
Seluruh dunia memperkatakan tentang kisah adik Rayan yang terperangkap pada kedalaman 32 meter di dalam sebuah perigi sejak Selasa lalu dan misi menyelamatkannya.
Semalam, semua menarik nafas lega apabila pasukan menyelamat dilaporkan telah berjaya mencapai adik Rayan dan dalam proses membawanya keluar.
ARTIKEL BERKAITAN : Kronologi Tragedi Kanak-Kanak Terjatuh Perigi 32 Meter, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku
Bagaimanapun, hayat adik Rayan nyata tidak panjang apabila kanak-kanak berusia lima tahun itu disahkan tidak bernyawa dan meninggal dunia.
BBC turut melaporkan kenyataan diraja semalam dengan mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.
Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ‘menyentuh’ perasaan seluruh negara Maghribi apabila ratusan orang berkumpul di kawasan kejadian. Misi dan usaha menyelamat juga berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlakunya tanah runtuh.
Susulan kisah tragis yang mengorbankan nyawa kanak-kanak kecil, Ryan Oram ini, Raja Mohamed VI mengucap takziah kepada keluarga mangsa.
Rayan has passed away. 😭💔
You are a hero, and we’ll be forever remembered.🙏 pic.twitter.com/i1GlXTnlzE
— BRGoals (@BRGoals) February 5, 2022
Tular di media sosial pada pagi Ahad terutamanya di laman Twitter dengan tanda pagar #SaveRayan dengan masyarakat dunia menyatakan kesedihan mereka. Walaupun tidak mengenali Rayan secara peribadi, satu dunia tetap bersoladariti mendoakannya.
Ternyata, keperitan yang terpaksa dihadapi oleh Rayan amat dirasai. Al-Fatihah, sesungguhnya syurga buatmu si anak kecil.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa Sangka Bergelar Ibu Diusia 16 Tahun, Remaja Ini Tidak Abaikan Pelajaran

Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya. Malah sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu. Serius lah!
Lebih menyedihkan, ada yang mengandung anak tak sah taraf di usia muda.Emmmm…..
Namun,berbeza dengan realiti remaja ini. Baru-baru ini perkongsian ibu muda dengan akaun Tiktok @syadiranor mengenai pengalaman dan rasa syukur menjadi ibu muda membuka mata masyarakat bahawa kahwin muda tidaklah serumit yang disangka.
Ibu muda yang baru berusia 16 tahun ini, melahirkan zuriat pertamanya sekitar 7 Jun 2020. Kemudian, bayi comel itu telah diberikan nama yang cukup indah iaitu Naira Aleena. Mengimbas kembali kelahiran bermakna tersebut, dia sendiri tidak menyangka merasai momen mengandung seawal ini. Bahkan dalam video tersebut, ibu muda ini gembira kerana sudah ada teman bermian TikTok kelak.
alhamdulilah taksangka dah jadi seorang ibu to NairaAleena untung awak dapat mumy muda boleh tiktok together nnt hehe
when i look at you – audiobear
Watch on TikTok
Dalam satu lagi video, ibu muda ini lengkap mengenakan uniform sekolah dan memaklumkan bahawa dirinya bakal mengambil peperiksaan SPM kelak. Menyaksikan kebahagiaannya menimang cahaya mata diusia terlalu muda kebanyakkan netizen memberikan respon gembira dan mendoakan kebahagiaan buat keluarga kecil ini. Video TikTok ini mendapat 59.3K tanda suka dan komen sebanyak 1242…Wow!
Netizen Beri Pendapat
Rata-rata warganet memberikan pendapat dan juga yang meluahkan rasa kagum dengan semangat yang tidak putus asa dalam urusan pendidikan walaupun sudah berkahwin.
Kepayahan berkahwin pada usia muda memang tak disangkal, tambahan pula kedua-duanya masih berdarah muda. Apapun, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.
Sumber : TikTok syadiranor
Pawagam Sedia Beroperasi Semula Untuk Penerima Vaksinasi LENGKAP Saja

Pengusaha panggung wayang nampaknya bole menarik nafas lega kerana pawagam dijangka sudah bersedia untuk kembali beroperasi setelah sekian lama ditutup.
Namun, semuanya tertakluk kepada syarat iaitu hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di dalam premis.

“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi. Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada,”
“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” jelasnya lagi.

