Peminat kucing mesti geram bila melihat selipar yang direka dengan rekaan berbentuk haiwan peliharaan tersebut.
Dalam sebuah portal online shop di Jepun, Narageta menawarkan 9 reka bentuk sandal daripada pelbagai pilihan mengikut warna bulu kucing termasuklah hitam, tabby dan Russian blue. Terdapat juga design yang baru yang dipanggil sebagai hachiware, iaitu istilah yang digunakan untuk menggambarkan kucing dengan tanda di dahi mereka yang menyerupai watak kanji hachi, bermaksud nombor 8.
Sandal ini dibuat daripada EVA, dimana materialnya yang lebih elastik, tidak berbau dan boleh digunakan di dalam atau pun di luar rumah.
Kalau lihat pada setiap koleksi yang ada, memang geram rasa macam nak kumpul semua design. Tapi, nun jauh dekat Jepun la pula.
Jika memang ada yang nak ke sana atau kawan-kawan yang pergi bercuti ke Jepun, bolehlah suruh mereka cari dan kirim dalam sepasang dua kan. Hiks!
Nak beli online
, tak faham bahasa Jepun pula sebab website produk ini menggunakan 100% bahasa ibunda mereka.Hm, atau mungkin korang boleh try cari di online shop yang lain. Manalah tahu ada jual kan?
Sumber: 9gag