Bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar di Malaysia, bermula pada 21 April 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewajibkan semua pelajar di bawah institusi berkenaan untuk memakai lencana Jalur Gemilang.

Menurut satu pekeliling KPM yang dikeluarkan pada Khamis, garis panduan pemakaian lencana tersebut telah diluluskan oleh kabinet pada 14 Februari lalu.

Dalam pada itu, antara objektif penguatkuasaan pemakaian lencana berkenaan adalah meningkatkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan dan menonjolkan identiti kebangsaan.

Semai Semangat Cintakan Negara, Pelajar Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April – KPM Semai Semangat Cintakan Negara, Pelajar Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April – KPM

“Kementerian Pendidikan berperanan penting dalam menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik”

Ads

“Justeru, suatu usaha di peringkat akar umbi hendaklah dilaksanakan secara holistik bagi memastikan semangat ini terus kekal dan subur”

“Oleh itu, Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid,” menurut kenyataan rasmi pekeliling itu.

Selain itu, pemakaian jalur gemilang itu juga berperanan untuk mewujudkan sikap bertanggungjawab dan berdisiplin dalam diri pelajar serta warga pendidik.

Ads

“Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” jelas KPM.

Semai Semangat Cintakan Negara, Pelajar Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April – KPM

Ads

Sementara itu, KPM turut akan membekalkan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada semua pelajar sesi persekolahan 2025/2026.

Lencana tersebut perlu dipakai pada pakaian seragam murid seperti baju prasekolah, baju kemeja, baju kurung dan pinafore. Bagi murid beragama Islam, lencana perlu dipakai pada tudung dan baju Melayu.

Pada masa yang sama, pakaian sukan, pakaian batik dan baju korporat kolej vokasional juga tersenarai dalam pakaian seragam yang perlu mengenakan lencana ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI