
Nampaknya kedai serbaneka 7-Eleven semakin rancak dalam menghasilkan penjualan aiskrim di stor mereka kerana satu lagi perisa baru telah diperkenalkan oleh mereka iaitu, 'A Breath of Fresh Air' Vanilla Mint.
Jika sebelum ini netizen kurang senang dengan perisa Salted Egg dan Roaring Lime Ice yang dikeluarkan oleh 7-Eleven, namun dengan pengumuman perisa baru Vanilla Mint ini nampaknya sedikit sebanyak menarik perhatian mereka untuk mencuba.

Ramai yang mengeluh kerana aiskrim ini tidak dijual di serata stor seluruh Malaysia.




Namun begitu, korang boleh check sendiri antara stor terpilih yang menjual aiskrim 'A Breath of Fresh Air' Vanilla Mint di link berikut, facebook.com/notes
Rasanya semua orang sedia maklum keenakan perisa pudina dan tambah pula bila ia digabungkan dengan rasa vanila. Kami pun dapat rasakan kesegaran dan kesedapan yang bakal dirasai apabila menikmati perisa terbaru aiskrim ini.
Nah, nak komen lebih pun tak boleh sebab belum rasa. Siapa yang dah rasa tu cuba korang komen sikit, amacam onz ke tidak?
Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

Rupa paras yang menawan dan tampan semestinya menjadi idaman setiap insan dan salah seorang figura yang sering dipuji dek kerana rupa parasnya ialah ahli kumpulan BTS, Jimin.
Bahkan beliau pernah menduduki tempat ke-35 dalam senarai ‘100 Wajah Paling Kacak 2022’ yang dikeluarkan oleh TC Candler.
Maka tidak hairanlah apabila ada peminat yang sanggup mengeringkan dompet mereka demi kelihatan seperti idola tersebut menerusi jalan singkat seperti pembedahan kosmetik.
ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa ‘ARMY’ Tak Dapat Dinafikan, Jimin BTS Penyanyi Korea Pertama Rangkul #1 Billboard HOT 100 Dengan Solo ‘Like Crazy’
Colluci dikatakan ingin merubah mukanya agar mudah diterima oleh penonton drama Korea.
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang pelakon Kanada bernama Saint Von Colucci dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik untuk menyerupai penyanyi BTS Jimin.
Menurut laporan daripada MailOnline, pelakon itu dikatakan telah meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada salah satu pembedahan kosmetik tersebut.
Dari kiri, terdapat perubahan drastik terhadap muka pelakon Kanada ini dek kerana sering menjalani pembedahan kosmetik.
Dilaporkan juga pada malam Sabtu lepas, pelakon itu menjalani pembedahan di salah sebuah hospital di Korea Selatan untuk mengeluarkan implan rahang yang telah dimasukkannya pada November lepas meskipun telah dimaklumkan akan risiko tinggi pembedahan tersebut.
Malang tidak berbau apabila beliau dikatakan terkena jangkitan dari implant tersebut yang akhirnya membawa maut.
Ketampanan ahli BTS ini juga sering melariskan sebarang jualan produk kosmetik mahupun penjagaan kulit yang digunakannya.
Antara pembedahan lain yang dilaporkan telah dijalankan oleh peminat ahli BTS itu ialah operasi hidung, mata, kening dan bibir yang hampit mencecah $220,000.
Sekadar info, Colucci dikatakan telah berpindah ke Korea Selatan dari Kanada pada 2019 untuk meneruskan kerjaya dalam industri muzik. Tahun lalu, dia dilaporkan turut berlakon dalam drama bersiri Korea Pretty Lies (Cogimar), yang menjalani penggambaran dari bulan Jun hingga Disember.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Yahoo, The Star
“This Is Not The End. Doa Kami Murah Rezeki”, Giliran AirAsia Buang Staff

