Istimewa sungguh menonton berita malam ini apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli sudi membaca Berita Perdana RTM khusus sempena sambutan ulang tahun ke-75 stesen televisyen nasional tersebut.
Kini setelah lebih empat tahun, kerinduan rakyat jelata untuk menyaksikan Tengku Permaisuri secara langsung menyampaikan berita terubat. Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita tersebut menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Detikpenampilan terakhir Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan berita pada 31 Ogos 2016
Tampil anggun dalam persalinan blazer rona merah jambu baginda kelihatan begitu menawan. Apa yang menarik perhatian, walaupun sudah lama tidak berkhidmat sejak berkahwin dengan DYMM Sultan Selangor, gaya dan lenggok pembacaan baginda masih sama seperti dahulu.
Ads
Penampilan awal Tengku Permaisuri Norashikin sebagai pembaca berita
Mengimbau kembali detik baginda di bilik berita, 31 Ogos 2016 merupakan hari terakhir baginda membuat kemunculan sebagai pembaca berita setelah lebih 20 tahun bergelar seorang personaliti televisyen.
Ads
Menerima Anugerah Seri Angkasa
Mengulas sedikit mengenai kerjaya, Tengku Permaisuri sebelum ini dilihat sebagai sebagai wajah utama dan personaliti ikonik dalam menyampaikan berita di RTM. Baginda pernah diangkat sebagai pembaca berita terbaik Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Ads
Sumber gambar: Tangkap Layar YouTube Berita RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulilah, dah masuk 2 minggu kita semua berpuasa pada bulan Ramadan ni.. alamak! ini maksudnya lagi 2 minggu je lagi dah nak raya!! Berat badan masih tak turun.. adoi.. emergency! macam mana ni? Jangan risau! REMAJA akan kongsikan dengan korang antara tip mudah yang korang boleh amalkan selama 2 minggu sebelum raya ni! Make sure start dengan gear 5 terus tau.. kita nak kena cepat ni..
1. Jaga dan kira kalori waktu bersahur dan berbuka
Bagi korang yang masih belum tahu lagi apa itu kalori, ianya adalah kiraan tenaga dalam badan kita yang kita gunakan untuk menjalankan aktiviti harian. Jika kita kekurangan tenaga, badan kita akan berasa lesu. Tenaga didalam badan kita menggunakan ukuran kilokalori atau “kkal”. Tubuh badan kita amat memerlukan kalori ini untuk berfungsi dengan baik. Kalori iini terdapat didalam semua makanan.
Setiap orang mempunyai keperluan kalori yang berbeza, mengikut jantina dan juga umur. Cari tahu kiraan kalori yang diperlukan oleh badan dengan menggunakan Mr. Google, taip saja calorie counter dan korang hanya perlu memasukkan berat dan tinggi terkini korang.. selepas itu, korang akan tahu keperluan kalori seharian korang apa.
Jadi sebelum berbuka dan bersahur tu, pastikan korang tahu berapa kalori makanan yang korang ambil..
2. Makan lebih banyak sayur dan buah-buahan
Sayur dan buah-buahan? Ye tahu.. bukan semua orang peminat buah-buahan dan sayur-sayuran, tapi kalau korang bukan jenis yang suka makan buah dan sayur pun, memang korang kena juga makan. Sayur dan buah merupakan makanan yang rendah kalori, dan bagi korang yang suka makan kuih manis je lepas berbuka tu, cuba try swap dengan pilihan yang lebih sihat iaitu buah-buahan.
Dekat sini saja korang dah boleh save kalori korang.. bukan itu saja, buah-buahan dan sayur-sayuran kan menyegarkan.. jadi tak salah pun untuk korang nak makan tau. Antara kelebihan yang lain ialah sistem penghadaman korang akan jadi lebih baik dan badan korang akan dapat khasiat dan zat vitamin yang baik.
Macam-macam resepi korang boleh cuba dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ni. Cuma korang kena kreatif sikit ler..
3. Kurangkan pengambilan gula berlebihan, minum air putih dengan secukupnya
Bulan puasa ni, korang pergi bazaar, memang akan rambang mata sebab macam-macam jenis air minuman manis yang dijual. Bandung soda lah, air katira lah, tebu lah, kelapa lah.. kalau nak senaraikan ni sampai 13 Jumaat tak habis!
Minuman manis memang penyumbang terbesar kepada kenaikan berat badan.. korang kena hati-hati dengan gula tau.. bukan saja berlebihan gula boleh menyebabkan diabetis, tetapi juga boleh menaikkan berat badan. Sebaiknya tukarlah kepada air kosong, dan minumlah sekurang-kurangnya 2 liter sehari..
4. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng
Untuk korang yang masih dalam usaha nak menurunkan berat badan tu, lupakan jelah sekejap ayam percik, ayam goreng berempah, kuih-muih manis atau bergoreng ni.. Cuba tukar kepada makanan yang bersup, atau jenis rebus. Makanan yang berminyak dan bergoreng ini mempunyai kadar lemak dan kolesterol yang lebih tinggi, justeru sangat tidak membantu dalam proses penurunan berat badan.
5. Cuba untuk kekal aktif dan cergas pada bulan Ramadan
Bulan puasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan. Korang boleh cuba beberapa aktiviti ringkas senaman seperti berjalan kaki, atau membuat kerja-kerja rumah. Tak perlu pun exercise bagai nak rak sampai korang pengsan pulak tau.. pastikan ada pergerakan dan jangan tidur saja.. pergerakan fizikal akan membakar kalori dalam badan kita.
