Memahami situasi semasa yang dihadapi oleh keluarga yang memerlukan pada musim pandemik ini, ahli parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin mengambil langkah YB Syed Saddiq dengan mengagihkan komputer riba atau laptop, hujung minggu lalu.
Meskipun mungkin ada suara-suara nakal yang berkata ia ibarat ‘meniru’ kempen pemberian laptop yang dilakukan terlebih dahulu oleh ahli parlimen Muar tersebut, lamgkap pemberian laptop ini sebenarnya relevan dengan keperluan setiap keluarga untuk meneruskan pembelajaran, pekerjaan dan rutin harian yang kini dilakukan secara atas talian.
Yang penting niat mereka sama untuk membantu penduduk di kawasan parlimen masing-masing kan.
Menerusi muat naik akaun Facebook beliau yang telah menerima lebih 10 ribu likes, KJ berkata, “Pemberian kepada 1000 orang penerima ini adalah sebahagian daripada inisiatif Digital Rembau bagi memastikan pelajar yang tinggal di rumah mampu meneruskan pembelajaran masing-masing.
Ads
Ads
“Semenjak pandemik ini bermula, gaya hidup digital semakin rancak berkembang. Rembau tidak seharusnya ketinggalan dalam peredaran ini. Kami sempat untuk memberi komputer riba dan tablet kepada mahasiswa dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membantu mereka melalui norma baharu dengan lebih selesa.”
Tambah beliau lagi, projek Digital Rembau juga menyasarkan kepada kepentingan para peniaga dan penjaja setempat. Beliau ingin penduduk di sana terbuka kepada idea pembayaran tanpa tunai seperti kad debit, Touch ‘n Go dan QR Pay.
Ads
“Kita perlu lebih kreatif dan giat menggunakan aplikasi dan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan perniagaan. Digital Rembau ini bukan sekadar slogan atau kempen semata-mata. Tapi ia adalah perubahan gaya hidup yang lebih fresh,” jelasnya lagi yang turut singgah sebentar melihat pembangunan Kompleks Belia & Sukan Rembau.
Baguslah apabila semakin ramai ahli politik bukan hanya tahu berkempen dan menabur janji tetapi mereka turun padang bagi membantu keperluan penduduk setempat mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cakoi merupakan makanan ringan yang sering diambil pada waktu petang sebagai kudap-kudapan dan ia diperbuat daripada adunan lonjong panjang yang digoreng sehingga warna keemasan.
Siapa sahaja tidak terliur dengan makanan ini, tambah pula apabila dinikmati bersama sos pandan atau kaya. Cakoi merupakan salah satu masakan masyarakat China dan turut popular di negara kita.
Kebiasaannya cakoi berbentuk lonjong, tetapi uniknya ia juga boleh dibuat mengikut kesesuaian saiz pilihan kita. Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Siti Khadijah membuat inovasi dengan menyediakan baby cakoi yang lebih mudah untuk dinikmati.
Comel dan lebih kecil, pastinya ia menarik untuk dicuba kan?
Berikut kami sediakan resipi baby cakoi seperti yang telah dikongsi oleh Siti Khadijah.
Bahan-bahan:
Doh baby cakoi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam
Cara menyediakan:
1. Masukkan air suam, yis dan gula (gaul sebati)
2. Maskukkan tepung dan garam
3. Rehatkan doh selama 30 minit
4. Selepas itu, gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
Sos pandan kastard
18 gm tepung gandum
35gm gula halus
150 santan KARA
70 gm air
1 biji kuning telur
1 tsp perisa pandan
1 tsp pewarna pandan
Cara menyediakan:
1. Masukkan kuning telur dan gula (gaul hingga gula sedikit larut)
2. Masukkan tepung (gaul hingga rata)
3. Panaskan santan dan air hingga mendidih
4. Campurkan santan ke dalam bancuhan telur (sedikit demi sedikit)
5. Kemudian, masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
6. Masak diatas api hingga pekat
Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dengan pembukaan sempadan di antara negeri dan sempadan negara kini, ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk melancong setelah sekian lama tidak dapat berbuat sedemikian. Siapa tak suka travel kan?
