
Peminat kucing mesti geram bila melihat selipar yang direka dengan rekaan berbentuk haiwan peliharaan tersebut.
Dalam sebuah portal online shop di Jepun, Narageta menawarkan 9 reka bentuk sandal daripada pelbagai pilihan mengikut warna bulu kucing termasuklah hitam, tabby dan Russian blue. Terdapat juga design yang baru yang dipanggil sebagai hachiware, iaitu istilah yang digunakan untuk menggambarkan kucing dengan tanda di dahi mereka yang menyerupai watak kanji hachi, bermaksud nombor 8.
Sandal ini dibuat daripada EVA, dimana materialnya yang lebih elastik, tidak berbau dan boleh digunakan di dalam atau pun di luar rumah.
Kalau lihat pada setiap koleksi yang ada, memang geram rasa macam nak kumpul semua design. Tapi, nun jauh dekat Jepun la pula.
Jika memang ada yang nak ke sana atau kawan-kawan yang pergi bercuti ke Jepun, bolehlah suruh mereka cari dan kirim dalam sepasang dua kan. Hiks!
Nak beli online, tak faham bahasa Jepun pula sebab website produk ini menggunakan 100% bahasa ibunda mereka.
Hm, atau mungkin korang boleh try cari di online shop yang lain. Manalah tahu ada jual kan?
Sumber: 9gag
‘Acara Dibatalkan Hanya Kerana Anda!’ -Sheila Majid Selar Sikap Biadap The 1975

Penyanyi legenda tanah air, Datuk Sheila Majid turut menyelar sikap kurang ajar band antarabangsa, The 1975 yang tidak menghormati budaya serta undang-undang negara hingga mengakibatkan kerugian kepada banyak pihak akibat pembatalan Festival Good Vibes 2023.
Tulis penyanyi lagu popular Sinaran itu di Instagram, tindakan tersebut berpotensi menjejaskan pendapatan pelbagai pihak yang terbabit dalam penganjuran acara berkenaan termasuk pengelola, penghibur dan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Cium Sesama Jenis, Bawa Botol Arak.. Slot Konsert The 1975 Di Sepang Penuh Drama Hingga Terpaksa Dihentikan
“Menjadi terkenal tidak memberi anda hak untuk berkelakuan tidak sopan depan khalayak ramai. The 1975, ramai kehilangan pendapatan bermula daripada penganjur, promoter, kru produksi, pemuzik, penghibur dan lain-lain kerana tindakan anda yang mementingkan diri sendiri.
“Tidakkah anda tahu berapa banyak wang dibelanjakan dan berapa bulan diperlukan untuk menganjurkan acara sebesar ini apatah lagi, mereka yang membeli tiket untuk menonton band lain?
“Walau apa pun pendapat atau keutamaan jantina anda, kami tidak berminat untuk mengetahuinya,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi itu berharap anggota band berkenaan belajar menghormati budaya serta undang-undang yang mereka singgahi.
“Anda sepatutnya bermain muzik. Acara tiga hari sudah dibatalkan hanya kerana anda! Adakah anda bangga dengan diri sendiri atas perkara ini?
“Orang seperti anda yang memberikan kesan sangat buruk kepada industri muzik. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua penghibur. Hormati undang-undang negara tempat anda beraksi. Fikir sebelum bertindak kerana ini bukan hanya mengenai diri anda,” coretnya lagi.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 dengan serta merta.
Ini susulan tindakan vokalis The 1975, Matty Healy berkucupan dengan pemain gitar bes, Ross MacDonalds selepas melontarkan ucapan mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Sheila Majid
Sama Cantik Macam Mommy, Siapa Sangka 5 Selebriti Hollywood Ini Ada Anak Perempuan Jelita

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Paras rupa ibu yang jelita biasanya memang akan turun kepada wajah anak perempuan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Dara HEIDI KLUM Ikut Jejak Langkah 4 Anak Supermodel Lain
Berikut antara gambar selebriti Hollywood bersama anak perempuan mereka yang korang boleh lihat dengan jelas sekali kecantikan yang diwarisi daripada siapa.
Nampak macam adik beradik pun ada. Betul tak?
Catherine Zeta Jones and Carys Douglas
Carys Zeta Douglas mencuri perhatian orang ramai dengan kecantikan dan kebolehannya menyanyi. Selepas memikat hati netizen, anak kepada pasangan selebriti Hollywood, Catherine Zeta-Jones dan Michael Douglas membuat tayangan perdananya di Festival Filem Cannes. Tampil bersama ibu bapanya, Carys kelihatan memukau dengan memakai gaun lutsinar.
Kaia Gerber and Cindy Crawford
Setiap anak pasti mempunyai idola mereka sendiri, dan tidak semestinya ramai gadis menjadikan ibu mereka sebagai idola mereka. Kaia Gerber misalnya menjadikan ibunya, Cindy Crawford sebagai idola sejak kecil. Kini, Kaia sibuk memulakan kerjaya sebagai model fesyen, dan mengimpikan untuk menjadi model super seperti Cindy. Membesar cantik dengan tubuh langsing, Kaia Gerber kini dikatakan sebagai Cindy Crawford kedua. Sama cantik bukan!
Lilly Rose Deep and Vanessa Paradis
Anak perempuan pelakon Johnny Depp, Lilly Rose Deep, kini menjadi tumpuan para fesyen. Dengan gayanya yang bergaya dan bergaya pada masa yang sama, kita sering melihat wajah cantiknya sebagai tetamu di beberapa pertunjukan fesyen bertaraf dunia. Wajah jelita ini ternyata diperoleh daripada ibunya, Vanessa Paradis, penyanyi dari Perancis, yang juga mempunyai trend fesyen yang boleh dijadikan kiblat para fesyen. Mereka berdua kelihatan harmoni apabila muncul di setiap peluang bersama. Tengok saja tertangkap kamera jurugambar ala jalanan, dua-dua pun dah macam adik beradik yang memang fesyen.
Reese Witherspoon and Ava Phillippe
Ava Phillippe, gadis cantik pasangan Reese Witherspoon dan Ryan Phillippe, tidak syak lagi, kelihatan cantik dan wajahnya benar-benar kelihatan seperti ibunya. Namun, daripada mengikut jejak ibunya dalam bidang lakonan, Ava jatuh cinta dengan dunia fesyen. Wanita muda berusia 18 tahun ini secara rasmi memasuki dunia peragaan, dengan membintangi buku tinjauan rumah fesyen Rodarte untuk kempen koleksi fall 2018. Namun begitu, darah bintang ibunya masih mengalir dalam dirinya. You go girl!
Willow Smith and Jada Pinket Smith
Buah hati pasanganJada Pinket Smith dan Will Smith memulakan kerjaya nyanyiannya pada usia muda. Dengan debut lagu Whip My Hair beberapa tahun lalu, Willow Smith kini telah berkembang menjadi seorang wanita cantik dengan pilihan fesyen yang berani. Setiap peluang, Willow dilihat ditemani ibunya. Dengan pakaian yang bergaya, yang tidak kelihatan sama, tetapi sentiasa kelihatan harmoni dalam pelukan ibunya.
Beyonce and Blue Ivy Carter

