Selepas Trailer Pertama Dikritik Hebat, Kini Netizen Puas Hati Menonton Versi Baru

Share

Selepas trailer pertama filem Sonic The Hedgehog dilancarkan pada awal tahun ini mendapat reaksi negatif daripada netizen dan menyebabkan tarikh tayangannya ditunda, akhirnya Paramount Pictures telah pun berkongsi trailer terbaru filem animasi ini yang telah diubah.

Filem yang diadaptasi daripada permainan video Sonic yang popular sekitar tahun 90-an ini menceritakan tentang seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya. Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, untuk menentang Dr. Robotnik.

Apa yang menariknya, selepas kontroversi trailer pertama ditarik balik, ramai yang excited untuk menonton trailer terbaru dan rata-rata daripada penonton berpuas hati melihat pembikinan semula siri animasi ini. Baru 12 jam ditayangkan, trailer tersebut menjadi trending di YouTube dan mendapat jutaan viewers

dalam masa yang singkat.

Wah, kami pun tak sabar nak menunggu filem Sonic The Hedgehog ini yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 27 Februari 2020.

Stay tuned guys!

Published by
Noor Ain Norman