Setakat hari ini, pihak berkuasa kesihatan China pada telah melaporkan jumlah kes yang disahkan positif jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) telah mencecah 6,052.
Angka tersebut melebihi bilangan yang terlibat dalam kes Sars, wabak yang mengorbankan lebih 600 orang di seluruh dunia pada 2002-2003.
Rentetan dari itu, hospital pertama yang pada awalnya dijangka siap pada 3 Februari ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada hari ini. Dibina di sebuah bandar berhampiran Wuhan, hospital ini telah menempatkan kumpulan pertama pesakit koronavirus sekitar jam 10.30 malam tadi waktu tempatan.
Projek pembinaan ini selesai dalam masa 48 jam atas usaha pelbagai pihak yang melibatkan lebih 500 orang pekerja seperti firma pembinaan, syarikat utilit dan pegawai polis paramiliter serta berdozen jentera berat yang bekerja setiap hari.
Pada asalnya, bangunan hospital ini dibina sebagai cawangan baharu kepada Hospital Pusat Huanggang dan dijangka buka pada bulan Mei. Namun, akibat penularan wabak ini pihak berkuasa mengarahkan agar bangunan tersebut digunakan untuk merawat pesakit koronavirus sahaja.
Sementara itu, pembinaan hospital kedua untuk menempatkan pesakit yang dijangkiti virus itu sedang dijalankan dan akan menempatkan 1,300 katil, dijangka siap dalam 15 hari.
Korang mesti pelik macam mana dorang dapat membina sepantas ini? Jawapannya adalah kerana menggunakan pembinaan bangunan pasang siap iaitu bahagian bangunan dipasang di lokasi berasingan sebelum dibawa ke tapak pembinaan dan disusun di sana.
Harap hospital ini dapat la menampung pesakit yang terkena virus ini. Tapi min still risau pasal hospital cepat sangat siap!
Sumber : Dailymail