Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi laporan media tempatan, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata perubahan itu dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Pakaian Kontinjen Sukan Olimpik Paris 2024, Negara Mana Paling Stylo!

Selepas Terima Kritikan Hebat, Ini Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik Paris 2024

Beliau turut memaklumkan corak baharu yang dipilih berlatar belakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah hadapan dan belakang jaket.

IKLAN

Rekaan kali ini juga menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.

“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.

“Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara ‘mengaum’ di kota Paris nanti,” katanya.

IKLAN

Selain itu, beliau memberitahu corak dan motif lebih terang itu diharapkan bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen, malah yang lebih penting melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian atlet untuk berjuang atas nama negara.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Puas Hati Baju Kontinjen Malaysia Buruk! Rakyat Malaysia Serlahkan Kreativiti Re-Design Baju Di Media Sosial

Selepas Terima Kritikan Hebat, Ini Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik Paris 2024

IKLAN

Sebelum ini, pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat.

Malah, ada segelintir pengguna di media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana dikatakan membuat rekaan pakaian yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Berita Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI