Foto Via HYPEBEAST

Plank merupakan satu senaman yang sangat bagus kerana ia memperbaiki keseimbangan, postur badan dan teras terutamanya pada bahagian abdomen. Kalau siapa ingin perut kempis, plank adalah salah satu rutin yang perlu anda lakukan.

Tapi terus terang penulis beritahu, plank nampak senang tapi ia sebenarnya sangat menyakitkan.

Tapi lelaki berasal dari Australia ni pecahkan rekod dunia dengan melakukan plank paling lama sampai berjam-jam. Daniel Scali mencatatkan masa planking 9 jam, 30 minit dan 1 saat dan dah disahkan oleh Rekod Dunia Guinness.

Wow…hebatnya…penulis seminit pun dah bergetar lutut rasa.

Lebih hebat, Scali merupakan penghidap sindrom kesakitan kronik (CRPS) selepas patah tangan kiri ketika dia berumur 12 tahun. Scali menyahut cabaran ini untuk membuktikan bahawa sakit bukan penghalang kejayaan.

Ads

Ia merupakan percubaan kedua Scali setelah cubaan pertamanya 18 Jun lalu tidak diterima pihak Guinness atas faktor teknikal. Selepas 9 jam, 30 minit dan 1 saat menahan sakit, Scali mampu tersenyum apabila berjaya memecahkan rekod dunia dengan pencapaian yang boleh dikatakan diluar batas orang normal.

Scali berjaya memecahkan rekod plank terlama di dunia kategori lelaki yang sebelum ini dipegang oleh George Hood.

Ini lima kebaikan plank jika korang lakukan secara konsistan.

  • Mengurangkan Risiko Masalah Tulang Belakang

Melakukan senaman plank setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko mengalami masalah sakit belakang dan juga masalah kecederaan tulang belakang. Apa yang penting senaman plank ini dilakukan dengan betul, luruskan otot badan tanpa meletakkan bebanan pada pinggul dan tulang belakang.

Ads
  • Bentuk Tubuh Badan Jadi Lebih Menarik

Senaman plank ini memberi fokus pada otot-otot utama tubuh, menerusi senaman ini otot-otot mula menampakkan bentuknya dan hasilnya bentuk tubuh menjadi lebih menarik. Tambahan lagi, dengan melakukan senaman plank ini tubuh juga secara tidak langsung menjadi kuat dan aktif.

  • Meningkatkan Sistem Metabolisma Tubuh

Melakukan senaman plank ini bukan sahaja menguatkan tubuh badan, malah ia juga meningkatkan sistem metabolisma diri dan kalori tubuh dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan kamu semua, dengan membina otot menerusi senaman ini ia dapat mempercepatkan lagi sistem metabolisma diri.

Justeru itu, bagi individu yang memiliki sistem metabolisma diri yang rendah maka senaman ini adalah alternatif untuk tingkatkan sistem metabolisma diri dengan selamat dan mudah.

Ads
  • Memberi Keseimbangan Pada Tubuh

Bagi yang ingin dapatkan postur badan yang lurus dan cantik makan senaman plank ini adalah cara terbaik untuk kamu lakukan. Dengan melakukan senaman plank ini, ia dapat mengajar dan juga meningkatkan tahap keseimbangan diri dengan mudah dan selamat.

Tambahan lagi, ia juga dapat meningkatkan kebolehan diri dalam apa jua aktiviti yang kamu lakukan seperti bersukan.

  • Bagus Untuk Kesihatan Mental

Senaman plank ini juga dapat memberi manfaat dalam meningkatkan kesihatan mental, ini adalah kerana senaman plank ini dapat mempengaruhi saraf yang mana ia berkait dalam meningkatkan mood seseorang.

Tambahan lagi, senaman ini juga bagus dalam mengurangkan tekanan dan masalah anxiety yang dihadapi oleh seseorang.

Sumber: Guinness World RecordsDaniel Scali

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI