Kesihatan

Kanser Payudara Tak Kenal Usia, Cara Periksa Sendiri Di Rumah, Jangan Skip!

Share

Kanser payudara tidak mengenal usia, statistik mencatatkan seorang dalam setiap 10 sehingga 11 wanita muda berusia antara 20 hingga 40 tahun ke bawah turut berisiko mendapat barah payudara sepanjang hayat mereka.

Pemeriksaan payudara sendiri di rumah merupakan langkah awal untuk berjaga-jaga bagi mengesan sebarang risiko penyakit seperti kanser.

Kanser payudara yang dikesan lebih awal, dapat memberi peluang untuk anda menerima rawatan selain, peluang untuk sembuh yang lebih terjamin.

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) ketika mandi merupakan cara yang paling utama dan mudah dilakukan sendiri di rumah. Pemeriksaan ini dapat membantu dalam pengesanan awal tanda-tanda kanser.

Lakukan PSP secara berkala kerana ia dapat meningkatkan tahap kepekaan terhadap sebarang perubahan kepada tubuh badan korang.

Langkah-langkah melakukan PSP semasa mandi

1. Angkat lengan kiri dan letakkan di belakang kepala

2. Dengan menggunakan tiga jari tengah daripada tangan kanan yang bersabun, lakukan gerakan secara bulatan kecil di sekitar payudara untuk mengesan sebarang ketulan.

3. Sentiasa bermula daripada bahagian luar payudara dengan gerakan bulatan kecil mengarah ke bahagian puting payudara.

4. Pasti kan anda memeriksa seluruh payudara, ketiak dan belakang puting.

5. Ulang langkah di atas dengan menggunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.

6. Lakukan pemeriksaan setiap bulan. Masa terbaik adalah beberapa hari selepas tempoh haid tamat, apabila payudara anda dalam keadaan tidak tegang.

7. Sekiranya anda sudah putus haid, pilih tarikh yang tetap untuk pemeriksaan sendiri payudara secara bulanan.

Gerakan secara bulatan

 

Gerakan mengarah ke atas dan bawah

 

Gerakan secara berpusat

Mudah je kan? So, lepas ni dah tak ada alasan yang anda tak tahu macam mana nak check

sendiri di rumah.

BACA : Telur Bukan Penyebab Kolesterol Tinggi, Dr Kongsi Ambil Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Kanser Payudara

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

BACA LAGI : Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi

IKLAN