Selepas Perkenal Menu, ‘Baju Raya’ Rahmah Pula Bakal Dilancarkan KPDN

Share

Sedia maklum, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan inisiatifnya dengan melancarkan menu Rahmah yang bernilai serendah RM 5 sepinggan bagi golongan yang kurang berkemampuan.

ARTIKEL BERKAITAN : Lancar Menu Rahmah RM5 Di 15,000 Premis, 15 Info Korang Perlu Tahu!

Peka dengan bebanan yang dihadapi rakyat pada masa ini, terutama bagi ibu bapa yang kini sedang ‘pening kepala’ untuk membeli baju sekolah, pada masa sama perlu juga memikirkan pembelian pakaian raya untuk anak-anak mereka.

Kini para ibu bapa di luar sana boleh menarik nafas lega, baru- baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal memperkenal skim jualan pakaian Raya Rahmah untuk golongan B40 di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub malahan berkata, sebuah gergasi industri tekstil terkenal tanah air bersedia membantu menjayakan hasrat tersebut bermula Ramadan ini.

“Pagi tadi saya ditemui dua ‘big bos’ syarikat itu dan mereka berbincang untuk saya sendiri melancarkan jualan Raya Rahmah dijangka pada 24 Mac ini,” tuturnya selepas merasmikan Rahmah Raya di bawah Program Payung Rahmah untuk membantu kelompok miskin tegar di cawangan terbaharu Aeon.

Tambah beliau lagi, syarikat gergasi tekstil itu juga memberi jaminan kualiti pakaian akan dijual nanti setanding premium, sekali gus sebagai satu usaha bersama-sama membantu KPDN menggembirakan rakyat berpendapatan rendah ceria meraikan Aidilfitri yang bakal diraikan beberapa bulan sahaja lagi.

Untuk informasi, premis itu turut menawarkan 30 produk terpilih yang dijual dengan harga lebih rendah selain menyumbang 1,140 buah Bakul Rahmah di kesemua 35 cawangan Aeon dan 21 lagi cawangan Aeon Big dengan syarikat berkenaan memperuntukan sejumlah RM168,000 bagi pengagihan selama tiga bulan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Datuk Seri Salahuddin Ayub

Published by
Fath