Sejak kes remaja lelaki yang bercumbu dengan anak perempuan penyanyi, Nora Ariffin tular di media sosial beberapa hari lalu, pelbagai andaian dan komen telah dilontarkan kepaa pihak yang terbabit.
Baik kepada anak perempuannya, Putri Nor Dahlia, kepada remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zuher. Malah, Nora dan anak sulungnya, Mohd Syakir Iman juga terpalit sama dalam kes ini.
Jelas, maruah keluarga kedua-dua belah pihak tidak terlepas daripada analisa netizen Malaysia apabila perkara seperti berlaku.
Lantas untuk menjernihkan keadaan, Mohd Syakir mengambil tindakan awal untuk bertemu dengan keluarga Zuher, Jumaat lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Jalan Terbaik, Anak Sulung Nora Jumpa Remaja Lelaki Petang Jumaat
Menerusi kemas kini ciapan olehnya di Twitter, Syakir berkata, pihaknya telahpun berjumpa dengan Zuher dan ayahnya.
“Mereka menyesali perbuatan anak mereka. Sebagai umat Islam, kami ingin beri peluang buat mereka untuk perbaiki keadaan ini.
“Ibu Zuher sangat kesal dengan kejadian yang menimpa ‘Anak Nora’ ini,” catatnya. Video yang menunjukkan ucapan kesal ibu kepada Zuher turut tular semalam berikutan kes ini.
Enggan memanjangkan lagi kes ini sehingga ke peringkat mahkamah walaupun Syakir pernah mendakwa dia tidak teragak-agak untuk membawa Zuher ke muka pengadilan, Khamis lalu, pihaknya menghormati permintaan ibu Zuher untuk memberikannya peluang kedua demi masa hadapan anaknya dan adik Syakir, Putri Nor Dahlia.
“Moga insiden ini menjadi pengajaran buat kita semua.
“Kami berharap kita semua mengambil tauladan daripada isu ini. Dan marilah kita bermaaf-maafan dan teruskan hidup kita semua,” simpulnya.
Berikut adalah klip permohonan maaf daripada Zuher yang REMAJA muat naik semalam.
Betul gaiss, tak perlulah lagi kita mencerca mana-mana pihak dalam kes ini.
Kita semua tidak terlepas daripada kekhilafan, cuma orang nampak tak nampak saja aib kita.