Selepas Shiva, Giliran Bront Palarae Pula Bintangi Drama Hollywood

Share

 

Siapa kata pelakon dari Malaysia tidak berbakat dan dihargai?

 

Hari ini, giliran pelakon kacak Malaysia, Bront Palarae pula untuk membanggakan nama negara selepas dia terpilih untuk membintangi drama bersiri seram original HBO Asia berjudul Folklore.

Selain daripada Bront, Folklore juga akan dibintangi pelakon Jepun, Kazuki Kitamura.

Sebelum ini, Bront Palarae pernah membintangi beberapa filem antarabangsa lain seperti drama bersiri original HBO Asia, Halfworlds dan Pengabdi Setan. Bront juga pernah menerima anugerah Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia 23 dan juga Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.

Tahniah Bront!

Menurut HBO Asia, penggambaran untuk drama bersiri enam episod ini telah bermula di beberapa lokasi di sekitar Asia. Apa yang membuatkan drama Folklore berbeza adalah kerana ia bakal dihasilkan oleh 6 orang pengarah Asia berbeza.

Ini bermaksud, setiap episod akan menceritakan kisah masyarakat setempat dan mitos seram berbeza walaupun tema utamanya tetap sama. Ia juga menyaksikan pelakon menutur bahasa tempatan negara masing-masing.

Oh, kiranya Bront akan mewakili kisah seram di Malaysia lah.

Enam orang pengarah yang terlibat untuk drama Folklore ini termasuklah Joko Anwar (dari Indonesia yang terkenal dengan filem Pengabdi Setan), Takumi Saitoh (Jepun), Lee Sang-Woo (Korea), Ho Yuhang (Malaysia), Eric Khoo (Singapura) dan Pen Ek Ratanaruang (Thailand).

Dulu korang kenal Ho Yuhang sebagai pelawak iklan kan? Sekarang beliau sudah bergelar pengarah berjaya tau!

Folklore akan ditayangkan pada tahun ini di saluran HBO Asia, secara online dan menerusi aplikasi on demand.

Published by
FZ