Bintang jelita, Nora Danish meraih perhatian warganet apabila tampil sopan mengenakan hijab menerusi perkongsian terbaharunya di entri Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pelakon filem popular Bencinta itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dia dan keluarga kecilnya sedang berswafoto bersama di dalam kereta. Lebih manis lagi, Nora dilihat ayu menyarungkan hijab berona putih.
“Pagi yang sangat bermakna, buat kami sekeluarga. Bismillah,” coretnya ringkas.
Ads
Sempat Remaja menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis tidak terlepas peluang memuji kecantikan aktres berkenaan.
Ruangan itu juga, ramai yang meniupkan doa buat pelakon berusia 41 tahun itu agar terbuka hati dan istiqamah untuk terus mengenakan hijab selepas ini.
Ads
“Semoga Nora kan terus kekal berhijab. Cantik sangat,” komen seorang peminatnya.
“Semoga istiqamah berhijab… Allah, cantik sangat,” komen juga peminat lain.
“MasyaAllah lawa kak Nora pakai tudung. Semoga diberikan kesempatan menutup aurat,” tulis juga pengikutnya lain.
Ads
“Nora please… please stay selamanya berhijab. Alhamdulillah, cantik sangat-sangat,” komen seorang pengikutnya.
Menerusi IG Story, pelakon drama popular Puteri itu juga ada memuat naik beberapa foto yang memperlihat dirinya berrhijab dalam persalinan serba putih. Difahamkan, Nora dan keluarga menghadiri sebuah majlis pernikahan ahli keluarga terdekat, pagi tadi.
Semalam sukan olahraga pasukan Malaysia mencatat kejayaan manis di Sukan SEA, Manila apabila muncul juara pecut Asia Tenggara baru yang dimenangi oleh Muhammad Haiqal Hanafi.
Baru berusia 20 tahun dan mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ini dinobatkan sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m dengan catatan masa 10.35 s di Stadium Olahraga New Clark City.
Jauh memecut laju di hadapan mengalahkan peserta lain terutama dari Thailand yang menduduki tangga kedua dengan catatan masa 10.49s iaitu Ruttanapon Sawon di ikuti Lac bandit Chuanchai juga dari Thailand yang memenangi gangsa selepas membuat catatan 10.52s.
.
.
Kejayaan yang diraih oleh Haiqal Hanafi ini turut meleburkan rekod Khairul Hafiz Jantan yang lebih dikenali sebagai Speedy Jantan yang mencatat masa 10.38s pada kejohanan dua tahun lalu di Kuala Lumpur dan apa yang lebih penting beliau turut memperbaharui rekod peribadinya.
Dalam pada meraih kejayaan yang membanggakan itu, di fb Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut berkongsi kisah kejayaan ini.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Sekalung tahniah kami ucapkan buat pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi yang telah berjaya mengungguli acara 100 meter Sukan SEA ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina.
Haiqal yang baru berusia 20 tahun berjaya muncul juara selepas mencatat kepantasan masa 10.35 saat, sekaligus menobatkannya sebagai Raja Pecut baharu Asia Tenggara.
Kami tertarik dengan kata-kata beliau selepas kemenangan tersebut: Menurut beliau:“Rahsia kejayaan saya ialah solat lima waktu, solat hajat sebelum tidur dan banyak berdoa kepada Allah supaya diizinkan untuk murah rezeki.”[1]
Oleh itu kami katakan, beliau sememangnya layak dinobatkan sebagai Raja Pecut baharu Asia Tenggara. Tahniah!
Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anak muda yang lain untuk berusaha meraih kejayaan dalam apa jua bidang di samping tidak melupakan perintah agama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling menakutkan bila nak pergi interview kerja adalah bila memikirkan tentang soalan apa yang nak ditanya oleh bakal majikan nanti?
Punya la risau sampai kan nak tidur malam pun tak lena. Chill guys.
Perkongsian yang dibuat oleh Muhammad Shalhadi di laman Facebooknya sedikit sebanyak dapat membantu korang yang mungkin tertanya-tanya masa interview nanti mereka nak tanya apa eh?
Mengikut pengalamannya yang sudah menghadiri lebih daripada 10 interview di syarikat berbeza, dia berkongsi beberapa soalan basic yang lazimnya akan ditanya oleh bakal majikan kepada korang.
PLEASE INTRODUCE YOURSELF
First impression always matter. Praktis banyak-banyak part ni supaya tak gagap atau cuak depan (Ada juga company tak suruh beri intro pun)
WHAT DID YOU LEARN IN YOUR COURSE OF STUDY?
Jawab berkaitan dengan position yang korang apply dan make sure kau tahu apa yang kau jawab tu sebab mungkin akan ada follow up question.
WHAT DO YOU KNOW ABOUT THE COMPANY?
-Buka websitecompany tu dan baca “about us” tapi bukan setakat tu je, interviewer nak tahu sama ada korang ambil kisah atau tak pasal company tu dan berminat atau tidak.
WHAT IS YOUR AMBITION? WHAT’S YOUR DREAM JOB?
-Interviewer nak tahu position yang ditawarkan tu selari tak dengan impian korang.
-Bersedia la kena provoke kalau ambition korang tak sama dengan kerja yang di apply.
WHY DO YOU WANT THIS JOB?
-Majikan tak nak ambil pekerja yang sekadar datang kerja nak gaji je. Mestilah nak yang betul-betul passionate dengan kerja tu. Cerita kenapa korang minat dan carilah faktor-faktor yang menunjukkan kerja tu selayaknya diberikan pada korang.
DO YOU RECEIVE ANY OTHER INTERVIEW INVITATION?
-Jawapan dia sama ade yes or no je kan. Tapi, Shalhadi pernah bereksperimen dengan soalan ni.
Jawapan: NO
Interviewer: Why? So confident that you will get this job?
Aku: What theee (dalam hati je la)
Jawapan: YES
Interviewer: For what position? Which company?
Aku: bla bla bla..
Interviewer: I see, but I think you are more suitable to work here. We can train you.
WHAT IS YOUR EXPECTED SALARY?
– Pandai-pandailah korang jawab dan nego. Kalau pandai boleh la dapat macam yang korang nak untung-untung boleh dapat lebih lagi. Cuma jangan mintak gaji melampau tinggi. Boleh buat research dulu berapa standard gaji sesuai dengan kelayakan dan position yang korang apply.
DO YOU HAVE DRIVING LICENSE? WHERE ARE YOU STAYING?
-Bakal majikan akan tanya sebab tak nak korang ada masalah nak datang kerja. Salah sorang interviewer pernah beritahu, dia tak nak pekerja berhenti sebab masalah jarak antara tempat tinggal dengan tempat kerja jauh. Kalau rumah korang jauh dengan company tu jawablah kau nak sewa area situ ke, pegi keje naik jet ke. Pandai-pandai laa.
WHY SHOULD WE HIRE YOU?
-Ramai tak suka kalau ditanya soalan ni, tapi mulai sekarang silalah suka dengan soalan ni sebab ni la peluang untuk korang “jual” diri dan kemahiran korang.
TELL ME SOMETHING THAT IS NOT IN YOUR CV
–Just tell him something that is not in your CV. Senangkan? Korang cerita perkara yang menarik dan tentang value yang ada pada diri korang.
WHERE DO YOU SEE YOURSELF 5 YEARS FROM NOW?
-Ingat setiap kali nak pergi interview mesti fikir sekali masa depan kat tempat kerja tu and apa korang nak capai. Takdelah blur bila ditanya soalan ni.
WHAT DO YOU DO IN YOUR FREE TIME?
-Jawab tentang perkara-perkara yang berfaedah je tau.
VIEW ABOUT LIFE. DEFINE SUCCESS/HAPPINESS
–Define ikut definition korang sendiri. Interviewer bukan nak jawapan dari kamus (atau mungkin ada yang nak dari kamus mana tahu kan).
Dan soalan-soalan penyelesaian masalah/soalan-soalan IQ yang korang kena fikir. Boleh google sendiri soalan-soalan jenis ni.
Bila dah apply kerja tu, alertlah dengan handphone dan email korang. Kebanyakan sesi interview dibuat dalam bahasa Inggeris. Jadi rajin-rajin la praktis cakap omputeh ya. Bila dipanggil untuk datang interview, bersedia juga untuk jawab ujian bertulis. Kalau nak bawa kalkulator pun bawa je. Dapat soalan matematik tak ada la cuak sangat.
Bila baca soalan nampak macam serius kan? Percayalah, semua interview yang penulis pergi ni, suasana dia macam sembang-sembang je. Jadi, jangan rasa terlampau gemuruh, tu yang buat gagap or lost idea tu.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita tahu, DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah cukup disayangi oleh rakyat kerana memiliki keperibadian yang sangat murni dan berjiwa rakyat.
Sifat murni baginda berdua nampaknya diwarisi oleh anakanda baginda yang sentiasa tampil positif dan tinggi nilai pekerti setiap kali bertemu dengan rakyat. Ini boleh dilihat menerusi perkongsian di laman sosial ramai memuji anakanda baginda berdua ini yang sentiasa mengambil berat dan membantu rakyat marhaen setiap kali musibah melanda.
Hari ini, 17 September 2020 merupakan hari keputeraaan Tengku Mahkota Pahang, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang ke-25 tahun.
Tunku Azizah menerusi laman Instagram baginda @airtangan_tunkuazizah memuatnaik gambar Tengku Hassanal yang kacak dalam persalinan serba kuning.
“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik2 jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yangtelah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma!” ucap Tuanku Azizah dalam hantaran di laman Instagram.
Dapat kita lihat doa seorang ibunda yang sangat mementingkan kesihatan, agama serta jodoh yang baik buat anakandanya.
Kami di pihak editorial Remaja mengucapkan selamat hari keputeraan kepada Tengku Hassanal semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT dan terus menjadi pemimpin yang terbaik dan contoh yang positif untuk remaja khasnya dan rakyat jelata secara umum.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...