Saban minggu, ada saja member kita yang akan melawat ke pelbagai tempat menarik; lalu kita sendiri tergerak hati untuk memasang hajat ingin ke sana.
Jika orang lain memilih keselesaan semasa bercuti, siapa menyangka, Shaza Bae yang juga merupakan Dewi Remaja 20019 memilih untuk menghabiskan waktu cutinya dengan menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah!
Gunung Kinabalu yang juga merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara berdiri pada ketinggian 4,095m telahpun berjaya ditawan oleh Shaza sekitar seminggu yang lalu.
Sewaktu dihubungi oleh REMAJA, pemilik nama penuh Shaza Nuriman Mohamad Zamri ini sempat berkongsi pengalaman berharga itu.
Menurutnya, perancangan untuk ke Gunung Kinabalu telah dilakukan sekitar tahun lepas lagi. Namun disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara serta kerja hakikinya yang perlu dilakukan secara back to back, hanya sekarang impiannya untuk menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu itu tercapai.
Menurut Shaza, slot untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah terhad. Kebiasaannya, tempahan slot perlu dibuat seawal 10 bulan sebelum pendakian. Ini kerana jumlah pendaki yang ingin ke sana boleh tahan jumlahnya dan tempoh 10 bulan itu juga memberi ruang untuk mana-mana pendaki melakukan persediaan stamina yang cukup.
“Latihan berlari, mendaki, naik turun tangga harus dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mendaki. Tetapi saya hanya sempat melakukan latihan selama dua minggu saja. Itupun latihan stamina dan bukannya training khusus untuk pendakian.
“Proses mendaki memang sukar tetapi secara peribadinya, waktu turun gunung adalah lebih sukar. Secara total, saya mengambil masa empat jam sewaktu pendakian dan lima jam sewaktu turun. Apapun, saya bersyukur kerana impian menawan puncak gunung ikonik ini telah saya capai,” kongsi pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta ini.
Menariknya, Shaza turut berkongsi beberapa tip untuk para ‘newbie’ yang ingin mendaki di Gunung Kinabalu sepertinya.
Lakukan latihan
“Bagi korang yang plan untuk ke puncak Gunung Kinabalu, wajib jalani latihan. Ini kerana kebarangkalian untuk korang cedera ketika mendaki adalah sangat tinggi tanpa latihan yang cukup.
Trek Gunung Kinabalu kebanyakannya bertangga. Semakin lama tenaga semakin berkurangan, nak melangkah satu anak tangga pun kaki mula terasa berat. Kekuatan mental dan fizikal perlu kuat. Hakikatnya, tidak semua orang akan berjaya ke puncak atas faktor stamina, kesihatan, kecederaan dan cuaca.”
2. Jaga niat
“Sangat penting menjaga niat, adab dan pertuturan. Kita di tempat orang, tambahan pula di dalam kawasn hutan dan gunung pula.”
3. Sediakan semua keperluan
“Sediakan benda-benda penting seperti pakaian bersesuaian seperti sweater, fleece dan sarung tangan kalis air kerana cuaca di sana sangat sejuk tambahan. Perjalanan mendaki pula bermula seawal 2 pagi jadi cuba sajalah bayangkan kesejukannya.
“Ubat-ubatan juga penting. Semakin tinggi, persekitarannya semakin sejuk dan udara semakin menipis. Ada pendaki yang akan mengalami simptom Accute Mountain Sickness (AMS) iaitu sukar bernafas dan sakit kepala. Jadi sediakanlah ubat yang sepatutnya.”
4. Pilih kumpulan yang betul
“Ini bukan kali pertama saya melakukan aktiviti hiking. Sebelum ini saya pernah tawan gunung di Indonesia. Jadi pemilihan rakan pendaki adalah penting. Merekalah yang akan memberikan semangat dan kekuatan secara mental, terutamanya sewaktu tenaga kita mula lemah.”
Semoga perkongsian tip pendakian daripada Shaza Bae ini dapat menaikkan lagi semangat korang yang bercadang untuk untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...