Banyak betul kontroversi yang melanda dunia hiburan Korea Selatan selama 2 minggu ini.
Selepas kes buli yang melanda beberapa pelakon K-drama, kini timbul pula nasib beberapa orang peserta program pencarian bakat, ‘Produce 101’ yang dikatakan telah menjadi mangsa isu pilih kasih oleh pihak produksi.
Sejak tahun lalu lagi, warganet Korea telah menerima kejutan besar setelah kes undian tidak tulus dalam Produce 101 dibongkarkan. Dalam keempat—empat musim sejak ia mula ditayangkan, beberapa peserta telah disingkirkan biarpun mereka sebenarnya lebih layak secara merit untuk mara dalam pertandingan itu.
Menurut laporan All Kpop, pada musim pertama, dua orang peserta telah ditukarkan kedudukan pada pusingan pertama.
Dua lagi orang peserta ditukarkan pada pusingan finale musim kedua manakala pada musim ketiga, seramai 12 peserta dipercayai telahpun dipilih lebih awal untuk dimasukkan ke pusingan terakhir.
AIGOO!
Akibat daripada kontroversi ini, para penerbit rancangan Produce 101 telah disiasat, didakwa dan akhirnya dipenjarakan.
Lantas, warganet dan peminat program tersebut tampil ke hadapan untuk meminta siapakah di antara peserta yang terkesan daripada ketidaktelusan yang berlaku.
Akhirnya, Mahkamah Tinggi Seoul membenarkan juga senarai peserta yang terkesan untuk dilampirkan secara terbuka. Jelas, pihak produksi menidakkan peluang para peserta ini demi menaikkan ranking peserta pilihan mereka.
Musim Pertama
Kim Soo Hyun
Seo Hye Rin
Musim Kedua
Sung Hyun Woo
Kang Dong Ho
Musim Ketiga
Lee Ga Eun
Han Cho Won
Musim Keempat
Anzardi Timothee
Kim Guk Hun
Lee Jin Woo
Gu Jung Mo
Lee Jin Hyuk
Geum Dong Hyun
*
Pada hemat penulis, sekiranya skandal sama berlaku dalam mana-mana program realiti di Malaysia, tentunya reaksi yang sama daripada penonton dan warganet akan berlaku.
Itulah gunanya sesebuah program mempunyai juruaudit yang bertauliah untuk memastikan semua keputusan telus dan tulus.
Terdahulu, penerbit Produce 101 iaitu Ahn Joon Young telahpun dipenjarakan selama 2 tahun atas kesalahan memanipulasikan keputusan undian semasa uji bakat program tersebut.
Beliau turut dikenakan saman sebanyak 37 juta Won Korea. Tidak lama selepas itu, ketua penerbut program iaitu Kim Yong Beom juga didakwa atas tuduhan rasuah dan kesalahan lain.
ARTIKEL BERKAITAN : Penonton Fanatik Bagai Dilambung Ombak, Konsert Wanna One Tertangguh Satu Jam Setengah – REMAJA
BACA LAGI : 1st Fan Meeting Ong Seong Wu, Pengubat Rindu Peminat Pada Wanna One – REMAJA