Jika sebelum ini ada yang kecewa apabila tidak dapat melihat Johnny Depp kembali dalam Pirates of the Caribbean (POTC) apabila perjanjian bersama Disney bernilai RM1.3 bilion yang dilaporkan adalah palsu.
ARTIKEL BERKAITAN : Rasa Dikhianati, Berita Johnny Depp Kembali Memegang Watak Jack Sparrow Adalah Palsu
Terbaru, bintang Hollywood yang berbakat besar ini dilaporkan akan memegang watak sebagai Raja Perancis dalam filem pertamanya selepas kes bersama Amber Heard telah selesai.
Filem Jeanne du Barry adalah filem romantik berlatarkan zaman sejarah dengan gundik diraja.
Johnny Depp akan membawa watak King Louis XV dalam filem tersebut.
Filem ini merupakan filem pertama Johnny Depp selepas tiga tahun berikutan kes perbicaraan fitnah terhadap bekas isterinya.
Menurut laporan dari Variety, Filem Jeanne Du Barry memulakan penggambaran pada penghujung bulan Julai di Paris dan wilayah Île-de-France.
Istana Versailles dijadikan sebagai set latar belakang filem itu.
Pelakon lain yang juga akan membintangi filem ini adalah Benjamin Lavernhe, Pierre Richard, Melvil Poupaud, Noémie Lvovsky dan Pascal Greggory. Maïwenn iaitu pelakon serta penulis lakon layar filem tersebut turut akan berlakon dalam filem ini.
Filem ini mengisahkan Jeanne, seorang wanita muda dari kelas pekerja yang menggunakan kecerdasan dan daya tarikannya untuk menaikkan taraf hierarki sosialnya. Jeanne berjumpa dengan King Louis XV dan telah jatuh cinta tanpa menyedari status Jeanne hanyalah dari kelas wanita bawahan bukan golongan bangsawan.
Pasti ramai yang tak sabar menantikan filem ini…
BACA: Tahun Bertuah, Johnny Depp Perolehi RM16 Juta Pula Hasil Jualan Karya Seni
Sumber : 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.