Selepas ditutup lebih setahun sejak Mac 2020 serta alami kerugian lebih RM600 juta, pengusaha pawagam kini berada dalam keadaan yang amat tenat. Penutupan pawagam turut menggugat kehidupan lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia yang bekerja di dalam industri filem dan pawagam.
Diharap dengan pembukaan pawagam ini juga dapat memberikan peluang buat individu yang telah divaksin melepaskan tekanan kerana panggung wayang dikatakan antara tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.
BACA: Industri Pawagam Kian Tenat, Persatuan Pemamer Filem Malaysia Rayu Dibenarkan Beroperasi Semula
Sumber: (1)
Peniaga Kecil Di Sg Buloh & Shah Alam Mulai Terima Kesan, Diarah Tutup & Terima Saman Dari MBSA

Nampaknya pendedahan dari abang Hot Burger mengenai kegiatan perjudian dan kedai warga asing yang tidak diusik oleh penguatkuasa benar-benar menggegarkan negara. Ekoran pendedahan dibuatnya, hari ini empat penguatkuasa MBSA direman selama 7 hari di mahkamah selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan kesemuanya kerana mengesyaki menerima rasuah antara RM300-RM3500 setiap bulan bagi melindungi peniaga haram ini.
Ekoran pendedahan itu juga, nasib peniaga kecilan lain di Sungai Buloh dan Shah Alam yang berada di bawah penguatkuasaan MBSA mulai terima kesan. Di media sosial, ramai peniaga-peniaga memaparkan saman diterima dari MBSA termasuklah dari Cendol Power Di Shah Alam yang menjadi tumpuan masyarakat di sana untuk menikmati keenakan cendol.
Fuhhhh, ramai juga terima nasib dan pastinya menjejaskan pendapatan keluarga. Kata orang satu orang punya cerita, semua kena sapu.
Diharap peniaga-peniaga yang mencari rezeki dan sudah lama memohon lesen penjaja kecil ini bersabar dengan ujian Allah ini. Jangan putus harap dan sentiasalah berdoa dan bersangka baik dengan setiap kejadian.
Cerita Cendol Power Shah Alam kena saman ini dikongsikan oleh pemiliknya dua tiga hari lalu.
Tak tahu nak kesian ke nak gelak kes burger viral kat Sg. Buloh tu. Sebabnya hari tu baru kami kene saman dengan MBSA. Katanya ada orang report menggangu lalu lintas. Tapi dalam saman tulis menjaja tanpa lesen.
Siang tadi pun datang lagi van MBSA. Tanya dah dapat kupon saman bulan ni ke belum. Terus kami bagi kupon saman yang kena hari tu.
Sebelum ni pernah kena saman jugak. Adakalanya, dapat jugak lepas dari kena saman tapi dengan syarat, tutup niaga & balik.
Tapi haritu datang pegawai yang bertugas, nak saman sebab ada report mengganggu lalu lintas. Kawasan kami niaga sebenarnya memang orang ramai parking kiri kanan. Dan masa tu banyak keta parking. Alasan yang tak masuk dek akal. Bagitau jela nak saman niaga tanpa lesen.
Ada jugak merayu masa tu, kami mintak jangan saman, kami tutup niaga & balik. Tapi ada sorang tu terus cakap, bolehtutup tapi jangan meniaga lagi (Dengan nada keras). Tersentap jugaklah masa tu.
Dipendekkan cerita kena la saman..hahaha. Padan muka kene saman. Ikutkan undang2 memang salah kami berniaga tanpa lesen. Tapi ada ke lesen dikeluarkan untuk peniaga macam kami ni.
Takkan nak mohon lesen pasar malam pulak. Entah berapa customer je nk beli cendol petang2 kat pasar malam. Air balang pun banyak kat pasar malam.
Entahlah, kami yang meniaga tepi jalan ni bukannya ada bukak cawangan lain. Terkial-kial kami berniaga dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Hasil jualan harian taka da la cecah RM300-1000. Ada masa nk jual 20cup pun susah.
Alhamdullilah kalau keluar niaga balik tong kosong. Happy sangat-sangat bila balik. Tak pening esok family nk makan apa, bole beli lauk2 buat masak.
