
Tidak dinafikan ramai di antara kita yang selesa memakai selipar Jepun, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah mahu pun di pejabat.
ARTIKEL BERKAITAN : Selipar Terpakai Milik Steve Jobs Dilelong, Harga Boleh Beli Sebuah Rumah
Tapi pernah tak korang membayangkan harga sepasang selipar Jepun ini lebih RM5,000? Ye benar! RM5,000 okay!
Selipar Jepun Harga Lebih RM5,000 Di Arab Saudi – “Patut Lah Pakai Ke Masjid Selalu Hilang”
Terbaru, kemunculan sepasang selipar Jepun yang dijual dengan harga ribuan ringgit di Arab Saudi telah menarik perhatian dan mengundang pelbagai reaksi warga maya di seluruh dunia.
Menurut laporan dari portal berita Indian Express, sepasang selipar Jepun ini dijual di Arab Saudi dengan harga lebih 4,500 riyal (kira-kira RM5,607.75).
Dalam sebuah video yang dikongsi oleh portal Kuwait Inside di laman Instagram, kelihatan sepasang selipar Jepun berwarna putih dengan tali dan tapak getah berwarna biru dipamerkan bersama beberapa pasang selipar lain yang berbeza warna.
Selipar Jepun yang mempunyai label harga 4,590 riyal (kira-kira RM5,719.91) ini dikeluarkan dari kabinet pameran dan ditunjukkan oleh penjual dengan penuh gaya seperti barangan berjenama.
Selipar tersebut kelihatan mudah lentur dan disertakan tapak yang anjal apabila ditekan, menambahkan lagi keunikan produk mewah ini.
Video tersebut telah menarik pelbagai reaksi dari warga maya yang tidak dapat mempercayai harga tinggi untuk sepasang selipar Jepun.
Perbincangan mengenai selipar ini telah menjadi topik hangat di media sosial, dengan ramai yang memberikan pandangan dan reaksi masing-masing terhadap harga yang luar biasa tinggi untuk produk yang kelihatan ‘biasa’ ini.
Tidak ketinggalan, warga maya Malaysia juga turut memberikan reaksi menerusi video selipar yang sama dikongsikan oleh salah seorang pengguna X, Jalal Misai.
“Patut lah kalau pakai ke masjid atau surau selalu hilang, mahal rupanya,” seloroh seorang lagi warga maya.
BACA LAGI : Koleksi Selipar Comel Yang Boleh Dibeli Secara Online Dengan Harga Murah
Lambakan Insiden Makanan Berkulat, Warganet Gesa KKM Pantau Makanan Bazar Ramadan

Tidak sah bila bulan Ramadan tiba, rakyat Malaysia tidak berpusu-pusu ke bazar. Aneka pilihan makanan dan minuman yang menggiurkan semestinya menjadi perhatian bagi mereka yang berpuasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Kes Keracunan Puding Buih Di Bazar Ramadan, Doktor Jelas Empat Puncanya
Bazar Ramadan yang kerap menjadi tumpuan orang ramai.
Namun, terdapat beberapa aduan yang merisaukan berkenaan makanan di bazar Ramadan yang dikatakan berkulat, basi dan tidak segar.
Pada 31 Mac lalu pengguna Twitter @MALAYSIAVIRALLL menyiarkan semula beberapa gambar karipap busuk. Menurut tweet itu, wanita yang membeli karipap itu telah membelinya di bazar Ramadan dan sama sekali tidak menyangka makanan itu sudah berkulat.
TOLONG RT
KARIPAP SAMPAH
Assalamualaikum. Kepada peniaga2 bazaar ramadhan rasanya dah byk kali viral pasal makanan2 yg tak elok, tak sangka harini terkena pada sy juga. Harini sy ada beli 2 paket karipap, tapi KARIPAP YANG DAH BERKULAT.@KKMPutrajaya @DGHisham pic.twitter.com/oZFoemwDM7
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 30, 2023
Tambahnya, sejurus sahaja kakak dan ibunya menggigit karipap itu, mereka segera menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana rasanya yang agak masam.
Dalam keadaan keliru, wanita itu terus membelah dua karipap itu dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati isi karipap itu sudah berkulat.
“Kepada peniaga bazar Ramadan, rasanya sudah banyak laporan makanan rosak yang tular. Saya tidak sangka ia akan menjejaskan saya sehingga hari ini. Saya membeli dua bungkus karipap, tetapi semuanya berkulat,” katanya.
Visual karipap yang sudah berkulat telah tersebar di media sosial.
Pengguna itu turut menggesa akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan segera diambil.
Selain itu pada 31 Mac, pengguna Twitter @isusemasaviral telah berkongsi satu lagi insiden di mana seorang wanita hamil mendapati bahawa ikan goreng yang dibelinya sudah busuk.
Bala…harini beli lauk dekat bazaar/pasar malam dekat area flat ppr batu muda… dah nak habis makan baru perasan ada ulat.Bukan sekor atau dua tapi berpuluh2 ekor dekat perut ikan. Ingatkan beras tak masak tapi..ulat rupanya. Dahla saya ibu mengandung… Allah sungguh azab pic.twitter.com/v3QilEecvt
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 31, 2023
Wanita itu berkata, dia membeli lauk itu dari bazar Ramadan yang terletak di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur. Menurut beliau lagi, dia menyedari bahawa ikan itu dipenuhi dengan ulat.
“Saya baru nak habis makan baru perasan ada ulat. Bukan seekor dua, tapi berpuluh-puluh ekor dekat perut ikan. Pada mulanya saya sangkakan ia nasi, tetapi ia kelihatan seperti ulat,” tulisnya.
Gambar ikan yang dimuatnaik jelas kelihatan mengandungi ulat.
“Saya bukan minta ganti rugi, tapi tolong ikhlaskan hati bila nak berniaga untuk jana pendapatan keluarga, jangan aniaya orang macam ni,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan kecewa dengan tahap kebersihan makanan tersebut dan sifat tidak bertanggungjawab oleh penjual. Mereka turut menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan tegas diambil kerana kes keracunan makanan bukanlah perkara enteng dan boleh membawa maut.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Akaun Twitter @isusemasaviral & @MALAYSIAVIRALLL
Comelnya Bungkusan Baharu McDonalds. Very Instagram Worthy!