Walaupun baru berusia 11 tahun, tetapi Blue Ivy sudah mempunyai gaya dan daya tarikan yang sama seperti ibunya. Bermula daripada pemilihan pakaian dan persalinan, hingga detik-detik tarian Biru yang dirakamkan Beyonce di Instagram adalah bukti bahawa Biru adalah Ratu Lebah seterusnya.
BACA LAGI : 8 Bulan Lepas Lahirkan Anak, Gigi Hadid Kembali Dengan ‘Badan Model’! Rahsianya.. – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Semakin Dikenali, Waode Zahir Penghargaan Buat Peminat Baharu Di Malaysia

Waode atau Waode Heni Andraini penyanyi dari seberang yang kini mula mencipta nama di Malaysia menerusi program realiti popular, Big Stage musim 5.
Menyedari nama baiknya mula menjadi sebutan selepas mendendangkan lagu Sial yang dipopularkan Mahalini pada minggu pertama, Waode menitipkan rasa syukur dan sempat memberikan penghargaan buat peminat baharu di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Plot Twist’ Big Stage 5 Minggu 2: Isaac Voo Tersingkir, Juri Gunakan Imuniti-X, Nadeera Zaini Pula Ungguli Tangga Pertama!
“Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat maklum balas yang baik dari peminat Malaysia. Saya diterima baik oleh peminat Malaysia sejak minggu pertama hari itu. Terima kasih sangat.
“Saya sebenarnya tidak sangka, mereka sanggup datang ke dewan ini dan buat banner untuk saya, malah ada yang undi saya. Tetapi ini jadi cabaran juga buat saya kerana perlu beri yang terbaik pada minggu seterusnya,” tuturnya kepada Remaja.
Selain itu, pertama kali menyertai program realiti nyanyian di Malaysia, gadis itu mengakui perbezaan bahasa adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui olehnya sepanjang menyertai rancangan nyanyian ini.
“Saya suka dengan namanya cabaran, saya selalu tertanya macam mana rasanya kalau bertanding di luar negara. Kalau di Indonesia saya sudah pernah serta sudah tahu bagaimana rasanya.
“Walaupun Malaysia dan Indonesia dekat tetatpi bagi saya ia satu cabaran baharu untuk saya belajar. Mungkin di Indonesia peminat faham apa yang ucapkan tapi di Malaysia berbeza saya perlu faham apa yang dikatakan. Sebabnya bahasa kita berbeza.
“Peserta pun bukan dari Malaysia sahaja, ada dari Korea Selatan dan Singapura. Jadi itu sesuatu yang baharu dan saya suka menerima cabaran baharu,” katanya.
Bercakap pula mengenai peserta pada musim ini, Waode mengakui ada beberapa peserta yang menjadi persaing hebat buat dirinya. Katanya, setiap peserta ada bakat tersendiri yang membuatkan dia ingin memberikan yang terbaik setiap minggu.
“Semuanya ada bakat yang berbeza, boleh menari… ada suara bernada tinggi, rock dan sedap didengar.
“Banyak karakter tapi saya tercabar dengan Oppa Hoondoo tapi kalau dari Malaysia ada beberapa macam Nadeera, Putera Muhammad dan kumpulan Coex. Tetapi saya berkawan dengan mereka” jelasnya.
Menerusi minggu kedua, Waode telah menduduki tangga kedua tertinggi iaitu sebanyak 84%. Nadeera Zaini pula berjaya mengungguli tangga pertama dengan mendapat markah sebanyak 85.67%.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Waode
Menerusi minggu kedua, Waode telah menduduki tangga kedua tertinggi iaitu sebanyak 84%. Nadeera Zaini pula berjaya mengungguli tangga pertama dengan mengutip markah sebanyak 85.67%.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Waode Heni Andraini