Steven Paul Steve Jobs ialah seorang usahawan dan merupakan pengasas kepada beberapa syarikat sebelum syarikat terakhirnya iaitu Apple Inc.
Baru-baru ini, sepasang selipar Birkenstock terpakai milik Steve Jobs yang mempopularkan idea eksekutif teknologi memakai pakaian yang sama dalam penampilan awam telah dilelong hampir AS$200,000 (RM998,250) oleh sebuah firma lelongan berpangkalan di California, Amerika Syarikat pada Ahad.
Firma Julien’s yang mengendalikan lelongan itu menjangkakan selipar tersebut akan dilelong antara AS$60,000 (RM272,250) dan AS$80,000 (RM363,000).
Bagaimanapun, pembelinya tidak didedahkan. Selipar kotor itu dipakai oleh Jobs pada tahun 1970-an dan 1980-an dan diselamatkan daripada menjadi sampah oleh Mark Sheff yang menguruskan salah satu hartanah ahli teknologi itu di Albany, California, pada tahun 1980-an.
Jobs memakai sandal ini semasa detik-detik penting dalam sejarah Apple, kata firma lelongan itu dalam laman webnya. Pada tahun 1976, dia memulakan pengeluaran komputer Apple di garaj rumah keluarganya di Los Altos dengan rakannya, Steve Wozniak dan beberapa orang lagi sambil sekali-sekala memakai selipar tersebut.
Ads
Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun selepas bertarung lama dengan kanser pankreas.
Orang hebat, selipar kotor pun ada nilai ratusan ribu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perjalanan seorang anggota bomba berakhir tragedi apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh di kanan jalan di Lebuhraya Utara Selatan di KM 98.7 (menuju ke Utara) berhampiran Plaza Tol Sungai Petani, Kedah.
Dalam kejadian malam tadi sekitar jam 9 malam, allahyarham Mohd Nor Faisal bin Ani, 38 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bertam (dari pasukan B) dipercayai mengantuk sehingga motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke arah Plaza Tol Gurun.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, mangsa dipercayai mengantuk dan hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke kanan jalan.
"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berasal dari Perlis dan bekerja di Butterworth.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, ramai telah menggunakan aplikasi yang boleh menggerakkan wajah sebagai hiburan di media sosial. Malah, aplikasi ini juga dikatakan menjadi pengubat rindu buat insan yang telah meninggal dunia kerana setidak-tidaknya kita boleh melihat mereka bergerak dan tersenyum semula.
Namun begitu, seorang pengguna TikTok telah mengajukan soalan kepada Ustaz Ahmad Dusuki tentang pandangan beliau berkenaan dengan aplikasi tersebut, yang dikatakan boleh menggerakkan semula gambar orang yang telah meninggal dunia.
Jelas Ustaz Ahmad Dusuki, ada sebuah hadis yang telah disebut oleh Rasulullah SAW, di akhirat nanti pada sesiapa yang membuat patung atau pun melukis gambar, dia akan diarahkan oleh Allah supaya meniup balik roh pada gambar atau pun patung tersebut.
Ustaz memberi pandangannya bahawa sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara demikian. Takut di akhirat nanti, dimana siapa yang terlibat dengan program sebegini, di akhirat nanti Allah menyuruh mereka meniup roh kepada gambar-gambar yang demikian.
Jika gambar tersebut tidak bergerak, jangan pula kita nak menggerakkan untuk menimbulkan kenangan lalu. Bagi orang yang telah meninggal dunia, sebaiknya kita bacakan doa. Mudah-mudahan Allah rahmati mereka dan Allah jadikan kebaikan bertambah buat mereka. Bukan dengan cara mengingatkan kenangan-kenangan yang tidak membangkitkan kita.
Tidak dinafikan kehilangan orang tersayang memang sakit untuk menanggung rindu. Namun, ustaz juga telah berkongsi pandangannya dan menjelaskan hadis Rasulullah SAW. Jadi, terpulanglah kepada korang untuk menerimanya atau tidak.
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai pemberian dan penerimaan suntikan penggalak kedua vaksin COVID-19 untuk rakyat berumur 60 tahun keatas, dewasa 18 tahun keatas dan juga remaja berumur 12-17 tahun.
Namun, ia bukanlah wajib untuk semua orang tapi dos penggalak kedua ini secara sukarela!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) hari ini tampil dengan syor terkini berhubung pengambilan dos penggalak kedua terhadap beberapa kategori individu iaitu:
1) Individu yang berusia 60 ke atas kini boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.
2) Kumpulan berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai penyakit kronik juga dibenarkan menerima dos penggalak kedua bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mengalami penyakit kronik boleh menerima dos penggalak pertama sebaik sahaja menerima suntikan dos primer.
Mengulas mengenai penggunaan ubat antiviral Paxlovid, Khairy berkata, seramai 173 pesakit telah mengambilnya dan sembuh sepenuhya serta tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.
“Untuk makluman, ubat Paxlovid telah dibekalkan untuk rawatan pesakit COVID-19 di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan.
“Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” jelas Khairy lagi.
1. Individuals aged 60 and above without comorbidities can now receive their fourth dose of the Covid-19 vaccine without consulting a medical practitioner.
Untuk info, pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 ini boleh diambil secara sukarela dan boleh diberikan apabila ia diperlukan.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...