Jika sebelum ini dunia dikejutkan dengan kematian mengejut Cheslie Kryst yang terjun dari bangunan kediaman 60 tingkat yang didiaminya. Pemenang pertandingan Miss USA 2019 itu merupakan seorang peguam, pengacara dan juga wartawan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ibu Cheslie Kryst Hentikan Teori Konspirasi Tentang Tragedi Anaknya, Sahkan Niat Bunuh Diri
Baru-baru ini seorang lagi ratu cantik ‘mengambil’ nyawanya sendiri.
Zoe Sozo Bethel, wanita yang dinobatkan sebagai Miss Alabama 2021 menghadapi kematiannya dengan cara yang cukup tragis. Menurut laporan polis Miami, pada Jumaat (11/2/2022) dia disyaki cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap di tingkat tiga sebuah bangunan di Miami.
Setelah kejadian tersebut, wanita berusia 27 tahun itu segera dikejarkan ke hospital berhampiran. Zoe cedera parah dengan kecederaan trauma otak hingga koma. Seminggu kritikal, ratu cantik itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
“Jumaat 18 Februari 2022 pada 5:30 pagi waktu Miami, Florida, Zoe Sozo Bethel yang dikasihi meninggal dunia kerana dia tidak dapat mengatasi kecederaannya,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan di Instagram.
Kemalangan Tragis
Dalam kenyataan rasmi keluarga, mereka tidak mahu punca kematian Zoe dikenal pasti sebagai bunuh diri, tetapi memilih untuk melaporkannya sebagai kemalangan tragis.
“Jika dia mempunyai pilihan, dia masih mahu bersama kami hari ini,” kata keluarga itu, seperti dipetik The Post.
Zoe mengalami kecederaan otak yang serius. Doktor juga telah memaklumkan kepada keluarga bahawa masa Zoe tidak akan lama kerana kerosakan otaknya tidak dapat dipulihkan.
Tidak diketahui apa yang mendorong Zoe Sozo cuba membunuh diri. Menurut keluarga, Zoe Sozo seorang yang beragama.
“Dia mengasihi Tuhan dan menjalani kehidupan yang terbaik untuk orang di sekelilingnya,” kata keluarga itu.
Ibu kepada seorang anak ini juga seorang wanita yang aktif. Dia bekerja sebagai wartawan untuk Rangkaian Penyiaran Right Side.
Kematian menjadi simbol bahawa kesihatan mental bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng. Masalah tekanan mental yang dihadapi menjadikan seseorang tidak boleh berfikir dengan waras.
Jika anda mengalami masalah tekanan berkaitan kesihatan mental, hubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk mendapatkan pertolongan.
BACA LAGI : 4 Ratu Cantik Yang Membanggakan Malaysia Sepanjang 2021. Menariknya, Mereka Semua Berdarah India
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Daily Mail