All the best dan semoga berjaya korang! Semoga korang tampil lebih cantik pada hari raya nanti..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Kris Dayanti, biduanita Indonesia yang mengegarkan dunia seni nusantara dengan suaranya yang merdu. Namun kisah kali ini bukanlah tentang pelantun lagu popular ‘Menghitung Hari’ ini, sebaliknya terarah kepada menantunya, Atta Halilintar yang kini giat mengumpul dana demi membantu warga Palestin yang terkesan dek serangan ganas rejim Zionis.
Atta yang merupakan suami kepada anak sulung Kris Dayanti, Aurel Hermansyah adalah seorang YouTuber terkenal dan memiliki lebih 27 juta pengikut di laman YouTube. Pada tahun 2020 dia berada di kedudukan ke-22 dalam senarai personaliti pengikut paling ramai di laman video tersebut.
Pasangan sama cantik dan sama padan, Atta dan Aurel.
Tidak senang duduk dengan keadaan yang menimpa warga Palestin di Gaza, Atta menggunakan pengaruhnya sebagai pempengaruh media sosial bagi meraih kutipan derma. Menerusi platform kitabisa.com yang merupakan platform untuk kutipan derma. Setakat artikel ini ditulis, hasil pengaruh dan mesej yang disampaikan oleh Atta telah berjaya mengumpulkan wang derma bernilai RP 2,107,431,322 atau RM609,304.75 dalam mata wang Malaysia.
Berikut adalah mesej yang disertakan bersama dalam misi kutipan bantuan ini.
.
.
.
.
.
Hasil wang kutipan derma ini akan digunakan untuk memenuhi keperluan asas yang diperlukan, selain itu ia juga akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan bagi menampung rawatan warga Palestin yang tercedera. Dalam nota mesej itu lagi, kutipan ini juga bertujuan untuk membantu pembangunan fasiliti hospital dan tempat ibadah yang telah terkesan akibat serangan tentera rejim Zionis.
Waktu kutipan derma ini masih lagi berbaki selama 7 hari dan setakat ini telah berjaya melepasi sasaran RP 2 miliyar yang diletakkan pada permulaan. Semoga usaha Atta dan kemurahan hati para penderma untuk membantu warga Palestin ini diberkati Allah SWT.
Musim raya ni macam-macam penyakit yang datang. Kalau korang pergi klinik, memang confirm full house la. Jadi, untuk mengelakkan daripada membanjiri jabatan kecemasan raya nanti, Dr Ahmad Zakimi telah pun berkongsi 8 perkara yang korang boleh elakkan semasa hari raya.
1. Sambung ubat
Untuk pesakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain, pastikan korang bawa semua ubat jika nak pulang ke kampung. Sekiranya kehabisan stok ubat, sila sambung terus ubatan di klinik dan pastikan Ia cukup sebelum balik kampung.
2. Kemalangan jalan raya
Berhati-hatilah ketika memandu. Musim perayaan ni memang terlalu banyak kenderaan di jalan raya, jadi utamakan keselamatan di jalan raya. Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik terlebih dahulu.
Kalau korang memasak di dapur, periksa dan pastikan tiada kebocoran gas yang boleh mengundang letupan serta kebakaran.
4. Mercun
Elakkan kanak-kanak daripada bermain mercun yang merbahaya. Kawal mereka supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, kemalangan mercun ini bukan hanya berlaku pada kanak-kanak, orang dewasa juga perlu berwaspada.
5. Darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal
Paling penting, jangan tertinggal ubat-ubatan semasa beraya. Jaga pemakanan. Untuk pesakit kencing manis, elakkan dari makan makanan manis. Korang kena ingat, kuih raya tu gulanya berkilo-kilo. Jadi jangan sedap sangat nak makan satu balang. Hiks!
6. Keracunan makanan dan jangkitan usus (acute gastroenteritis)
Kalau dah tiba hari raya, macam-macam makanan yang terhidang depan mata. Pastikan makan makanan yang bersih dan elok. Penyediaan makanan juga perlu bersih dan cermat.
7. Minta MC
MC hanya diberikan kepada individu yang betul-betul sakit dan perlukan rehat. Kalau korang setakat nak jadi ‘mc seekers’, doktor ni minta maaflah sebab katanya doktor yang berpengalaman dah tahu mana kaca atau permata. Cewah! Memang tak layan la okay.
8. Penyakit berjangkit
Berhati-hati dengan penyakit berjangkit seperti jangkitan respiratori (acute pharyngitis, acute tonsilitis, pneumonia), diphtheria, measles (campak), chicken pox, HFM disease (penyakit kaki, tangan & mulut) yang boleh merebak di musim raya. Kalau boleh, elakkan daripada berjumpa dengan orang supaya yang lain tidak terkena jangkitan.
Jadi, apa yang korang buat adalah dengan menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan menggunakan sabun atau guna hand sanitizer serta mandi kalau perlu. Jangan ambil mudah tentang perkara-perkara ini ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam suasana ekonomi kini dikaitkan dengan tekanan kewangan dan keresahan emosi, ramai individu kini berada dalam dilema mencari hala tuju baharu dalam hidup mereka.Lebih-lebih...