Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini menyaksikan 6 buah negeri terlibat, termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Kesemua negeri tersebut dilarang untuk merentas negeri dan daerah, hanya dibenarkan bergerak dalam radius 10 kilometer sahaja dari kawasan rumah.
Persoalannya, bagaimana untuk kita melihat sama ada destinasi yang ingin dituju itu terletak dalam lingkungan 10 km? Nah, ada satu cara mudah yang telah dikongsi oleh amanz.my, korang boleh menggunakan laman web 2kmfromhome untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Di Ireland, laman web ini telah dibangunkan bagi memudahkan warga negara tersebut mematuhi jarak perjalanan maksimum yang dikenakan kerajaan. Terdapat pilihan untuk jarak perjalanan 1,2, 5, 10, 15 dan 25 kilometer. Ia secara automatik akan menjejak lokasi korang dan menunjukkan kawasan di dalam jarak yang dicari dalam bulatan berwarna merah.
Jadi, sepanjang PKP ni tidaklah korang melilau merata-rata kalau dah tahu had yang dibenarkan untuk bergerak. Walau bagaimanapun, kalau tiada urusan penting jangan pula gatal-gatal nak keluar rumah ya. Hiks!
Stay safe!
Sumber: amanz.my
Kalau Gagal SPM Tak Apa, Profesor Ini Pun Ambil 2 Kali Sebelum Bergelar Pakar Perkembangan Awal Kanak-Kanak
Hari ini keputusan SPM sudah diumumkan. Tahniah pada yang berjaya dan bagi resultnya yang biasa-biasa jangan sedih-sedih. Bukan apa, keputusan hari ini langsung tak mencerminkan masa depan korang.
Remaja sempat menemuramah Prof Dr Bustam Kamri yang merupakan Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College of Yayasan Melaka (ICYM).
Beliau sangat berpengalaman luas dalam pendidikan prasekolah, kedoktoran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dari University of Massachusetts. Beliau memegang ijazah The Professional Childcare Qualification (Infant, Todler and Preschool) oleh The Commonwelth of Massachusetts Office of Child Care, USA.
Prof Bustam juga sering diundang untuk membentang kertas kerja, menulis rencana buku-buku berkaitan prasekolah. Dengan segala kepakarannya, beliau merupakan rakyat Malaysia pertama mempunyai kelulusan tertinggi luar negara dalam bidang pengajian awal kanak-kanak.
Sebelum Berjaya, Prof Bustam Kamri pun ambil SPM 2 kali selain STPM 7 kali. Hah tengok, jangan kata kalau korang tak berjaya hari ini korang akan gagal selamanya.
Baca temuramah Remaja bersamanya. Moga kisahnya mampu menjadi inspirasi kepada pelajar SPM pada hari ini.
Saya difahamkan, Prof antara yang mengambil SPM 2 kali dan STPM 7 kali. Pada usia 32 tahun baru dapat masuk ke universiti. Boleh kongsi bagaimana semangat pentingnya ilmu itu hadir dalam diri Prof dalam usia agak lewat bagi sesetengah orang?
Semangat ingin mencuba apabila melihat kejayaan orang lain dan keinginan menebus kesilapan lalu. Pada masa itu hanya menerusi pendidikan merupakan salah satu cara yang boleh mengubah kehidupan masa depan. Walau bagaimana pun keyakinan diri penting biar pun berkali-kali menduduki peperiksaan. Percaya kejayaan akan diperolehi jika tabah mencuba.
Boleh Prof ceritakan dalam tempoh usia 17 tahun ke 32 tahun itu, apa pekerjaan yang Prof lakukan untuk kelangsungan hidup?
Saya menolong ibu bapa menoreh getah. Apabila berada di kebun getah, saya akan terfikir sampai bilakah akan jadi penoreh? Kemudian saya mengambil keputusan mengikut bapa saudara berniaga kain di pasar pagi di sekitar daerah Temerloh Pahang.
