Di ruangan kapsyen, Wany menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan bayi perempuan yang baru dilahirkan semalam itu secara normal.
Ads
Selain itu, penyanyi lagu Terlalu Memuja itu turut menitipkan harapan agar puterinya menjadi pengikat kasih sayang antara dia dan suami tercinta.
“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07.14pm secara normal.
Ads
“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami. Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak.
“Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak. Ibu lebiu,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain mendoakan agar bayi itu diberikan kesihatan yang baik dan menjadi seorang anak yang soleh.
Ads
Sekadar informasi, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penulis percaya, jalan kehidupan semua orang telah ditentukan olehNya. Walaupun berlainan haluan, semua orang diberikan peluang untuk mengejar kejayaan.
Begitu jugalah pendapat yang dilontarkan oleh penyanyi remaja, Aiman Tino yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam karier nyanyian sebelum menyambung pelajaran.
Katanya kepada rakan media di Sinar Harian, “Saya memang nak sambung belajar dari dulu lagi, cuma sebelum ini kerjaya baru nak bermula. Saya pun sibuk dengan aktiviti dan rutin setiap hari.
“Alhamdulillah, sekarang semuanya lebih stabil. Mungkin ini waktu terbaik untuk saya ambil peluang sambung belajar. InsyaAllah, saya akan sambung belajar dalam jurusan perniagaan di sebuah kolej di Shah Alam bermula tahun ini.”
Haa, elok juga ambil jurusan tersebut memandangkan Aiman memang aktif melancarkan beberapa projek perniagaan. Antara termasuklah pakaian sekolah, makanan kesihatan dan terbaru, produk minuman Jus Mano yang mula dipasarkan 8 April ini.
Berbalik kepada soal pelajaran di kalangan selebriti, Aiman mengakui akan kepentingan untuk menyambung pelajaran. Namun itu tidak bermakna seorang selebriti perlu menidakkan peluang kerja jika mereka yakin dengan laluan karier mereka pada usia muda.
“Saya akui, SPM memang penting terutamanya jika nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi, ia bukanlah kayu pengukur kejayaan seseorang.
“Saya sendiri melihat beberapa contoh depan mata, di mana kawan saya yang tak mempunyai sijil SPM namun berjaya dalam kehidupan masing-masing.
“Bagi saya, apa yang penting di sini adalah usaha dan sama ada kita rajin atau tidak untuk menjadi orang yang lebih baik dan berjaya.”
Isu SPM agak hangat diperkatakan pada minggu ini selepas seorang lagi penyanyi remaja, Ismail Izzani mengeluarkan kenyataan dia tidak akan menduduki SPM. Ismail yang mengikuti program belajar dari rumah (homeschool) sebaliknya ingin melanjutkan pelajaran di kolej swasta.
Demi memasuki kolej tanpa sijil SPM, Ismail perlu menduduki satu peperiksaan awal
Korang setuju tak dengan pendapat Aiman Tino dan perancangan Ismail Izzani ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak mengenali seseorang individu tu tak semestinya dengan hanya melalui tarikh lahir, gaya percakapan atau warna kegemarannya. Gaya pemanduan seharian juga dapat membongkar personaliti seseorang tanpa korang sedar.
Menurut Tom Vanderbilt, pengarang buku Traffic: Why We Drive The Way We Do and What It Says About Us, menjelaskan bahawa ramai di antara kita yang menghabiskan lebih banyak masa di jalan raya berbanding meluangkan masa bersama keluarga.
Hal ini menguatkan lagi kajian tersebut dalam mendedahkan personaliti gaya pemanduan yang tidaklah 100 peratus tepat, tetapi mungkin mempunyai persamaan dengan perwatakan sebenar diri korang.
Jom kita lihat 10 gaya pemanduan yang sering dipandu oleh kebanyakan individu serata dunia dan kaitannya dengan personaliti diri pemandu tersebut.
1. Perfectionist
Korang mesti ingat semasa di sekolah memandu diajar tentang memegang stereng dengan posisi tangan “10 dan 2” dan jika korang masih mengamalkan cara pemanduan ini maknanya korang seorang yang sangat patuh pada peraturan.
Berpendirian tetap dan menganggap setiap apa yang dilakukan perlu mengikut segala yang sudah ditetapkan. Sikap perfectionist korang ni dapat membantu untuk mengejar kejayaan yang diinginkan.
2. Cool
Seorang yang cool dan tak mengambil kehidupan sebagai sesuatu yang serius. Jika menghadapi situasi yang tegang, korang lebih bersikap tenang dan bersahaja. Menjadi tempat untuk keluarga dan rakan-rakan, korang adalah tempat mereka mencari keseronokan setiap hari.
3. Minimalis
Lebih santai dalam pemanduan, korang seorang yang minimalis. Tidak suka menyusahkan diri sendiri dan lebih senang jika mempunyai kawan-kawan yang bersikap terus terang dan jujur. Korang hanya suka berkawan dengan beberapa teman rapat sahaja dan tidak suka untuk menambah kawan.
