Semakin ‘International’, Meerqeen Hadiri Jemputan Dari Jenama YSL Beauty Di Paris

Share

Usai dilamar selebriti pertama sebagai duta kepada produk terkenal antarabangsa, di bawah YSL Beauty Malaysia, membuktikan bintang ini antara anak seni yang kian rancak dalam industri hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Kisah Raya Sekejap. Usai Dilantik Duta YSL, Meerqeen ‘Terbang’ Ke NYC Pula Bagi Tiffany & Co

Memiliki personaliti yang unik dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial miliknya, membuatkan jenama-jenama berprestij tiada kompromi dan tidak gerun untuk bekerjasama dengan bakat muda ini.

Terbaharu pelakon berbakat besar, Meerqeen berkesempatan untuk ‘terbang’ pula ke Paris bagi menghadiri Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024, iaitu antara sebahagian daripada Paris Fashion Week.

Menjengah di platform Instagram Meerqeen, bintang tersebut ada memuat naik beberapa momen di Instastory miliknya ketika berada di Paris, Perancis bagi memenuhi jemputan YSL Beauty sebagai duta Malaysia pertamanya.

Tampil segak dan segar untuk berada di majlis gilang gemilang itu, pastinya kehadiran pelakon naskhah hit Melur Untuk Firdaus itu di sana sedikit sebanyak menjadi kebanggaan buat seluruh anak watan selain nama Malaysia semakin dikenali di mata dunia.

Sekadar informasi, menjadikan menara cinta, iaitu Eiffel Tower sebagai latar belakang bagi pertunjukan fesyen tersebut.

Antara figura terkenal antarabangsa yang turut hadir memeriahkan acara Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024 itu ialah Anya Taylor-Joy, Rose, Demi Moore, Kate Moss, Stephane Cardinale, Hailey Bieber, Natalia Dyer, Jennifer Larence dan ramai lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath