Alhamdulillah, ramai jemaah Malaysia yang dijadualkan akan ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah, akhir tahun ini.
Ini kerana keadaan di sana lebih sejuk dan menyelesakan. Tapi jangan pula korang tak sediakan apa yang patut sebelum pergi! REMAJA senaraikan checklist mudah bagi bakal jemaah first timer.
Pada waktu siang walaupun terik, angin di Makkah dan Madinah masih bertiup kuat. Jadi ramai yang cadangkan untuk membeli pakaian inner dan legging heat-tech, paling mudah di Uniqlo. Angin waktu malam dan pada waktu Subuh jangan ceritalah kesejukannya. Jadi, sehelai jaket atau sweater yang ‘sedap pakai’ is a must.
Untuk perempuan pula, cukup kalau membawa 2-3 helai telekung jika takut ia berbau akibat peluh dari Makkah ke Madinah. Bab jubah pula, lebih mudah jika ia berwarna hitam kerana memang tak ada masa untuk korang iron
pakaian sepanjang masa.Kasut bertutup adalah lebih baik kerana permukaan bumi yang kasar di sana. Tetapi jangan ingat dah pakai kasut, tak perlu bawa stokin.
Lantai Masjid boleh menjadi sejuk pada waktu malam, jadi dapatkan stokin yang sedikit tebal dan menyelesakan.
Fuhh, ni baru bab baju, next!
Disebabkan keadaan cuaca sejuk di sana, korang wajib bawa moisturizer ikut jenama pilihan masing-masing.
Seorang rakan kami mencadangkan agar korang gunakan face oil dan bukannya jenis krim, kerana jemaah selalu perlu memperbaharui wuduk untuk beribadah selalu.
Jimat sikit kalau face oil, terus serap masuk kan. Jangan lupa juga sunblock botol kecil dan pelembab bibir.
Kalau pada musim lain, mungkin sejadah tak dikira berapa penting. Tapi tidak pada musim sejuk!
Lantai masjid pada bahagian bumbung memang akan bertukar sejuk yang amat sepanjang hari. Bukanlah tak boleh sembahyang di ruang bawah, tetapi lebih baik bersiap sedia kalau-kalau mereka sedang menutup bahagian bawah untuk kerja pembaikan.
Bawa sejadah yang selesa dan ‘ngam’ dengan badan kerana kita selalu akan duduk sehingga selesa 2-3 waktu solat.
Di sana, korang akan banyak berjalan. Bila pulang je ke hotel, memang dah sakit-sakit sengal yang perlu diurut.
Itulah gunanya ubat urut panas dalam bentuk tiub untuk mengurut pada bahagian sendi, pinggang, betis dan lain-lain.
Bagus juga bawa yoko-yoko.
Ini tak lain tak bukan untuk menyimpan selipar atau kasut korang semasa memasuki masjid. Selalunya ia akan disediakan oleh pihak travel agent. Tapi kalau yang pergi dengan keluarga tu, boleh lah sediakan siap-siap dari rumah. Ada je yang murah di Mr. DIY, Daiso atau Mydin.
Amat penting ketika tiba di Bukit Marwah, terutamanya bagi jemaah perempuan. Kalau lelaki, senang je nak bayar cas Pak Arab dekat sana. Kalau perempuan? Tak akan lah serahkan kepala pulak, hehe
. Asalkan ada satu gunting kecil dalam sling bag korang pun dah cukup.
Okay, kita kena selalu berjaga-jaga dengan apa-apa kemungkinan termasuklah jatuh sakit. Sediakan ubatan untuk batuk, pening, migrain, sakit tekak, gastrik, sakit perut, cirbir dan penyakit yang korang hadapi.
Walaupun rawatan di klinik adalah percuma, tetapi korang masih perlu membeli ubat di kaunter farmasi and that costs a lot.
***
Bagi yang akan mengerjakan umrah pada akhir tahun ni, penulis doakan korang selamat pergi dan pulang. Semoga ibadah diterima Allah SWT, aminnn..