Dalam menyambut bulan kemerdekaan ini, seorang wanita daripada Ipoh, telah mencuri perhatian ramai dengan semangat patriotismenya.
G Rajspari, atau lebih dikenali sebagai Ratha, telah menghias seluruh kediamannya dan kereta Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang.
Menerusi laporan media tempatan, idea wanita yang kini berusia 62 tahun ini untuk menghias rumahnya dengan jalur gemilang mula timbul kira-kira empat tahun lalu semasa pandemik.
“Pada masa itu, kami tidak dibenarkan keluar dan untuk mengisi masa lapang, saya fikir adalah baik untuk menghias rumah dengan bendera negara kita,” jelas Ratha.
Ads
Tidak hanya di rumah, Ratha juga menghias Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang. Semasa memandu di sekitar Ipoh, Ratha sering menerima kata-kata semangat dan lambaian daripada orang ramai.
Sehubungan itu, sokongan yang diterimanya itu secara tidak langsung telah membuatkan Ratha berasa sangat terharu dan dihargai.
Ads
kredit: Bernama
“Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat sokongan dan penghormatan yang diberikan apabila mereka melihat kereta saya. Ada yang melambai, ada juga yang menunjukkan tanda penghormatan,” kata ibu kepada tiga anak ini.
Walaupun perlu mengeluarkan wang untuk menggantikan bendera yang mungkin telah pudar, semangat patriotisme Ratha tetap kukuh.
Ads
Justeru, dia berharap tindakannya itu dapat memberi inspirasi bukan hanya kepada anak-anaknya tetapi juga kepada generasi muda untuk sentiasa menghargai asal usul dan mencintai negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan oleh kerajaan terdapat pelbagai kemusykilan dan juga kerisauan yang bersarang di hati rakyat. Antaranya kepada pasangan suami isteri yang berada dalam hubungan jarak jauh.
Terbaru Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kepada media yang pasangan jarak jauh boleh merentas sempadan negeri asalkan kebenaran dari Polis Diraja Malaysia diperoleh kerana ia adalah prosedur operasi standard Ketika PKPB dilaksanakan.
Sumber Foto: Bernama
Tambahnya lagi menerusi laporan Berita harian, “Bagi kes pasangan yang tidak mendapat kebenaran itu, mungkin atas sebab yang kurang meyakinkan kerana semuanya tertakluk kepada kelulusan PDRM.”
***P/S – Diharapkan agar semua rakyat Malaysia mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam usaha menangani kenaikan kes Covid-19.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, berebutlah ramai remaja yang nak berkahwin selepas ini!
Manifesto baru ini telah diumumkan oleh parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan ia akan diaplikasikan untuk penduduk negeri Sabah sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini.
Manifesto itu didapati terkandung dalam pelancaran Ketua Umumnya, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kota Kinabalu, semalam.
Tetapi ada syarat-syaratnya guys..
Hanya rakyat Sabah yang mendirikan rumah tangga buat kali PERTAMA saja yang layak untuk menerima token perkahwinan berupa wang tunai RM1,000 itu. Bagi mereka yang berkahwin untuk kali kedua tu, jangan berangan ya. Hiks!
Untuk pengetahuan, sempena musim PRN yang sedang hangat berlaku di negeri Sabah sekarang, pelbagai manifesto sedang dilayangkan kepada para pengundi di sana demi melobi menjadi kerajaan negeri.
Banyak juga yang diberikan oleh USNO kepada para pengundi jika mereka memenangi PRN ini.
Antara yang berkaitan dengan remaja Sabah termasuklah pembiayaan perubatan kepada rakyat Sabah sehingga RM10,000, bantuan khas RM500 kepada orang miskin/yatim/piatu dan wang tunai RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bagi pelajar yang mendapat tawaran ke IPT pula, mereka akan menerima RM1000. Di peringkat universiti, mereka akan mengutip dana RM10 juta untuk diserahkan kepada lulusan IPT bagi pembayaran kos PTPTN. USNO juga ingin berusaha untuk menyediakan 30,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Sabah.
Wow, banyak betul!
Harapnya jika mereka menang, kesemua manifesto yang dicanang ini mampulah ditunaikan. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam untuk menarik pengundi je tau.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau selama ini korang rasa gerun kalau terserempak dengan sekatan jalan disebabkan tidak membayar saman dikeluarkan oleh JPJ dan polis.
Ada berita baik mulai 9 Disember ini sehinggalah 12 Disember 2021, JPJ dan Polis akan memberikan diskaun sehingga 80 peratus ke atas setiap saman. Hal ini bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia, kadar pengurangan bayaran saman akan diberikan kepada semua rakyat. Kaunter pengurangan bayaran saman juga akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 Dsember ini sehingga 12 Disember 2021.
Secara umumnya, diskaun saman sempena 100 Hari Keluarga Malaysia 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:
Saman Kemalangan Tahun 2021
Saman status No Compound (NC)
Saman status bicara mahkamah (m)
Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2021
Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2021
Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2021
Saman potong di garisan berkembar tahun 2021
Saman berkaitan ubahsuai ekzos
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Untung kan?
Siapa yang ada saman tu, inilah masanya untuk anda cepat-cepat bayar saman tapi jangan lupa jaga SOP dan penjarakan sosial ketika beratur di kaunter pembayaran nanti.
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...