Selepas SSP Cyberjaya, 24 Pelajar Politeknik Sandakan Pula Sah Positif COVID-19

Share

 

Semalam, REMAJA telah melaporkan mengenai 71 orang pelajar yang disahkan positif COVID-19 di sekolah berasrama penuh, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

Kes yang berpunca daripada seorang guru sekolah tersebut yang positif malangnya telah menjangkiti seorang guru lain dan  para pelajar di sana. Bagaimanapun, keadaan disahkan stabil kini dengan para pelajar diletakkan di MAEPS bagi tujuan pemantauan.

ARTIKEL BERKAITAN : “Telah Dibawa Ke MAEPS..” – Radzi Jidin Umum 65 Pelajar Sekolah Seri Puteri Positif Covid-19 – REMAJA

Terbaru, sebuah lagi institusi pendidikan melaporkan jumlah kes positif COVID-19 yang ramai di Malaysia.

Kali ini, ia bertempat di Politeknik Sandakan, Sabah di mana seramai 24 orang pelajarnya disahkan positif sekaliguskan mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah.

Kampus Politeknik Sandakan. Sumber Foto : Orang Sabah

Kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah iaitu Datuk Masidi Manjun, punca utama merebaknya wabak tersebut di sana adalah setelah seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun mengalami gejala demam dan batuk. Bagaimanapun, dia telah berdepannya sejak 12 November lalu dan hanya baru-baru ini disahkan positif.

Datuk Masidi yang juga dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 yang tinggi itu telah memastikan’ jumlah kes di Sabah kekal pada tiga angka.

Saringan kontak rapat dilakukan terhadap 29 orang pelaJar dan dua kakitangannya. Lalu, 24 kes positif dilaporkan daripada kluster ini termasuklah 11 kes baharu dalam kalangan pelajar institusi tersebut.

Oleh itu, REMAJA sarankan agar korang semua kekal menjaga SOP sewaktu berada di kawasan khalayak ramai dan terus berada di rumah apabila tidak perlu ke mana-mana.

BACA LAGI : Kes Pertama Omicron Dikesan Di Malaysia Melibatkan Pelajar Universiti Swasta – REMAJA

Published by
FZ