Sebuah jenama fesyen mewah antarabangsa, tampil memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan.
Menerusi laporan laman berita NDTV, Jordanluca mendedahkan rekaan dikenali sebagai Stain Stonewash Jeans
itu di pentas peragaan semasa pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk.ARTIKEL BERKAITAN : Lelaki 61 Tahun Telan Ratusan Vitamin Untuk Hidup Lebih Lama
Seluar jean tersebut mempunyai tompokan gelap di bahagian pangkal paha, seolah-olah memberi bayangan bahawa si pemakai tidak sengaja telah membuang air kecil.
Harga yang ditawarkan bagi koleksi tersebut adalah AS$811 (RM3,871). Rekaan basuhan ringan itu bagaimanapun dilaporkan telah habis dijual dengan menawarkan harga AS$608 (RM2,902).
Seluar yang tular tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata warganet memberikan pelbagai komen.
“Harganya terlalu mahal. Seseorang hanya perlu membuang air kecil di dalam seluar untuk mempunyai seluar seperti ini,” kata seorang netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Jordanluca