Daripada segi fesyen pula, gemar memilih warna hitam untuk pakaian yang dipilih. Walaupun seorang yang suka kan kehidupan yang mudah, ia tidak bermakna korang membosankan. Orang lain juga mengagumi cara dan pendirian hidup korang.
4. Pengembara
Seorang yang berani mengambil risiko dan gemar hidup menyendiri. Korang suka kan aktiviti yang mencabar seperti bungee jumping dan terjun udara. Dalam soal cinta, korang tidak takut untuk mengharungi situasi bercinta bersama pasangan dan kerana sikap yang menyenangkan itu, korang akan lebih dihormati oleh pasangan.
5. The Boss
Dilihat mempunyai nilai kepimpinan semula jadi dan mempunyai pengetahuan luas untuk mengambil alih situasi dengan cara yang jelas dan tegas. Individu lain akan mendapatkan nasihat daripada korang kerana mempercayai kebolehan yang ada dalam mengatasi segala masalah.
6. Penyokong
People love you. Korang adalah penceria di kalangan keluarga dan rakan-rakan. Senang melihat orang lain gembira dan tidak lokek dalam memberikan sokongan buat kawan-kawan yang memerlukan. Korang juga merupakan seorang pendengar yang baik dan menjadi tempat untuk rakan-rakan meminta pendapat dan nasihat.
7. Pengaman
Tidak suka terlibat dalam konflik dan situasi yang membuatkan korang berasa tak selesa. Jika korang mula meninggikan suara, sudah pasti orang yang paling dekat berasa terkejut dan faham bahawa korang benar-benar serius.
Tidak suka masuk campur di dalam pertelingkahan orang lain, namun lebih kepada menjadi pengaman dalam menyelesaikan masalah.
8. Pelawak
Mempunyai daya pemikiran yang berbeza daripada orang lain kerana sering melihat sesuatu perkara itu dengan gaya ‘humor’. Seorang yang kelakar dan lebih memilih kehidupan yang gila-gila.
Mampu membuat lawak secara spontan dan disenangi oleh ramai orang, kawan-kawan korang juga tidak berani berbalah soal kecerdesan kerana mereka pasti akan kalah.
9. Gementar
Ha, cara pemanduan ini menunjukkan korang seorang yang merasa was-was dan sering bimbang. Korang sejenis yang suka menyemak kerja berulang kali untuk memastikan semuanya dalam berkeadaan baik. Korang akan menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi dan lebih suka melakukan perkara yang menyeronokkan.
10. The Bulldozer
Korang seorang yang super busy dan orang lain tak dapat nak halang laluan korang. Daripada membuang masa pada penyelesaian masalah, korang lebih suka untuk meredah segala masalah yang ada.
Dikagumi oleh orang lain dan mereka boleh bergantung pada korang untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Korang juga seorang yang mempunyai pendirian dan matlamat yang jelas dan mampu berjaya dalam hidup.
Walau bagaimanapun, kajian ini bukanlah tepat secara keseluruhannya. Mungkin ada yang sama dan ada yang tidak. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada istilah terlambat untuk belajar, begitu juga yang dilakukan oleh Atta Halilintar apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah pada usia 30 tahun.
Selebriti terkenal Indonesia ini bersyukur dengan keputusan diperoleh kerana apa paling penting dia sudah berusaha.
“Beberapa bulan lepas saya ambil peperiksaan, Alhamdulillah saya lulus. Walaupun terlewat tetapi tidak mengapa sebab paling penting saya sudah berusaha.
“Jika ada rezeki saya mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insya-Allah. Doakan saya,” katanya.
Atta berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Jadikan Isteri Sebagai Contoh
Dalam pada itu, Atta memberitahu dia mahu menjadi seperti isterinya, Aurel Hermansyah yang juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu.
Bagaimanapun kata Atta, buat masa ini dia belum membuat keputusan mengenai jurusan yang ingin diambil namun tertarik dengan bidang undang-undang dan perguruan.
“Aurel juga sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej. Insya-Allah saya akan terus menyokong sehingga dia menamatkan pengajiannya.
“Kalau saya sambung belajar mungkin akan ambil jurusan undang-undang, arkitek atau pun perguruan. Apa yang pasti bukan dalm bidang perubatan,” katanya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji kesungguhan Atta yang tetap menamatkan pendidikan sekolah menengah walaupun usianya sudah mencecah 30 tahun.
Untuk rekod, Atta yang pernah menetap di Kuala Lumpur pernah mendapat pendidikan di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur sehingga usianya 13 tahun.
Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada 3 April 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura, 6 bul
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, seorang nenek yang dikenali sebagai Dr Kamaliah Md Saman meraih perhatian apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Farmasi Klinikal pada...