Benarlah setiap manusia yang lahir di muka Bumi ini mempunyai bakat yang tersendiri.
Seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun di India telah pun mencatatkan rekod Guinness World Record apabila berjaya menyelesaikan berjaya menyusun kiub rubik dalam masa yang singkat sambil menunggang basikal.
Lapor portal UPI, Jayadharshan Venkatesan dari Chennai, Tamil Nadu melakukan aksi itu dalam masa 14.32 saat.
Menurut Jayadharshan, permainan kiub rubik menjadi minat dan hobinya sejak kecil lagi.
Katanya, dia berlatih selama dua tahun untuk mengasah teknik susunan kiub termasuk kepantasannya sebelum mencuba cabaran rekod dunia tersebut.
Jayadharshan menamatkan aksi itu dalam masa 14.32 saat sekali gus memperoleh rekod bagi susunan kiub terpantas sambil menunggang basikal.
Ini bukan pengiktirafan yang pertama buat adik ini, sebelum ini, Jayadharshan mendapat pengiktirafan dari Asia Book of Records.
“Rekod itu diperoleh selepas Jayadharshan berjaya mengembalikan 60 kiub rubik kepada susunan asal dalam masa 30 minit.
“Malah, Jayadharshan melakukan aksi itu dengan hanya menggunakan sebelah tangan,” jelas laporan itu.
Pergh, memang hebat.
BACA LAGI : Jawab 196 Soalan Matematik Dalam Masa Satu Minit, Budak 10 Tahun Catat Guinness World Record
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: ndtv.com