Sejak 1 April lalu, kehidupan penggemar fesyen di Malaysia bertambah mudah apabila jenama H&M melakukan debut-nya di platform atas talian, Zalora.
Pelbagai item pakaian dan aksesori bagi kategori wanita, lelaki, remaja dan kanak-kanak ada disediakan di sini bersesuaian dengan apa jua keperluan peMbeli. Semuanya kini semudah satu klik saja pada barangan yang korang gemari.
Kolaborasi ini sebenarnya merupakan kolaborasi kedua Zalora dengan mana-mana negara rantau ASEAN setelah mereka memulakannya dengan Filipina terlebih dahulu pada suku keempat, tahun lalu.
Dengan kemunculan H&M di Zalora kini, ia tentunya akan memahat nama H&M di kalangan penggemar desyen di samping memberikan peluang buat korang yang mempunyai kekangan untuk membeli-belah di stor fizikal H&M lebih-lebih lagi pada musim pandemik COVID-19 sekarang ini.
Bagi yang sudah terbiasa membeli secara atas talian di hm.com, korang masih boleh berbuat sedemikian kerana laman web itu masih ada. Cuma ini merupakan satu ‘extension’ untuk memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan mereka.
So, setelah seminggu berada di platform Zalora Malaysia, apakah di antara item H&M pilihan kami di sana, you ask? Well, here we go.
Jika ada satu perkara yang kami harapkan berlaku kepada pertandingan ratu cantik antarabangsa sepopular Miss Universe pada setiap tahun, ia adalah mengenai inklusiviti lebih ramai ‘wanita biasa’ yang tidak kurus melampau, yang boleh menginspirasikan ramai remaja perempuan dengan kisah peribadi mereka dan benar-benar ingin melakukan perubahan kepada ‘beauty standard’ yang selama ini berada di takuk lama.
Berapa kerap korang dengari komen seperti wanita Asia yang cantik perlulah memiliki kulit cerah; atau wanita berambut pendek tidak kelihatan feminin dan mungkin juga komen seperti wanita yang mempunyai peha yang ‘saling bercantum’ adalah wanita obes. Ya, masih ada lagi masyarakat yang berfikiran sedemikian pada zaman moden ini. Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila kebanyakan komen negatif ini hadir daripada perempuan sendiri terhadap perempuan lain.
Well, ada seseorang yang ingin mengubah semua itu.
Dia tidak lain tidak bukan ialah Anchilee ‘Ann’ Scott-Kemmis yang baru saja dinobatkan sebagai Miss Universe Thailand 2021.
Selalunya, Thailand terkenal dengan wakil Miss Universe yang berbadan kurus dan berkulit cerah persis puteri diraja. Namun Ann mengubah semua stigma itu setelah dia berjaya mengenepikan 29 lagi peserta Miss Universe Thailand 2021 pada hari Ahad lalu. Dia tinggi, dia tidak kurus melampau dan dia yakin untuk membawa dirinya yang berkulit sawo matang ke peringkat antarabangsa.
Apa yang lebih penting, dia ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap ‘beauty standard’ lapuk.
Ann mewakili beauty standard realistik dalam dunia sekarang di mana dia ingin masyarakat sedar akan saiz sebenar seseorang wanita itu. Baginya, tiada salahnya untuk seorang wanita meraikan saiz badan sebenar tanpa perlu bergolok gadai membeli produk yang salah atau cuba menyakiti diri sendiri hanya untuk kelihatan lebih kurus dari yang sepatutnya.
Di sinilah kekuatan yang dimiliki oleh Ann sehingga dia terpilih sebagai wakil Thailand ke pentas Miss Universe 2021 pada bulan Disember ini di Israel. Dia raikan diversiti dan penonton wanita yang menyaksikan pertandingan itu kelak akan sedar bahawa Ann memahami apa yang mereka rasakan selama ini.
Dalam ucapan pengenalannya, Ann berkata, “Di sini saya mewakili setiap satu daripada anda yang pernah merasakan diri diketepikan, diadili atau disakiti kerana anda dikatakan tidak menepati standard. Saya ingin menjadi suara anda terutamanya gadis muda untuk meraikan keperibadian masing-masin dan keunikan anda. Saya tahu anda wujud dan saya di sini untuk anda. Terima kasih,” katanya dengan penuh yakin.
Mengenalinya dengan lebih lanjut, Ann sebenarnya merupakan seorang gadis berdarah kacukan. Dia dilahirkan oleh seorang ibu berdarah Thai manakala ayahnya berasal dari Australia.
Biarpun berdarah campur, Ann tidak kekok dengan budaya dan bahasa ibunda Thai setelah menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya di Thailand sebelum berkelana ke Australia untuk melanjutkan pengajian sarjana muda dalam bidang sosiologi di University of Sydney.
Sepanjang berada di peringkat sekolah dan universiti, Ann cukup aktif menjadi kapten tiga sukan berbeza iaitu bola tampar, bola keranjang dan softball. Lebih menakjubkan apabila dia juga pernah menjadi sebahagian daripada pemain saringan pasukan kebangsaan.
