumbang sekaligus mengakibatkan kerugian besar.
Kedengaran suara seorang pekerja pelantar memaklumkan yang laut bergelora dan lebih kurang 9 meter lagi mencapai ke puncak pelantar diikuti doa kepada Allah agar dijauhkan segala mara bahaya ini.
Info dari rakan offshoreAngin mencecah 90knot 150km/jOmbak setinggi 15 meter[03/01 : *ECC Update 030530hrs*1. Wind Speed & Swell (current):i. Puteri | 45-50 knts | 6.5-7.0 mtrii. *Sepat | 85 knts | 9.0 mtr*iii. Angsi | 30-40 knts | 4.5-5.0 mtriv. Resak |30-35 knts | 2.5-3.0 mtrv. PM9 | 45-50 knts | 4.5-4.0 mtrvi. Dulang | 37-45 knts | 3.5-4.0 mtrvii. TBC | 35-40 knts | 5.0-5.5 mtrviii. Resak | 30 knts | 2.8 mtrix. Dyb | 32-40 knts | 5.0-5.5 mtr*x. BuK | 45-52 knts | 8.0-8.5 mtr*2. Peak weather (as of 030430 hrs);i. Penara – 022300 hrs / 34 kntsii. Puteri – 030500 hrs / 32 kntsiii. *BuK – 030300 hrs / 60 knts*iv. *Sepat – 030400 hrs / 90 knts*3. Concerns:i. FSO BuK rolling angle decrese to *8 deg* with the slightly reduction of wind speed. Swell *maintain around 8.5m*. All personnel are awake and on high alert. Some of them having severe dizzinessii. Sepat reach max wind speed @ *85 knts* and in *RED ZONE*. Swell *increase to 9.0m*. Rolling around 2 deg port, 2 deg stb. Sepat A stranded personnel are on *very high alert*. Current high swell *reach cellar deck which office cabin located*. POB Sepat A standby with life jacket!!iii. Sepat standby boat SK Line 79 still nearby the area (2.5 nmile). *Setia Gagah has slightly back off 4.5 nmile (keep distance)* from Sepat areaiv. Other locations wind speed within *40-50 knots* with swell *4.0-5.0 meter*.v. Sepat and BuK are on *very high alert!!*Let's pray for our friends at Sepat & BuK!![03/01 11:46 am: paltform area blah ganu.. tgah dbadai ombak dn angin kencang..
Apa yang boleh kita fahamkan tentang Ribut Tropika Pabuk dan risiko yang berlaku?
Jika melihat fb rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, setiap hari mereka akan memaparkan amaran mengenai “kedatangan” ribut tropika ini yang mana kedudukannya berubah dari sehari ke sehari (lebih semakin menghampiri).
Ribut tropika Pabuk ini boleh mengakibatkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 km sejam dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 km di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Mengikut catatan rasmi dari Jabatan Meteorologi Malaysia, kesan ketara yang akan terjadi ialah :-
– Berlakunya angin kencang.
– Kerosakan pada bangunan tidak kukuh
– Risiko pokok tumbang & bumbung terbang
– Laut bergelora
– Kenaikan aras laut
– Limpahan air laut di persisiran pantai
– Hujan lebat berterusan yang boleh membawa kejadian tanah runtuh dan banjir.
Jadi bagi orang di Pantai Timur sila jauhi pantai ya sehingga tarikh 5 hb ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada keselamatan diri. Mari kita sama-sama berdoa agar siklon tropika Pabuk ini menjauhi Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi sebahagian dari tanggungjawab kita untuk membantu golongan memerlukan. Tidak kira siapa pun, apa pekerjaan kita, kita dituntut untuk saling membantu mengikut kemampuan diri.
Terima kasih buat para doktor dan mereka yang bertugas di Kementerian Kesihatan kerana sentiasa membantu pesakit yang sebarang keadaan yang memerlukan khidmat mereka diperlukan. Tertarik dengan perkongsian seorang doktor gigi, Dr Mohd Khairul Izwan yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, REMAJA kongsikan pengalaman yang beliau kongsikan ketika merawat seorang remaja lumpuh dan menurutnya, kes ini agak istimewa kerana mungkin amat jarang didapati.
