Sempena Hari Jadi Ke-70 Vincent Tan, Anaknya Dermakan RM99,999 Kepada Kebajikan

Share

 

Sebut sahaja nama Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, majoriti rakyat Malaysia pasti mudah mengecamnya.

Beliaulah yang bertanggungjawab di sebalik tertubuhnya Berjaya Corporation Berhad. Kalau korang rasakan ia kedengaran familiar, telahan korang itu tepat sekali!

Inilah syarikat yang mengendalikan mercu tanda tempatan seperti Berjaya Times Square Kuala Lumpur, kesemua pusat penginapan di bawah jenama Berjaya seperti Colmar Tropicale Bukit Tinggi, The Taaras Beach & Spa Resort Pulau Redang, Berjaya Langkawi Resort Kedah, lokasi rekreasi seperti Bukit Jalil Golf & Country Resort, Bukit Kiara Equestrian dan pelbagai lagi premis popular lain.

Setelah menaburkan sumbangan dengan membangunkan Malaysia untuk berpuluh-puluh tahun lamanya, kelmarin beliau telahpun meraikan hari kelahirannya yang ke-70!

Istimewanya untuk sambutan hari jadi kali ini, anak Tan Sri Vincent iaitu Chryseis Tan

telah melakukan sesuatu yang amat istimewa demi ayah tercintanya.

Tan Sri Vincent Tan bersama anak, Chryseis Tan dan cucunya. Foto : Instagram @chrystan_x

Sekiranya keluarga kebiasaan meraikan hari lahir ayah mereka dengan menganjurkan parti atau makan di restoran, Chryseis khabarnya telah mendermakan wang kepada badan kebajikan di bawah nama ayahnya itu!

Menerusi hantaran di Instagram yang menunjukkan foto mereka berdua sewaktu Chryseis masih kecil, jelitawan itu mengucapkan, “Selamat Hari Jadi, ayah! Saya amat mengasihi anda, semoga anda akan terus dirahmati dengan kesihatan dan kebahagian berpanjangan.”

Foto : Instagram @chrystan_x
Foto : Instagram @chrystan_x

Sambil itu, Chryseis turut mengumumkan hadiahnya berupa wang sumbangan di atas nama Tan Sri Vincent.

“Hadiah saya kepadanya adalah berbentuk sumbangan derma bagi pihaknya kepada yayasan Tzu Chi kerana saya tahu tiada perkara yang lebih menggembirakannya selain membantu golongan yang memerlukan,” catatnya.

Foto : Instagram @chrystan_x

Untuk pengetahuan korang, yayasan Tzu Chi merupakan sebuah persatuan kemanusiaan antarabangsa yang mengfokuskan kepada bantuan kebajikan.

Dalam foto berbentuk cek di atas, jelas tertera jumlah RM99,999.00 yang didermakan di bawah nama Tan Sri Vincent.

Tan Sri Vincent dan Chryseis bercuti bersama keluarga mereka di, mana lagi kalau bukan salah sebuah pusat penginapan milik mereka, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort. Foto : Instagram @chrystan_x

Menarik juga idea ini kan!

Sekurang-kurangnya, kita berbakti kepada ayah sendiri dan kepada mereka yang memerlukan.

Selain Chryseis, bintang popular Hong Kong, Andy Lau juga memberi ucapan kepada Tan Sri Vincent menerusi paparan video yang dimainkan dalam sebuah majlis keraian, awal minggu ini.

Turut sama menjayakan majlis tersebut ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nikki Palikat yang mempersembahkan beberapa buah lagu.

Happiest Birthday Tan Sri!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