Masalah hilang pekerjaan bukan hanya kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil. Tambahan lagi dengan penularan Covid-19 tentu saja syarikat terpaksa menukar strategi perniagaan masing-masing sehingga bakal menyebabkan lebih ramai pekerja yang dibuang.
Jika sebelum ini kite terkejut dengan penutupan beberapa syarikat pencetakan dan media. Kini tiba giliran AirAsia selepas industri pelancongan masih lagi tidak dapat dibuka.
Mempunyai sekitar 25,000 kakitangan seluruh dunia dengan 10,000 daripadanya adalah pekerja Malaysia, AirAsia terpaksa mengecilkan jumlah tenaga kerja dalam usaha membendung kos.
Menurut media Astro Awani yang didapati daripada sumber dalam syarikat, satu sesi townhall telah diadakan pagi tadi bersama beberapa unit utama di bawah AirAsia Berhad bagi memaklumkan keputusan tersebut.
Dikatakan keputusan tersebut sudah dicapai beberapa bulan namun ditunda kerana langkah pengecilan operasi dengan membuang tenaga kerja adalah pilihan terakhir syarikat.
Menurut sumber itu lagi, kakitangan yang terlibat dalam operasi pengecilan yang melibatkan semua bahagian tidak dimaklumkan berapa jumlahnya semasa sesi townhall tersebut akan dimaklumkan secara peribadi oleh pengurus masing-masing pada petang ini.
Dalam perkembangan terbaru, seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera dilaporkan telah dihentikan dan dijanjikan pampasan kepada semua yang terlibat.
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa sedih dengan perkhabaran tersebut di media sosial.
.
.
Daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat memohon maaf kepada semua yang terlibat dan menegaskan syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa kini selain daripada melakukan penstrukturan semula organisasi.
10 Mac lalu, AirAsia dilaporkan terpaksa melaksanakan langkah mengurangkan gaji kakitangan sebagai langkah menangani kesan COVID-19 yang menjejaskan pendapatan syarikat. Sebagai langkah permulaan, pemotongan akan berjalan selama tiga bulan melibatkan semua pengurusan kanannya.
Langkah sama turut diambil Malaysia Aviation Group (MAG) yang merupakan syarikat induk kepada Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, MAB kargo, AeroDarat Services, MAB Academy, Amal (perkhidmatan catar penerbangan umrah dan haji), MAB Engineering (perkhidmatan penyelenggaraan) dan pajakan pesawat.
Hm, boleh tahan mencabar juga masa hadapan kita ni, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti.
Sumber: Astro Awani, Twitter
Tular Hantu Kebaya Merah “Kembali” Ganggu Pengguna Di Lebuhraya Utara Tapi Rupanya

Hari ini tular di media sosial mengenai hantu kebaya merah selepas seorang pemandu sempat merakam bayangannya pada jam 3.25 pagi di sebuah lebuh raya menuju ke utara pagi semalam.
Kelibat misteri seakan gadis zaman dahulu yang mengenakan celana berkebaya merah dan berjalan seorang diri di tepi lebuh raya kembali menghangatkan kisah hantu kebaya merah sehingga di media sosial dipenuhi dengan pelbagai gambar gadis berbaju merah termasuk gambar Fazura dan Vanida Imran yang pernah melakonkan watak ini dalam sebuah filem beberapa tahun lalu.
Selepas berita ini menjadi viral, seorang warga twitter atas nama creepeposta telah menulis bahawa kisah hantu kebaya merah ini pernah viral pada tahun 2009 sehingga mengakibatkan tiga kemalangan terjadi.
Tapi apa yang berlaku, selepas kisah hantu kebaya merah ini menjadi viral di kalangan warga media sosial, kecoh pula apabila individu dari grup “bunga raya official” mendakwa dia dan rakan-rakannya sengaja berpakat untuk membodohkan orang ramai yang mengaku “cerdik” mengenai kisah hantu kebaya merah ini yang dilihat di sekitar Kulim semalam.
“Aku pakat dengan 3..4 orang member.. Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna… Lepas tu.. soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja.. yg last dok tgh jalan.. manakala aku drive kete (kereta) siap camera.. rekod sepanjang jalan.”
“Boh tajuk gempak2 sikit.. kompom viral.. sebab… masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni.. so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik.. hahahaha sekian cerita aku malam ni..”
Itu dakwaan individu yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik klip video hantu berkebaya merah” di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak semalam. Nampaknya budaya nakal tak bertempat sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang seakan mempercayai kewujudan hantu kebaya merah ini begitu “troll” dan boleh dianggap mudahnya menjemput dosa kering.
Walaupun seakan mahu mempermainkan orang ramai tetapi kisah hantu kebaya merah ini pernah berlaku di mana memang ada pengguna yang ternampak kenampakan hantu kebaya merah ini di lebuhraya menuju ke utara.
Ikuti kisah seperti dikongsinya.
Video yang “memperbodohkan” orang ramai seperti didakwa anak muda yang sengaja membuat rakaman ini
https://www.youtube.com/watch?v=ujbJ9MgCBGk