Semakin Hangat! Anna Jobling Ingatkan Tya Arifin Kepada Diri Mudanya, Terus Dilantik Duta

Share

 

Jika korang masih ingat beberapa minggu lalu, pelakon muda yang namanya semakin mencanak naik Anna Jobling pernah menggunakan platform Instagram miliknya untuk mempertahankan jenama serta produk jamu Mutyara yang diusahakan oleh pelakon dan penyanyi kelahiran Indonesia, Tya Arifin.

Menerusi video berdurasi seminit itu, Anna menepis dakwaan kononnya jamu tersebut mempunyai rasa pahit dan beranggapan warganet yang tidak pernah merasainya sendiri mudah mempercayai dakwaan tidak berasas daripada orang lain.

Tidak sangka pula dalam tempoh yang sekejap, Tya telah mendekati pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini dan memilih Anna Jobling

sebagai duta produk keluaran Mutyara.

Kongsi Tya mengenai pemilihan ini, usahawanita berusia 28 tahun itu merasakan Anna ialah simbol seorang wanita muda yang sibuk melakukan pelbagai aktiviti harian terutama setelah namanya mencanak naik baru-baru ini dek penangan drama popular, Melur Untuk Firdaus.

 

“Saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga. Sebab itulah, saya pilih dia. Anna mewakili seorang wanita bekerjaya kerana jika dia atau wanita lain di luar sana tidak bertenaga, mereka sukar untuk sampaikan apa sahaja kerja yang dibuat dengan baik.

“Sebagai duta baru Mutyara, Anna mencerminkan seorang wanita yang memerlukan ‘energy booster’ atau tenaga tambahan harian. Dia ialah pilihan tepat bagi jamu Mutyara,” kata Tya yang juga merupakan isteri kepada usahawan terkenal, Asyraf Khalid.

ARTIKEL BERKAITAN : Anna Jobling Tercalon Antara Gadis Tercantik Di Dunia Untuk 2022 – REMAJA

Sambil itu, Tya turut memuji sikap Anna yang mudah memberi kerjasama. Setelah sekian lama tidak melantik sesiapa sebagai seorang duta, pemilihan Anna ini diharapnya dapat melebarkan lagi kelebihan pengambilan jamu ini dalam kalangan wanita-wanita di luar sana yang memerlukan tenaga tambahan agar tidak mudah lemah, letih dan lesu.

*

Dalam pada itu, Anna menyifatkan perlantikan dirinya menjadi sebahagian daripada keluarga baru jamu Mutyara adalah satu kebanggaan.

“Dengan formulasi baru jamu ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita.

“la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga. Ia telah membantu saya dan saya yakin ia boleh membantu wanita-wanita lain mendapatkan tenaga lebih serta membantu dari segi dalaman juga,” ujarnya.

Tahniah Anna Jobling di atas perlantikan sebagai duta jamu Mutyara! Murah rezeki apabila satu-persatu tawaran mulai hadir untuk gadis berdarah kacukan ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