Bukan senang nak cari tapak yang sesuai dengan apa yang kami niaga. Sebelum kami bertapak di Petronas Unisel, kami pernah bukak khemah meniaga di sekitar Seksyen 7.
Memang sadis sangat masa tu. Ada satu hari tu meniaga, dapat jual 2 cup je. Tapi itula..meniaga ni kene kental..lagi2 dengan bermodalkan duit pusingan niaga.
Mintak maaf kami belum ada keyakinan utk tambah cawangan niaga kami. Perancangannya memang ada, cuma belum sampai masanya. insyaAllah dgn izin Allah kelak.
Panjang pulak membebel malam2 ni. Baru tengok video owner abg beger tu. Teremosi sikit sebab kene saman aritu.
Kepada peniaga2 jalanan, kami tahu perit getir yg dilalui. Kami doakan semoga dipermudahkan urusan & diluaskan rezeki perniagaan kamu semua.
Terima kasih jugak kepada regular customer cendolpowershahalam, tanpa anda siapalah kami. insyaAllah kami akan tetap berusaha memberikan yg terbaik. Jika ada kekurangan tu, bgtau kami, kami akan perbaiki.
Terima kasih semua
Luv u all..
Bukan di Shah Alam je kena
Ternyata selepas pendedahan itu, bukan sekadar kawasan Shah Alam sahaja menerima saman,di kawasan Sg Buloh juga sama termasuk makcik niaga nasi lemak depan rumah.
Perkongsian dari Plonxbox malam tadi yang mahu menjual kontena mereka kesan dari arahan diminta tutup kerana tidak mempunyai lesen penjaja.
Kami mohon Maaf terlebih dahulu…
Dan terima kasih warga Sungai Buloh.
Kami ingin menjual 3 bijik Kontena Cabin kami…
Sesuai untuk berniaga kedai makan, kontena dalam keadaan Cantik,sudah di ubah suai lengkap dengan tingkap dan pintu.
*Kontena ini perlu di jual dalam Masa 24 jam*
Buat masa ini kami hanya beroperasi Take Away , atau Delivery sahaja,Kami akan mula beroperasi Di dalam kilang kami.PlonxBox ni sebenarnya hadapan kilang Kami sendiri.(kilang percetakan Al-Hikmah Printing
Kami akur arahan MBSA, pagi tadi kesemua peniaga,pengilang di beri notis dan saman..
Makcik berniaga nasi lemak depan rumah pun dah tak boleh niaga.
Kalau kontena ini tidak terjual mungkin besok akan di hancurkan oleh MBSA(doakan supaya tidak berlaku).
Kontena ini sangat mudah, anda kalau berminat sediakan tapak, dan kami akan cuba aturkan trailer dan akan di hantar ke tapak anda.
Dan sila pastikan tapak milik persendirian. Nanti jadi macam kami dah kena Notis tak boleh berniaga.
Jadi kami ambil jalan penyelesain terbaik untuk TUTUP operasi kami (Dine in).
Terima kasih yang mendoakan dan Support kami dari day-1 kami berniaga. Kami doakan rakan penjaja/peniaga lain,Ibu tunggal, Asnaf, rakan2 yang di buang kerja, yang sebelum ini mula berniaga di sebabkan Covid (PKP)..
Dan harini yang senasib dengan kami tidak di benarkan berniaga untuk tabah hadapi ujian ini…
Kalau ada di kalangan peniaga yang terputus bekalan makanan, boleh hubungi kami..kami akan cuba bantu di kalangan para peniaga 47000.
Doakan PlonxBox akan lebih berjaya pada masa hadapan…
Ini bukan pengakhiran buat kami
Yang Benar
PlonxBox
Nota:
****Kami mulai esok bukak di dalam kilang kami, tempat yang sama.
Cuma tiada lagi makan di kedai.
Hanya delivery dan bungkus sahaja.
Untuk yang belum tahu Kami berniaga di hadapan parking kereta Kilang kami sendiri, kontena ini diguna untuk letak meja untuk customer duduk makan santai-santai( macam kedai mamak letak meja kerusi depan kedai)
Cuma kami buat kontena sebab tak nak nampak bersepah dan tak nak buat bangunan kekal sebab salah di sisi undang-undang, dan jikalau hal seperti ini berlaku kontena ini mudah alih boleh pindah dan di jual balik.
Kami sudah cuba apply permit sementara tapi tidak di luluskan kerana kawasan kami ini kawasan kilang*****
Semoga semua peniaga tabah dengan ujian ini.