Bacalah perkongsiannya. Jadi selepas ini kalau ada di kalangan ahli keluarga kita yang lumpuh, ilmu ini mungkin amat berguna untuk penjagaan kepada pesakit khususnya bagi bahagian mulut yang mungkin selama ini kurang di beri perhatian.
Sedikit perkongsian dari saya yang berkesempatan untuk merawat seorang pesakit pada minggu lepas. Kes pesakit ini agak “istimewa” sedikit berbanding kes-kes lain yang biasa saya temui di klinik sebelum ini.
Pada minggu lepas, seorang ibu membawa anak perempuannya yang kurang upaya ke klinik gigi. Ibunya bimbang kerana bibir atas anaknya bengkak sejak beberapa hari dan keluar “ulat” daripada bibirnya yang bengkak.
Anaknya baru berumur 15 tahun dan menghidap Spastic Quadreplegia Cerebral Palsy disebabkan oleh masalah perkembangan saraf yang terganggu menyebabkannya menjadi lumpuh seluruh badan serta tidak mampu bergerak.
Setelah pemeriksaan lengkap dijalankan, didapati terdapat luka pada bibir atas adik ini yang bengkak dan terlihat seolah-olah ada sesuatu “benda lembut yang bersarang” di dalamnya. Rupa-rupanya benda lembut tersebut adalah larva lalat yang membiak pada luka di bibirnya.
Kalau nak tahu larva lalat ini bentuk dia macam ulat berwana putih yang bergerak laju tu. Biasa kita jumpa ulat macamtu pada benda-benda yang kotor atau dekat tong sampah yang sisa buangannya dibiarkan dalam tempoh waktu yang lama.
Larva lalat ini boleh membiak pada tisu/kulit manusia atau haiwan yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Keadaan begini disebut sebagai “maggot infestation” ataupun “oral myiasis”. Asalnya bibir atas adik ini cuma mengalami luka kecil disebabkan oleh kekeringan (mungkin kerana cuaca sekarang yang panas). Oh ya adik ini tidak dapat makan atau minum seperti orang biasa kerana ketidakmampuannya untuk menelan. Jadi beliau cuma mampu makan melalui “nasogastric tube/Ryles tube” sahaja yang disambungkan melalui hidungnya.
Disebabkan ketidakmampuannya untuk bergerak, jadi mungkin ada lalat yang kebetulan hinggap pada bibirnya yang kering serta luka dan kemudian bertelur di dalamnya. Jangan salah faham pula kerana ibunya memang menjaganya di rumah secara sepenuh masa, cuma mungkin pada waktu tersebut ibunya tidak perasan ada lalat yang hinggap pada bibir adik ini dan bertelur di dalamnya.
Ditambah pula dengan kebersihan mulut serta gigi adik ini yang kurang baik kerana ketidakmampuannya untuk memberus gigi sendiri menyebabkan telur lalat tersebut dapat membiak dengan cepat membentuk larva dan mengakibatkan bibir atasnya menjadi bengkak.
Kes adik ini terpaksa dirujuk segera kepada klinik pakar bedah mulut di hospital besar yang jaraknya lebih kurang 50km dari klinik pergigian tempat saya bertugas. Di sana, doktor pakar membuat prosedur membuang larva lalat tersebut yang jumlah kesemuanya adalah sebanyak 16 ekor.
Kemudian adik ini dirujuk kembali kepada kami dan beliau diarahkan untuk ditahan di wad di hospital daerah yang berdekatan dengan klinik saya bertugas bagi memudahkan kami melakukan pencucian rutin terhadap luka adik tersebut.
Pada hari kedua, masih ditemukan larva lalat sebanyak 3 ekor semasa kami mencuci luka adik tersebut di wad. Luka tersebut terpaksa dicuci menggunakan gauze yang dibasahkan dengan Turpentine Oil selama 30 minit bagi menyukarkan larva lalat tersebut bernafas seterusnya memudahkan kami untuk menangkapnya dan memasukkannya ke dalam air panas. Larva lalat ini akan mati pada suhu yang tinggi.
