Semangat Betul Wanita Ini Raikan Pembebasan DS Anwar, Sehingga Bendera Dijadikan Sari!

Share

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pusat Rehabilitasi Cheras hari ini membuka satu lagi catatan baru dalam sejarah politik Malaysia.

 

Bagi penyokong setia ahli politik dan aktivis tersebut, pastinya hari ini mengingatkan mereka kepada perjuangan reformasi yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim hampir 20 tahun yang lalu.

Beribu-ribu tweet dan posting di media sosial menyambut kehadiran Anwar Ibrahim sekali lagi dalam dunia politik negara. Namun, tiada siapa yang dilihat lebih bersemangat berbanding Devamalar R. Mugam yang menunggu kemunculan pemimpin itu di hadapan pusat rehabilitasi itu, sejak 7 pagi tadi.

“Saya bangun pada jam 4 pagi dan menyarung sari bertemakan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini. Tapi buat masa ini (sekitar 7.30 pagi) beliau masih belum muncul.

“Hari ini, saya sengaja mengambil cuti untuk detik bersejarah ini.”

Devamalar berkata kepada rakan media di The Star Online, kebanyakan daripada bendera parti PKR telah pun dicabutkan serta-merta selepas tamat Pilihan Raya Umum, Rabu minggu lepas. Oleh itu, dia meminta bantuan suaminya untuk mencari bendera parti di tempat ia dilupuskan.

Selepas menjumpai banner bendera sepanjang 6 meter, Devamalar mengubahnya menjadi kain sari dengan bajet RM150 dan voila, siap!

“Saya dapat rasakan seluruh negara meraikan hari ini dengan penuh kegembiraan, apabila beliau akhirnya dibebaskan.”

Walaupun telah diperkenankan dengan pembebasan , Anwar Ibrahim dipercayai akan berehat terlebih dahulu dan menjalani proses pemuliharaan.

Hanya selepas tempoh 6 minggu selepas perayaan Aidilfitri, kemungkinan besar kita baru melihat beliau berada di Parlimen. Pada waktu itu, ramai akan bersorak dan merasa teruja.

Namun, pasti tiada siapa yang akan berasa lebih teruja berbanding Devamalar!

Entah rekaan baju apa pula yang akan dijahitnya pada waktu itu. Hehe.

Published by
FZ