Sukan Olimpik 2020 Tokyo akan berlangsung sehingga awal Ogos 2021. Bagi menyambut temasya itu, Google tak lepaskan peluang untuk menghangatkannya lagi menerusi Doodle.
Kalau korang buka google akan terpapar Doodle interaktif baru mulai hari ini 23 Julai.
Google Doodle merupakan satu penghormatan oleh Google sebagai logo khusus dan sementara di laman Google di mana ia untuk memperingati peristiwa penting, serta memperingati kehidupan para seniman, pelopor, dan ilmuwan terkenal.
Tapi, sempena sukan Olimpik Jepun 2020 ini ia amat unik kerana mereka menyelitkan permainan bergenre Japanese RPG (JRPG) yang boleh dimainkan.
Hasil karya seni dari rumah animasi Jepun Studio 4 ° C, permainan video ini dinamakan Doodle Champion Island Games yang sebenarnya merupakan siri permainan mini 16-bit.
Menariknya, terdapat tujuh permainan mini yang juga merangkumi beberapa acara Olimpik seperti papan luncur, tenis meja, dan pendakian.
Bukan itu saja, dalam setiap acara ini anda akan menentang ‘Legendary Champion’ yang juga berkaitan dengan cerita rakyat serta sejarah Jepun.
Dalam permainan ini, korang akan bermain sebagai Lucky the Calico Ninja Cat dan menyertai sama ada kumpulan Biru, Merah, Kuning atau Hijau.
Apabila berjaya mengalahkan “bos” untuk sesuatu permainan, korang akan terima skrol untuk dikumpulkan. Konsep ini sama seperti anda mengumpul lencana gimnasium bila anda bermain permainan pokemon.
Difahamkan, Lucky mempunyai satu misi semasa dia di Champion Island iaitu mengumpul tujuh gulungan suci. Sepanjang pengembaraannya, Lucky harus menyelesaikan cabaran tersembunyi lain.
Google menyatakan Doodle ini sebagai sebuah penghormatan kepada permainan 16-bit Jepun klasik.
Cubalah…best tau. Kalau korang cuba bermain permainan ini klink sini.