Sepanjang 3 hari kami mencuci luka adik ini di wad, perasaan sayu dan sedih sentiasa menyelubungi hati kami kerana kasihan melihat keadaannya yang lumpuh dan tidak mampu bergerak. Sesekali air matanya mengalir seolah-olah menahan sakit walaupun kami telah memberikan ubat bius setempat pada kawasan luka sebelum melakukan prosedur pencucian tersebut.
Alhamdulillah setelah 3 hari kami mencuci lukanya, larva lalat tersebut telah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dan lukanya juga menunjukkan tahap penyembuhan yang baik.
Lukanya dijahit dan ubat-ubatan dibekalkan.
Beliau dibenarkan keluar dari wad semalam dan kami meminta ibunya untuk menjaga kebersihan mulutnya dengan baik di rumah bagi membolehkan luka tersebut sembuh sepenuhnya dan bagi mengelakkan keadaan tersebut berulang kembali.
In sha Allah minggu depan kami akan review lagi adik ini di klinik bagi membuka benang jahitan dan melihat tahap kesembuhannya.
Walaupun kes myiasis begini jarang-jarang berlaku, namun ianya boleh terjadi kepada kita ataupun orang disekeliling kita. Jika anda mempunyai ibu bapa atau saudara mara yang tidak lagi berupaya bergerak disebabkan kerana lumpuh akibat sakit ataupun kerana telah tua, sering-seringlah lihat keadaan mulut mereka dan bantulah mereka menjaga kebersihan mulut mereka bagi mengurangkan risiko terjadinya keadaan begini.
Lalat boleh hinggap pada luka yang terdedah pada tubuh badan anda termasuk di bahagian mulut dan bertelur di dalamnya. Keadaan mulut yang tidak bersih boleh menggalakkan lagi pembiakan telur lalat ini. Oleh itu bantulah mereka memberus gigi atau sekurang-kurangnya membersihkan mulut mereka dengan menggunakan tuala basah yang bersih.
Sesungguhnya syurgalah tempat adik ini dan kami tahu Allah meminjamkannya ke dunia ini sebagai tempat untuk kami juga mengumpul pahala dengan membantunya sedaya upaya kami. Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan buat kami untuk berbakti kepadanya.
Semoga ada sesuatu yang anda semua boleh ambil sebagai iktibar daripada kisah ini.
Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Resorts World Genting (RWG) milik Genting Malaysia Bhd hari ini mengumumkan bahawa taman tema luar terbaharunya, Genting Skyworlds dijangka siap dan dibuka kepada orang awam pada suku kedua tahun ini.
Dalam sidang media yang dianjurkan secara virtual tengah hari tadi, RWG berkongsi bahawa mereka telah membelanjakan lebih $USD800 juta ($USD1 = RM4.04) pada taman tema tersebut dan mereka percaya ia akan menarik ramai pengunjung dari sekitar rantau Asia Tenggara.
Bagaimanapun, kata Naib Presiden Eksekutif RWG Leisure and Hospitality iaitu Datuk Edward Holloway, Genting Skyworlds akan memberi tumpuan untuk menarik pelancong domestik terlebih dahulu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan dan perjalanan di antara negeri dibenarkan.
Jadi, korang bolehlah jangkakan beberapa promosi yang akan ditawarkan kepada pelancong dalam negara untuk tempoh enam bulan hingga satu tahun ini selepas ia dibuka kepada orang ramai.
Sebaik saja sempadan dibuka semula, mereka menjangkakan ketibaan pengunjung dari negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Hong Kong dan China.
Genting SkyWorlds juga akan menggabungkan jenama dan harta intelek 20th Century Fox melalui kerjasama strategik antara Genting Malaysia dan 20th Century Fox.
Wah, mesti gempak kan. Tak sabar nak tunggu suku kedua 2021.
Tapi, jangan nanti berpusu-pusu pula korang naik ke Genting Highland. Berlibur tak salah asalkan jaga SOP, okay?
Sementara tunggu, jom layan dulu video teaser animasi Genting Skyworlds di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...