Ingat hendak menjadi peniaga yang Berjaya tapi rupanya mungkin bidang perniagaan tidak sesuai dengan diri saya dan ketika itu saya terfikir dengan akademik sahaja yang boleh mengubah kehidupan.
Saya kemudian lantas mengambil peperiksaan di sekolah persendirian untuk kali ke dua SPM. Saya berjaya mendapat kelulusan pangkat tiga bagi kali kedua itu. Saya kemudian memohon ke maktab perguruan dan diterima. Lepas habis belajar, saya bertugas sebagai guru lulusan SPM dengan bergaji rendah (RM275.00) untuk hidup di Kuala Lumpur begitu mencabar.
Langkah seterusnya saya belajar lagi untuk kelas persendirian dan masa yang sama bekerja untuk mengambil peperiksaan STPM. Masa yang sama, saya buat kerja sampingan, main boneka untuk kanak-kanak di perpustakaan, majlis sambutan hari jadi dan juga pusat membeli belah. Saya juga banyak membuat kerja sukarela di Perpustakaan Kanak-kanak untuk aktiviti bercerita dan melukis pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.
Bagaimana kalau kita gagal hari ini, bagaimana kita boleh bangkit untuk hari esok?
Saya yakin hadapi kegagalan dengan membuat percubaan tanpa mengenal jemu. Umpamanya kalau saya berputus asa menduduki peperiksaan SPM kali pertama tanpa mencuba kali ke dua, saya tidak mungkin diterima masuk ke maktab perguruan ketika itu. Jika saya berputus asa menduduki peperiksaan STPM keli ke tiga atau ke lima tanpa mencuba hingga kali ke tujuh maka saya tidak akan menjejaki kaki di universiti dan tidak akan jadi seperti hari ini.
Apa pekerjaan awal atau kemahiran yang boleh kita pilih kalau kita gagal dalam SPM?
Gagal SPM tidak semestinya berakhir kerjaya masa depan. Banyak bidang vokesional yang ditawarkan sebagai laluan kerjaya pilihan selain laluan kerjaya menerusi bidang akademik. Semasa memilih anda perlu meneroka perkara yang sesuai dengan kemampuan diri bukan ikut kawan atau minat. Sedangkan keupayaan diri untuk mencapai kecekapan tidak mampu. Akhirnya akan gagal. Ada baiknya kerana menerusi kegagalan itu anda telah meneroka keupayaan diri untuk mencari keserasian keupayan yang ada pada diri.
Bagaimana Prof melihat peluang yang harus dimanfaatkan oleh golongan remaja dalam konteks ekonomi dan keadaan negara pada hari ini?
Selalunya pelajar salah tanggap apabila tidak menyerlah keputusan SPM terus noktah untuk meneruskan pengajian. Banyak laluan kerjaya yang boleh dilakukan. Umpamanya jika kita gagal tanpa sebarang kelulusan mata pelajaran SPM, terus ke bidang vokesional untuk mengambil kemahiran SKM.
Jika kelulusan minima mendapat 3 kredit SPM boleh melanjutkan pengajian di peringkat diploma mengikut yang disyaratkan oleh MQA. Peringatan semasa memilih pengajian perlu dilihat program yang banyak menawarkan peluang kerjaya. Selalunya pelajar terlupa bahawa berjayanya memasuki institusi pengajian sebenarnya belum pasti menjanjikan kerjaya yang diharapkan. Oleh itu cari dan buat penyelidikan program yang keboleh pekerjaan selepas bergraduat permintaannya tinggi.
Kata-kata semangat dari Prof untuk golongan remaja yang sering dilabelkan sebagai bermasalah, isu rempit, lepak dan sebagainya?
Anda sebenarnya ada pontensi pada diri. Perlu berubah dan berani mencuba berkali-kali untuk mencapai kejayaan.