Dari golongan kanak-kanak hingga dewasa, McDonalds sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita sebagai makanan segera kegemaran ramai. Pastinya kita semua sudah kenal dengan bungkusan setiap makanan yang ditawarkan.
Terbaharu, Pearlfisher, sebuah agensi penjenamaan telah mereka semula bungkusan untuk McDonalds bagi menyuntik ilustrasi menu-menu klasik jenama ini dengan lebih menarik. Bungkusan ini bakal diperkenalkan di semua rangkaian global restoran yang terkenal dengan maskot badut ini.

Bungkusan yang direka semula ini merupakan satu simbolik yang menjadi refleksi kepada keriangan yang dilalui ketika menjamu selera. Setiap makanan akan dihidangkan dan dibungkus di dalam bungkusan yang mewakili apa menu di dalamnya.

Menurut Hamish Campbell yang merupakan seorang pengarah kreatif di Pearfisher kepada Deezen, “Kami sangat teruja kerana diberi peluang untuk membawa keriangan McDonalds kepada setiap bungkusan. Cara ini menjadikan setiap menu mudah dikenali tanpa perlu diperkenalkan apa yang berada di dalam bungkusan.”
CORAK SEGAR & MODEN
Jika dilihat kepada setiap rekaan bungkusan, ia direka dengan cukup berseni dengan tampilan rekaan grafik yang moden dan warna-warna menarik. Sebagai contoh rekaan kotak bungkusan Fillet-O-Fish diberikan suntikan corak lautan dalam rona biru (Turqoise) dan bungkusan Egg McMuffin pula diberi corak telur di atas bungkusan. So cute!
Selain dari corak grafik yang menarik, bungkusan yang telah direka semula ini hanya akan menampilkan nama menu dan juga logo sahaja.
Sumber gambar: worldbrandesign.com
Malaysia Diiktiraf Peringkat Antarabangsa, Lokasi Paling ‘Instagrammable’ Dunia Tahun 2022

Bukan saja masyarakat kita, Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia tentu saja terkenal di seluruh mata dunia dan juga menjadi tempat tumpuan para pelancong. Selain popular dengan makanan yang sedap, Kuala Lumpur juga punya port bergambar terbaik untuk korang merakam foto OOTD.
Terbaru, Malaysia sekali lagi diiktiraf di peringkat antarabangsa dan di mata dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini 8 Port OOTD Di Sekitar Kuala Lumpur Punya Nilai Kemerdekaan!
Baru-baru ini, satu portal travel antarabangsa iaitu Big Seven Travel meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke-38 dalam senarai ‘Lokasi Instagrammable’ untuk tahun ini. Senarai tersebut mempunyai 50 lokasi kesuluruhannya.




Negara jiran kita, Singapura berada di tangga teratas senarai walaupun mempunyai negara yang kecil. Menurut laporan portal tersebut Singapura penuh dengan lokasi untuk bergambar seperti Supertree Grove at Gardens by the Bay, dan juga Haji Lane yang cukup meriah dengan seni dan budaya.
Mereka juga melabelkan Singapura sebagai salah satu hub seni di Asia, yang mampu mengadakan pameran-pameran unik yang menjadi daya tarikan pengguna media sosial.
Hmm…yeke Singapura lagi menarik dari Malaysia. Penulis rasa mesti dia tak habis pusing Malaysia lagi ni…hehe
Korang boleh checkout senarai penuh di sini !
Jangan lupa untuk terus menyokong kami. Ikuti perkembangan REMAJA di laman Instagram, Facebook, Twitter dan juga TikTok.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.