Semakin Popular, Aplikasi Telegram Bakal Kenakan Bayaran Mulai 2021

Share

 

Aduh, kenapa pula ni?

 

Sepanjang 7 tahun berada dalam pasaran, aplikasi penghantaran mesej iaitu Telegram semakin digemari ramai disebabkan oleh kualiti penghantaran mesej, foto, video serta penggunaan yang mudah.

Malah, ramai pengguna Telegram yang menyukai faktor keselamatan aplikasi itu disebabkan fungsi end-to-end encryption.

Setakat ini, Telegram belum lagi pernah berhadapan dengan mana-mana isu ‘hackers’ daripada pihak ketiga yang tidak bertanggung jawab.

Namun menurut pihak mereka, Telegram akan mula mengenakan pembayaran bermula tahun 2021.

Sumber Foto Hiasan: Techrunch.com

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas Telegram iaitu Pavel Durov, mereka melakukan sedemikian setelah mendapati syarikat mereka memerlukan dana besar demi mempertahankan perkhidmatan kepada para pengguna.

Malah, Pavel juga mendakwa terpaksa menggunakan dana peribadi untuk memastikan Telegram tidak ‘berkubur’.

Buat masa ini, aplikasi Telegram masih boleh digunakan secara percuma. Namun mulai tahun hadapan, pengguna akan dikenakan kaedah ‘paid features’ dalam aplikasi. Jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma. Namun sekiranya korang ingin menggunakan beberapa fungsi lain, korang perlulah melakukan pembayaran seperti aplikasi-aplikasi lain.

Dengan mengenakan bayaran ini, Telegram boleh menjamin perkhidmatan terbaik kepada hampir 500 juta orang penggunanya yang aktif pada masa hadapan.

Untuk pengetahuan, jumlah tersebut masih rendah berbanding pengguna aplikasi mesej WhatsApp yang sudah mencapai angka 7 bilion pengguna di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITANWhatsApp Kini Boleh Tukar Wallpaper Yang Berbeza di Setiap Chat, Jom Cuba! – REMAJA

Published by
FZ