Bye-Bye Pengendali Pasar Raya GIANT, Pulang Selepas 24 Tahun Di Malaysia
Jika sebelum ini, pasar raya Tesco meninggalkan Malaysia, terkini pengendali rangkaian pasar raya besar Giant, Dairy Farm International Ltd (DFI) Hong Kong mengumumkan akan menghentikan operasi perniagaan runcitnya di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Malaysia Katakan ‘Bye Bye’ Kepada Pasaraya TESCO, Apa Penyebabnya?
Untuk info, jenama pasar raya besar seperti Giant, Giant Mini dan Mercato dikendalikan oleh DFI di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd.
Memetik laporan The Edge, ia dipercayai telah dijual pada harga “sekurang-kurangnya beberapa bilion ringgit” kepada sekumpulan rakyat Malaysia yang diketuai oleh Datuk Andrew Lim Tatt Keong, pengerusi eksekutif kumpulan KL Sogo dan beliau juga menganggotai lembaga pengarah Gama Supermarket & Departmental Store Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang.
GCH Retail di Malaysia adalah 70% dimiliki oleh DFI dan 30% oleh Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan royalti Negeri Sembilan. Difahamkan bahawa satu pengumuman akan dibuat oleh syarikat kepada pekerjanya petang ini.
The Edge turut melaporkan bahawa syarikat itu telah berjaya mencatat keuntungan bersih sebanyak RM12.23 juta pada 2020 setelah mengalami sedikit kekacauan bermula tahun 2013. Bagaimanapun, syarikat kembali mencatatkan rekod merosot pada 2021 dengan kerugian bersih sebanyak RM106.17 juta, dengan hasil RM2.38 bilion. Ia mempunyai jumlah liabiliti RM2.71 bilion dan jumlah aset RM1.23 bilion.
Giant Malaysia Kini Milik Syarikat Tempatan
Sebelum ini, DFI Group (DFI) mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka, diketuai oleh ahli perniagaan dan usahawan tempatan, Datuk Andrew Lim, untuk memperoleh kesemua perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant. Peralihan itu dijangka selesai awal Mac 2023. Katanya, Andrew mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta dikreditkan dengan sumbangan…
Korang jangan risau, pengendali dia je pulang. Pasar Raya Giant masih ada di Malaysia…hehe
BACA LAGI : Selepas 10 Tahun Beroperasi, Isetan 1 Utama Bakal Ditutup
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas 10 Tahun Beroperasi, Isetan 1 Utama Bakal Ditutup
Satu lagi berita sedih yang dimaklumkan oleh sebuah jenama pasar raya besar, Isetan 1 Utama bakal menghentikan operasi mereka bermula April tahun hadapan.
Pengumuman ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Isetan dengan berat hati selepas 10 tahun beroperasi akhirnya mereka terpaksa akur untuk berpindah keluar dari premis 1 Utama.
Hari terakhir cawangan Isetan 1 Utama beroperasi adalah pada 5 April 2022, namun ini bukanlah ucapan selamat tinggal buat selamanya kerana pasar raya ini masih beroperasi di cawangan Suria KLCC, The Gardens Mall, The Japan Store LOT 10 dan stor di atas talian.
Setelah 1 dekad bertapak di 1 Utama, pastinya ia memberi impak kepada pengunjung, lebih-lebih lagi pusat membeli-belah itu menjadi tumpuan masyarakat di sekitar Lembah Klang.
Ramai yang menzahirkan rasa sedih selepas mendengar berita duka ini dan pastinya bakal merindui restoran Jepun yang beroperasi dalam pasar raya itu.
Jadi, tinggal lagi beberapa bulan untuk korang mengambil peluang berkunjung dan membeli-belah di Isetan 1 Utama. Nikmatilah pengalaman terakhir sebelum mereka bakal menghentikan operasi pada tahun hadapan.
Jika ada pekerja yang terkesan akibat penutupan ini, semoga mereka mendapat rezeki di tempat lain.
Sumber: (1)