Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023 telah merekodkan kehadiran penonton paling tinggi dalam sejarah karier mereka.
Memetik perkongsian akaun Coldplay Charts dari laman X, antara punca lebih 81,812 keping tiket berjaya terjual adalah kerana mereka cuma mengadakan konsert satu malam sahaja di sini berbanding beberapa persembahan di negara lain. Lagipula, ini merupakan konsert sulung mereka di Malaysia.
Ia secara tidak langsung membantu kumpulan rock alternatif yang dianggotai oleh Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu mencipta fenomena luar biasa di sini.
Sebagai perbandingan, konsert Coldplay yang dilangsungkan di Jakarta (juga untuk tempoh semalam) telah dihadiri seramai 78,541 pengunjung.
“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia.” – Chris Martin.
Konsert di Kuala Lumpur berjaya mencatatkan penjualan tiket sebanyak 81,812 keping lalu merais kutipan kasar USD10,904,369 atau kira-kira RM51,953,866.
Rata-rata penonton yang hadir pada malam itu beranggapan ia merupakan konsert terbaik yang pernah mereka kunjungi sepanjang hidup mereka.
Biarpun hujan renyai-renyai turun beberapa minit usai lagu pertama didendangkan oleh mereka, penonton sama-sekali tidak berganjak daripada zon berdiri.
Aksi Coldplay disertai dengan beberapa perbualan di atas pentas yang mencuit perhatian termasuklah pantun berkisarkan tom yam yang juga tular di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Malaysia Antara Negara Tertinggi Pulangkan Gelang Xylobands Setelah Selesai Konsert Coldplay – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.