Selama ini, Ann digelar sebagai model ‘plus-size’ disebabkan tubuhnya yang lebih berisi jika dibandingkan dengan model yang selalu ditempah dalam industri fesyen. Namun, ramai menyatakan bahawa Ann tidak seharusnya dilabel plus-size. Dia adalah contoh terbaik untuk menunjukkan bagaimana pakaian yang ingin mereka beli kelihatan pada tubuh badan manusia sebenar.
Adakah Anchilee Scott-Kemmis berjaya menegakkan mesejnya di pentas Miss Universe 2021. Sama-sama kita saksikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan wanita anggun berhijab ini, sejak dari popularitinya yang memuncak sebagai pempengaruh media sosial sehinggalah menjadi seorang pelakon dan hos yang popular, setiap gerak dan gerinya menjadi perhatian.
Baik dari cara dia mengenakan solekan hinggalah stail yang digayakan, boleh dikatakan dia sentiasa menjadi rujukan para hijabi yang mahu tampil sepertinya.
Khabar terbaru, Mira Filzah telah meminjamkan pesonanya dalam satu kolaboratif ikon fesyen bersama jenama terkenal lokal, Lilit. Ini merupakan kolaboratif bersama ikon fesyen pertama tahun ini bagi jenama popular tersebut.
Koleksi yang diinspirasikan daripada personaliti pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah ini menampilkan rangkaian rekaan pakaian santai yang disuntik dengan corak cetakan yang unik serta tampilan warna-warna lembut yang pastinya sesuai dengan semua jenis tubuh.
Lilit sebagai jenama lokal yang terkenal dengan rekaan sopan dan selesa memastikan setiap satu rekaan dalam koleksi kolaboratif bersama Mira Filzah ini menapak pada bumi yang nyata dengan penyampaian mesej secara kreatif menerusi stail yang boleh di sesuaikan kala keterbatasan pergerakan disebabkan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan.
Jadi siapa kata PKP membataskan gaya, ceriakan hari anda dengan stail yang menarik seperti selebriti kesayangan ramai ini.
Sumber gambar: Lilit
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soal kewarganegaraan asal atau warna kulit nyata tidak menjadi isu di pertandingan ratu cantik Miss Great Britain setelah ia menobatkan dua peserta yang berasal dari Zimbabwe dalam kedudukan 3 peserta terbaiknya, Isnin lalu waktu Malaysia.
Jurutera kimia, Noky Michelle Simbani bakal mewakili Great Britain di pertandingan Miss Universe 2022 setelah mengenepikan 35 peserta lain lantas menjuarai mahkota Miss Great Britain 2022.
Seorang lagi peserta kelahiran Zimbabwe iaitu Paidamoyo Mangi telah berjaya menempatkan diri di kedudukan pemenang tempat ketiga.
Noky, 25 mempunyai ijazah sarjana Kejuruteraan Kimia dari University of Birmingham pada tahun 2020 dan kini bertugas dalam aliran kewangan untuk NatWest Group yang menawarkan inisiatif mengembangkan perniagaan di seluruh negara.
Bukan calang-calang ya!
Untuk pengetahuan, Noky meninggalkan negara asalnya, Zimbabwe untuk bermastautin ke England pada tahun 2001 bersama ibu-bapanya dan seorang adik perempuan.
Sepanjang dibesarkan di England, Noky jelas mengejar kecemerlangan akademik dan sewaktu menjalani program latihan amali (internship) di beberapa syarikat besar seperti Infrastructure Process Engineering (Bristol) dan Exxonmobil (Southampton).
Begitupun, itu tidak bermakna Noky muncul dalam dunia ratu cantik tanpa pengalaman. Gadis berketinggian 160cm ini cukup fasih dalam selok-belok dunia peragaan yang disertainya secara separuh masa sejak tahun 2017. Malah pada tahun 2017, Noky pernah merasai pengalaman pertamanya dalam pertandingan ratu cantik setelah dia mewakili England di Miss Grand International 2017 di Vietnam.
Di luar dunia kerjaya dan ratu cantik, Noky cuba untuk memperkasakan wanita secara konsisten untuk mencapai potensi mereka di tempat kerja.
Baru-baru ini, Noky telah melancarkan platform yang dinamakan sebagai Boss Bios secara atas talian untuk meraikan pencapaian wanita dalam pelbagai cabang kerjaya menerusi paparan kisah-kisah yang memberi inspirasi terutamanya kepada generasi muda.
Rata-rata para peserta Miss Great Britain memberi sokongan padu kepada Noky sewaktu namanya dipanggil sebagai juara pertandingan.
Dengan kelayakan, komitmen dan kecantikan yang dimilikinya, tidak mustahil gadis ini mampu membawa nama Great Britain jauh dalam pertandingan Miss Universe 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan anggota kumpulan sensasi, BTS J-hope baru-baru ini mengungkapkan harapan apabila kembalinya BTS sebagai satu kumpulan, ia akan menjadi saat indah yang dinantikan...